Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Wednesday, 31 May 2017

DESTINASI SANTAI MENARIK (CITTA MALL)

Pejam celik pejam celik dah lima (5) Ramadhan. Along Murni (AM) harap adik-adik di luar sana masih kuat dan gigih berpuasa. Buat abang-abang di luar harap jangan yang ponteng puasa yea..hehehehe..
Oklah, bagi yang masih mencari port-port menarik yang santai dan makanan yang sedap-sedap, AM cadangkan supaya beramai-ramai serbu CITTA MALL yang terletak di PJ. Kalian boleh gunakan Applikasi MAPS mahupun Waze untuk ke sini.




Di CITTA MALL banyak tempat-tempat yang menarik yang menyajikan hidangan yang sedap dan murah. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan AM adalah Restoran Onde-Onde. 

RESTORAN CITTA MALL



Antara menu-menu yang kerap kali menjadi pilihan AM dan rakan-rakan yang datang ke sini adalah:
1. Grilled Chicken Butter Cream Pasta
2. Curry Laksa Seafood
3. Golden Banana Fritters with gula Melaka
4. ABC Gula Melaka
5. Fried Rice Supreme
6. Passion Fruit with lychee
7. Ribena Lychee
8. Tauhu Bakar Onde-Onde

AM DENGAN MENU PILIHAN 'CURRY LAKSA SEAFOOD'

SIGNATURE ASAM LAKSA





Antara menu di atas, tentulah yang menjadi pilihan AM adalah Curry Laksa Seafood. AM kan suka makanan berseafood. Memang terbaik dengan kuah pekat serta sotong dan udang yang terasa manis dek kerana kesegarannya. Lagi satu yang menjadi kegemaran AM adalah Tauhu bakar.. Memang terbaik. Kalian kena datang turun rasa & enjoy dengan kawasan persekitaran yang santai. Untuk info lebih lanjut atau pesanan awal bagi booking tempat  kalian boleh layari www.ondeonde.com.my.

BERSAMA STORE MANAGER ONDE ONDE
RESTORAN IYAKIMONO




Lagi satu, kepada yang meminati Masakan Ala- Japan boleh jemput datang ke Restoran Iyakimono. Restoran ini mengimbau kenangan AM semasa di Japan dulu. Rasanya hampir sama dengan masakan di Japan cuma diolah mengikut citarasa Asia. Harganya amat berpatutan dengan pakej yang menarik.
Menu yang menjadi pilihan AM dan rakan-rakan adalah:
1. Super value C (termasuk teppayaki salmon, Sanma, Chicken, Takoyaki, salad, soup, rice and green tea untuk 2/3 pax)



2. Grill Salmon Set
3. Udon - AM memilih Australian Slice Beef
4. Grill Squid dan Yakitori
5. Takoyaki (semua jenis takoyaki memang sedap. Antara yang sering menjadi pilihan Anak-anak AM adalah Abalone, Octopus dan Chicken Cheese)
6. Peach Tea (Korang kena try)





Kepada sudah mengenali AM, tentu tahu yang AM suka lepak dekat mana-mana Book Store kan? Semestinya dekat CITTA MALL ini ada banyak bahan bacaan yang menarik dan terkini.

TIMES BOOKSTORE



FIREZONE



Kepada yang kaki Karaoke, tidak sah kalu tak jejak masuk ke Firezone. Ramadhan kali ini, Firezone mengadakan promosi yang agak menarik.
1. Isnin-Khamis : Beli 2 jam dapat extra 1 jam percuma
2. Pihak Firezone menyediakan makanan ringan percuma seperti kuih muih.
Jadi AM nak galakkkan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak boleh datang ke CITTA MALL bersama keluarga untuk mencipta privasi sendiri dan merehatkan diri dari kesibukan kerja di kota.
Rajin-rajinlah menjengok ke website www.cittamall.com , FB: www.facebook.com/cittamall/ dan IG: @cittamall untuk mengetahui sebarang promosi dan aktiviti menarik yang dijalankan di sini.




