USAHASAMA
ANTARA JAKEL DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI MEMBEKALKAN 60,000 PASANG BAJU
RAYA KEPADA PENDUDUK TANAH MERAH
Raya
bakal menjelma. Ramailah masyarakat terutamanya orang-orang ternama,
tokoh-tokoh korporat, celebriti dan orang awam berpusu-pusu untuk sama-sama
mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan dengan menderma dan memberi sumbangan
bagi yang memerlukan. Hal ini tidak ketinggalan, Adun Tanah Merah iaitu YB Dato’Haji
Ikmal Hisham untuk sama-sama menyumbang
60,000 pasang baju raya kepada semua pengundi Tanah Merah yang berdaftar
sehingga Mac 2017. Pada tahun-tahun sebelumnya hanya golongan tertentu seperti
PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan golongan fakir
miskin yang memerlukan. Pengagihan sumbangan ini diberikan tanpa mengira agama,
bangsa dan perbezaan fahaman politik.
Sumbangan
60,000 pasang baju raya ini mendapat kerjasama dan dibekalkan oleh [ihak JAKEL.
Melompat riang la para pengundi tanah merah kerana jenama pakaian dari JAKEL
memang telah terbukti berkualiti dari segi rekaan dan cukup terkenal di
Malaysia.
Menurut
YB Dato’Haji Ikmal Hisham , yang merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah, selain
memyumbang makanan dan keperluan harian lain, diharapkan sumbangan 60,000
pasang baju raya ini dapat menggembirakan masyarakat di Tanah merah untuk
menyambut Aildilfitri yang bakal menjelma nanti.
Pengagihan
baju raya dibahagikan mengikut saiz, warna dan kumpulan penerima.
- § Wanita Melayu - Baju Kurung
- § Lelaki Melayu - Baju Melayu
- § Wanita bukan melayu - Kain pasang
- § Lelaki bukan melayu - baju kemeja
JAKEL
pada tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabric yang amat berkualiti
tinggi. Antara duta JAKEL yang merupakan celebriti terkenal adalah Aaron Aziz,
Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul
Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta dua ikon kempen iaitu Janna Nick
Dan Rozita Che Wan.
0 Comments