Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Sunday, 25 June 2017

RAMADHAN FEST ALONG MURNI DI BLACK BOX SACC MALL

RAMADHAN FEST BAGI MERAIKAN
 40 ORANG ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL
 DARI SEKOLAH RENDAH IBNU KHALDUN


Ketika AM menjejak kaki di SACC Mall, AM dapati banyak bazar-bazar jualan yang melibatkan peniaga-peniaga kecil sederhana. Rupa-rupanya SACC Mall mengamalkan konsep 'Hybrid Mall' iaitu gabungan daripada Bazar dan Mall. Ia telah mewujudkan konsep 'micro retailing' di bawah jenama Temapat Orang Lokal dan Jameela Street. Tujuannya adalah bagi memberi peluang kepada peniaga kecil dn sederhana menjalankan perniagaan,

Ramadhan Fest yang bertempat di SACC Mall ini diadakan di Black Box yang terletak di tingkat 2. 

SACC MALL
BLACK BOX, SACC MALL

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari salah seorang pelajar Sek Ren Ibnu Khaldun. AM rasa begitu syahdu dan penuh makna setiap kalam ayat yang dibacakan.

RAMADHAN FEST
BACAAN DOA


Kemudiannya Ustaz Muhamad Riduan b Zainal Abidin menyampaikan takzirah buat pegangan dan pedoman bagi tetamu yang hadir. Malah salah satu peringatan beliau adalah tentang kepentingan memberi salam. Menurut beliau salam adalah satu doa dan langkah terbaik sebelum memulakan apa-apa aktiviti harian. Contohnya ketika bangun dari tidur, seharusnya kita memberi salam kepada pasangan & anak-anak supaya keberkatan dan doa mengiringi setiap aktiviti pada hari tersebut. 

sacc mall
  Ustaz Muhamad Riduan b Zainal Abidin 


Majlis Ramadhan Fest ini juga turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street by Jedan yang disempurnakan oleh  En Fakru Radzi yang merupakan pemilik bangunan SACC Mall. PREC (PKNS Real Estate Sdn Bhd) menekankan bahawa mereka menggalas tanggungjawab sosial bagi memperkasakan usahawan-usahawan tempatan dengan menyediakan peluang pernigaan dan menambahkan pendapatan. 
SACC MALL
MANAGEMENT TEAM PREC

Kemudiannya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Sekolah REndah Ibnu Khaldun. Sumbangan duit raya disampaikan oleh Founder Jameela Street, Shahidan Hashim dan PREC,


SACC MALL
PEMBERIAN SUMBANGAN & DUIT RAYA

PEMBERIAN SUMBANGAN & DUIT RAYA


Sambil menikmati Juadah berbuka puasa, AM dan tetamu yang hadir turut disajikan dengan Persembahan Ghasidah dan Nasyid oleh anak-anak yatim Sekolah Rendah Ibnu Khaldun.

ANAK-ANAK YATIM IBNU KHALDUN
PERSEMBAHAN NASYID DAN QASIDAH

PERSEMBAHAN

Malahan artis-artis jemputan yang hadir turut sama menyerikan majlis dengan lagu raya. 








AM sempat juga berborak & beramah mesra dengan anak-anak yatim ini.. Berkongsi kesedihan dan kerinduan pada ayah dan bonda yang telah pergi kerana AM juga mengalami dan merasakan apa yang anak-anak ini rasakan. Cuma yang dapat AM katakan pada mereka adalah jangan lupa setiap amanat yang ayah bonda pesan, sedekahkan Al-Fatihah sebagai tanda kita anda yang sentiasa mengingati mereka. Al-Fatihah juga untuk Arwah ayah AM dan kepada semua umat muslimin dan muslimat. Perjuangan kita yang masih hidup ini masih ada yang belum selesai dan perlu diteruskan. InsyaAllah..

-SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI ALONG MURNI. MOGA RAMADHAN DAN LEBARAN INI MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BAIK UNTUK AGAMA, DAN BANGSA...-



Saturday, 24 June 2017

SAJIAN ISTIMEWA YANG PASTI MENYEMPURNAKAN HARI -KLUANG STATION-

QUILL CITY MALL
KLUANG STATION -HERITAGE SHARED-

Sebelum berangkat balik ke kampong, AM sempat singgah di Kluang Station yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Kluang Station ini terletak di LG-05 Lower Ground Floor Quill City Mall. Boleh gunakan Aplikasi MAPS @ Waze untuk ke sini.

KLUANG STATION
LOCATED AT LG QUILL CITY MALL

COMBO 1 & 2
TERISTIMEWA BULAN INI

AM tertarik untuk mencuba Set Istimewa yang terdapat di sini.

Set Combo 1: Mee Goreng Mamak 
& Air Asam Boi/Creamy Soya Corn

Set Combo 2: Nasi Dagang with Gulai Ikan Tongkol 
& Air Asam Boi/Creamy Soya Corn

KLUANG STATION
AIR ASAM BOI

KLUANG STATION
NASI DAGANG WITH IKAN TONGKOL

KLUANG STATION
MEE GORENG MAMAK

Untuk sajian berbuka AM kali ini, AM telah memilih Combo Set 1, set istimewa yang hanya terdapat sehingga hujung bulan ini sahaja. WOOOWW!! Mee Goreng Mamak di sini memang terbaik. Ditambah dengan Air Asam Boi yang begitu memikat tekak AM..Sedap, puas hati dan menyelerakan. 