Tuesday, 30 May 2017

Sumbangan 60,000 pasang baju raya untuk penduduk Tanah Merah



USAHASAMA ANTARA JAKEL DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI MEMBEKALKAN 60,000 PASANG BAJU RAYA KEPADA PENDUDUK TANAH MERAH





Raya bakal menjelma. Ramailah masyarakat terutamanya orang-orang ternama, tokoh-tokoh korporat, celebriti dan orang awam berpusu-pusu untuk sama-sama mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan dengan menderma dan memberi sumbangan bagi yang memerlukan. Hal ini tidak ketinggalan, Adun Tanah Merah iaitu YB Dato’Haji  Ikmal Hisham untuk sama-sama menyumbang 60,000 pasang baju raya kepada semua pengundi Tanah Merah yang berdaftar sehingga Mac 2017. Pada tahun-tahun sebelumnya hanya golongan tertentu seperti PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan golongan fakir miskin yang memerlukan. Pengagihan sumbangan ini diberikan tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.



Sumbangan 60,000 pasang baju raya ini mendapat kerjasama dan dibekalkan oleh [ihak JAKEL. Melompat riang la para pengundi tanah merah kerana jenama pakaian dari JAKEL memang telah terbukti berkualiti dari segi rekaan dan cukup terkenal di Malaysia.
Menurut YB Dato’Haji Ikmal Hisham , yang merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah, selain memyumbang makanan dan keperluan harian lain, diharapkan sumbangan 60,000 pasang baju raya ini dapat menggembirakan masyarakat di Tanah merah untuk menyambut Aildilfitri yang bakal menjelma nanti.

Pengagihan baju raya dibahagikan mengikut saiz, warna dan kumpulan penerima.
  • §     Wanita Melayu - Baju Kurung
  • §     Lelaki Melayu - Baju Melayu
  • §     Wanita bukan melayu - Kain pasang
  • §     Lelaki bukan melayu - baju kemeja






JAKEL pada tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabric yang amat berkualiti tinggi. Antara duta JAKEL yang merupakan celebriti terkenal adalah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta dua ikon kempen iaitu Janna Nick Dan Rozita Che Wan.

Monday, 29 May 2017

Jom berPUASA & beRAYA bersama PHILIPS ALL-IN-ONE PRESSURE COOKER.


AM: Philips All-In-One Pressure Cooker sangat menjimatkan masa, tenaga dan memasak lapan (8) kali lebih cepat dari biasa. Jom berPUASA & beRAYA bersama PHILIPS ALL-IN-ONE PRESSURE COOKER. Terbaik dari Philips!!!!!



Dengan pelbagai hidangan boleh dinikmati, berbuka puasa sewaktu iftar dengan keluarga dan teman juga sambutan Raya adalah acara yang dinanti-nantikan. Biasanya, memasak hidangan tradisional mesti-ada waktu Raya adalah proses yang panjang dan boleh makan masa setengah hari hanya untuk mendapat rasa dan tekstur yang tepat. Raya ini, Philips menawarkan rakyat Malaysia satu cara mengekalkan hidangan tradisional tempatan dengan bantuan inovasi moden, menerusi pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru hari ini.



Ramadan dan Raya adalah waktu untuk keluarga dan rakan handai berkumpul menikmati hidangan memuaskan, dan biasanya adalah masa buat rakyat Malaysia untuk merasai dan menghargai hidangan Melayu tradisional dimasak di rumah yang lazat seperti rendang, kari dan sup. Namun, proses memasak bagi sesetengah resipi tradisional ini memakan masa dan boleh mengambil waktu memasak perlahan sehingga beberapa jam bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum dalam hidangan. Sejajar dengan misi kami untuk membantu orang ramai membaiki hidup mereka, Philips Malaysia mahu membantu anda mengekalkan tradisi tradisional ini menerusi inovasi moden dengan membantu anda memasak hidangan buka puasa dan Raya kegemaran dengan cara lebih senang, jadi anda ada lebih banyak masa untuk bersama mereka yang tersayang,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa sempena pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru ini kerana dia mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan hidangan tradisional masak di rumah yang lazat dan sihat. Dia berkongsi wawasan kami dalam menawarkan resipi sihat nan lazat bagi pelanggan. Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker terbaru ini, ia tidak lagi mustahil,” tambah Ali.

Kiri: Chef Marina Mustafa        Kanan: Mr Muhammad Ali Jakel

Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru
Dilengkapi sistem masakan pintar, Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru menawarkan pengalaman memasak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan anda memasak perlahan atau menggunakan tekanan, dalam satu alat saja. Anda boleh memasak cepat (sauté), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan anda, semuanya dalam satu mesin. Philips All-In-One Pressure Cooker membolehkan anda memasak lapan kali lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga di dapur. Fungsi masak dengan tekanan hadir dengan pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus pelbagai jenis hidangan daripada sup, risotto dan nasi kepada daging dan ayam itik selain membakar kek.

Bahagian dalam periuk the Philips All-In-One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium adalah sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata. Ia disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan penjaga masa mudah-diprogram yang member indikasi progres masakan, hari-hari di mana anda perlu meneka sama ada hidangan sudah siap dimasak kini berakhir.

Untuk ketenangan anda, Philips All-In-One Pressure Cooker generasi baru mempunyai sembilan sistem perlindungan keselamatan dan hadir dengan pengawal atur tekanan yang dikawal dengan cip mikro. Sejurus selepas memasak, pengawal atur tekanan akan dipasang secara automatik untuk melepaskan tekanan, jadi anda tidak perlu melepaskan tekanan secara manual atau menunggu hingga tekanan menurun secara biasa sehingga ia alat ini menyejuk. Anda boleh menikmati makanan masak di rumah yang lazat secara panas terus daripada periuknya!


Harga dan keterdapatan
Dijual dengan harga runcit disyorkan RM799, Philips All-In-One Pressure Cooker (HD2137/62) ini boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang; dan di kesemua rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara dan dalam talian menerusi Blip.my dan Kedai Rasmi Philips di Lazada: http://www.lazada.com.my/philips-official-store/
Untuk informasi lanjut, sila layari www.philips.com.my/pressurecooker


Peringatan: Ia mengambil masa 30 minit dengan dapur tekanan elektrik berbanding empat jam bila menggunakan dapur gas




AM TERINSPIRASI OLEH 'PERSONAL BRANDING 247'

AM TERINSPIRASI OLEH 'PERSONAL BRANDING 247'

MENTOR PERSONAL BRANDING

Pada 16 Mei 2017 Along Murni berpeluang untuk mendekati seorang pengarang buku yang sedang meningkat naik melalui penulisannya. Beliau adalah Andrew Chow, pengarang Personal Branding 247.
PERSONAL BRANDING 247

Dari kaca mata AM, Andrew Chow merupakan seorang yang berpandangan jauh, berdaya saing, berpengetahuan luas dan senang didekati.

Sebagai penceramah global, Andrew telah menjalankan ceramah di lebih daripada 15 buah negara dan telah disenaraikan Top 10 Speaker yang Paling Berpengaruh di Singapura pada tahun 2013 oleh Business Review Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Penceramah Asia Profesional Singapura dan telah dianugerahkan ‘Coveted Spirit’ Anugerah Perkhidmatan oleh APSS. Topik ceramah beliau meliputi topik yang terdiri daripada penjenamaan peribadi, pemasaran digital dan Enneagram profil untuk perhubungan awam.


Pengembaraan beliau yang sangat memberi inspirasi terlibat dalam mengumpulkan dana bagi penggambaran Fotografi secara Solo dalam Pameran Seni Fotografi. Beliau juga menjadi sukarelawan bagi program tempatan iaitu ‘Teen Challenge’.

FULL OF INSPIRATION


Hasil dari pengamatan AM, Buku ‘Personal Branding 247’ ini mempunyai kaedah tentang cara bagaimana untuk menarik perhatian ramai melalui cara berpakaian dan tingkahlaku. Kedua-dua elemen ini sangat berkait rapat memandangkan ia menentukan persepsi orang lain tentang kita.

Buku ini ditulis dengan jelas untuk usahawan dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapat pengiktirafan sebagai pakar dalam bidang masing-masing, membina reputasi dan kredibiliti mereka untuk memajukan kerjaya mereka.

Jadi AM sarankan kepada semua yang sering mengikuti perkembangan AM untuk memiliki buku ‘Personal Branding 247’ kerana banyak yang dapat anda pelajari dan ketahui daripada buku ini. AM sangat terkesan dan terinspirasi setelah membaca buku “Personal Branding’ dari Andrew Chow ini kerana ia mengenai ANDA, SAYA, dan KITA semua.




KATA ALONGMURNI

SELAMAT MEMBACA DAN JANGAN LUPA
 PRAKTIKKAN SETIAP YANG DIBACA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. AM SANGAT TERINSPIRASI SELEPAS BERTEMU SECARA BERDEPAN DENGAN ANDREW CHOW. AM TERASA AURA POSITIF YANG INGINKAN KEJAYAAN DAN DAHAGAKAN SEMANGAT YANG TINGGI DALAM DIRI SENDIRI. TERIMA KASIH ANDREW CHOW ATAS PENGALAMAN BERHARGA DAN NASIHAT YANG SANGAT IKHLAS DAN JUJUR




BE UNIQUE

Sunday, 21 May 2017

1 SIM 1 RATE 1 TOP UP 1 WORLD DENGAN SIM KAD PREPAID BUZZME




ENABLING ASIA memperkenalkan ‘Sim Card Prepaid’ yang dikenali sebagai “BUZZME WORLD”. Dengan adanya kad Sim ini, ia amat memudahkan mereka yang ingin keluar masuk negara atas urusan perniagaan mahupun atas tujuan melancong. Penguna hanya perlu mengikut langkah-langkah yang telah ditentukan TANPA perlu membeli kad sim baru setiap kali tiba ke destinasi negara yang berlainan.








Starterpack BUZZME WORLD SIM boleh didapati dengan harga RM99 dengan nilai kredit RM50 di dalamnya.
Cara pembelian boleh dibuat secara Online iaitu www.m8.com.my / www.buzzme.com.my , ataupun di mana-mana kedai 7 eleven & perkhidmatan E-Pay (touch point)
KELEBIHAN BUZZME WORLD SIMKAD
        I.            Tempoh sh untuk 1 tahun
      II.            20% baki kredit yang tinggal jika tidak digunakan internet sepenuhnya.
   III.            Tambah nilai menggunakan system atas talian (website/e-pay)
    IV.            Internet Roaming tanpa had
      V.            Insurans PA (kemalangan peribadi) bernilai sehingga RM 100,000
CARA MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN BUZZME WORLD SIM STARTERPACK
1.       Permulaan
- masukkan simcard ‘Buzzme’ ke dalam HP anda
- connect WiFi
- muat turun applikasi M8 World SIM

2.       Log Masuk
- masukkan no telefon & kata laluan yang tertera di atas simkad
- daftar butiran peribadi seperti yang diminta
tunggu sehingga dapat pengesahan SMS & Email

3.       Sebelum Penerbangan
- subscribe plan mengikut negara
- bayar menggunakan kad VISA/Mastercard/E-Pay
- terima SMS/Email - Nombor anda mengikut negara
4.       Tiba ke Destinasi
- Log masuk App dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini & boleh menggunakan internet
5.       Pulang ke Malaysia - Negara Asal
-Log masuk semula ke Appdan pilih nombor asal anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.buzzme.com.my
Hello Centre 011-3400 4400
email: hello@buzzme.com.my









DREAM CAR EXPO 2017



Dari angan-angan berkembang menjadi Impian dan tidak mustahil ianya menjadi kenyataan. Itulah yang dapat Alongmurni (AM) katakan sepanjang kehadiran  AM di ‘DREAM CAR EXPO 2017’ yang bertempat di Midvally Exhibition Hall 2 & 3 Anjuran Golden Land Expo (M) Sdn Bhd. Kemeriahan pengunjung dan peminat seni kereta yang membanjiri DREAM CAR EXPO 2017 dapat dilihat.




‘DREAM CAR EXPO 2017’ menyajikan  kepada peminat kereta-kereta  Mewah dengan kepelbagaian kereta mewah dan berteknologi tinggi. DI samping itu, terdapat pameran motosikal berkuasa tinggi, booth-booth jualan aksesori kereta, perfume, basikal dan macam-macam lagi. 'DREAM CAR EXPO 2017' menghimpunkan pelbagai jenis jenama kereta di bawah satu bumbung dan para PENCINTA kereta dapat menyaksikan sendiri kereta IDAMAN mereka secara LIVE.
















Dari sudut mata kaca AM, DREAM CAR EXPO 2017 berjaya menarik minat para pencinta kereta datang dan seterusnya memiliki kereta IDAMAN mereka dengan potongan harga yang sangat WOWWW di samping token-token menarik yang diberikan.  Ia umpama platform bagi para pencinta kereta untuk berkongsi minat yang sama dalam mengembangkan rangkaian dan perniagaan. Pelbagai kejutan dan promosi menarik bagi pengunjung yang datang.
Sepanjang AM menyelusuri EXPO, Mr Melvin banyak memberi info dan maklumat mengenai produk-produk yang terdapat di DREAM CAR EXPO 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai DREAM CAR EXPO yang akan diadakan lagi tahun hadapan sentiasa layari