KLUANG STATION
PILIHAN AM

Semua pembaca AM mesti datang singgah kat sini tau. Antara hidangan lain yang kerap kali mendapat permintaan tinggi dari pelanggan yang datang adalah:

1. Chicken Chop Hainan

KLUANG STATION


2. Nasi Lemak dengan Paha Ayam Goreng

KLUANG STATION

3. Roti Bakar yang diadun bersama mentaga dan Kaya (Istimewa)
KLUANG STATION


Nampak sedap kan?? Korang semua kena datang jengah di Kluang Station untuk merasai sendiri keaslian makanan di sini. Paling penting kena cuba Roti Bakar. Dengan ramuan kaya asli dan tradisional, Homemade Kaya yang hanya terdapat di outlet Kluang Station sahaja. Kalian juga boleh beli & bawa balik Homemade Kaya yang sedia terjual di sini.

KLUANG STATION
AM WITH KAYA HOMEMADE

KLUANG STATION
KAYA HOMEMADE


Stesen Kluang adalah rangkaian restoran F & B yang bertujuan memberikan makanan kopitiam asas yang baik. Stesen Kluang menyajikan masakan asli Hainan dan tempatan yang digabungkan dengan kopi tempatan yang terkenal dan buatan sendiri yang terkenal. 

KLUANG STATION
PENGGERAK MISI KLUANG STATION

KLUANG STATION
AM WITH THE BOSSES

Dapur pusatnya telah disahkan Halal sejak tahun 2011 di mana kakitangan di sini wajib memastikan kawalan kualiti yang ketat di semua kedai restoran untuk konsistensi dan rasa makanan.

KLUANG STATION
SIJIL HALAL

Stesen Kluang telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew dalam Kecemerlangan Runcit pada tahun 2014. Pada tahun yang sama, Persatuan PKS (Peniaga Kecil Senderhana) Malaysia menyampaikan kepada Kluang Station Anugerah Pengiktirafan SME dalam kategori Kecemerlangan Jenama SME dan diikuti dengan penghormatan dengan Anugerah SME100 itu kategori F & B Pada tahun yang sama. Tiga anugerah menandakan pencapaian revolusi yang mencerminkan intipati Stesen Kluang hari ini.

KLUANG STATION
AWARD

KLUANG STATION
AWARD

KLUANG STATION
AWARD



Kluang Station ini beroperasi dari Jam 9 pagi - 10 malam dan dibuka setiap hari.


MENONTON WAYANG SAMBIL MENDERMA -LITTLE YELLOW FLOWER-

MBO
CHARITY MOVIE SCREENING


Baru-baru ini, Along Murni (AM) telah membawa putera puteri AM ke MBO, Starling bagi sama-sama menyokong program pengumpulan dana untuk Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower. Kami menonton Despicable 3 bersama-sama anak-anak Little Yellow Flower. 

STARLING MALL
MBO, STARLING MALL

CHARITY MOVIE SCREENING
DESPICABLE 3

MBO
AM BERSAMA ANAK-ANAK
Turut menghadirkan diri adalah Pengasas Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower iaitu Miss Lee Sinje.Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower merupakan satu platform yang memberikan kebahagiaan terang, harapan dan keamanan bagi anak-anak. Misi utama mereka adalah memberi makan kepada anak-anak sebagai makanan yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental mereka. 


PENGASAS LITTLE YELLOW FLOWER
MISS LEE SINJE
Untuk wang yang disumbangkan semasa Filem Amal, makanan makan tengah hari yang berkhasiat boleh diberikan kepada semua kanak-kanak di Little Yellow Flower supaya mereka dapat membesar dengan sihat. Di samping menyediakan makanan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Yayasan Little Yellow akan membantu semua kanak-kanak tanpa mengira status sosial mereka dan yang hidup dalam keadaan kurang bernasib baik dengan memberi mereka sokongan moral dan membantu mereka membina kehidupan yang lebih baik melalui bantuan terbaik dan pendidikan yang sepatutnya.

FUND RAISING EVENT

YAYASAN PENDIDIKAN


Miss Sinje meluahkan rasa beliau dan berharap dengan wujudnya Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower dapat memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak supaya mereka mungkin seperti mula bersinar, bertindak sebagai suar untuk masa depan yang lebih cerah. Dengan menggunakan semua sumber yang ada, sedikit berharap mereka dapat menerima bantuan dan pendidikan yang terbaik.
Kepada rakan-rakan dan sahabat yang ingin mendermakan RM100 kepada Little Yellow Flower, Cinema MBO akan memberi ganjaran kepada anda Baucar Filem MBO PERCUMA. Marilah bersama-sama menderma sambil beramal kerana dengan setiap pemberian anda membawa makna anda akan menaja makanan lengkap untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan selama 20 hari.

Terhad kepada 1000 keping sahaja dan kempen akan berakhir pada 31 Ogos 2017. Penderma boleh bank-dalam cek atau wang tunai ke dalam akaun Maybank mereka iaitu: 514721664449. Semua cek hendaklah dibuat kepada "Little Yellow Flower Berhad" dan untuk penerimaan, sila e-mel slip slip anda ke infor@littleyellowflower.org atau Whatsapp / call kepada yang berkenaan di 016-2255687 untuk menebus baucar filem.

DESPICABLE 3

DESPICABLE 3

MBO PASS

DESPICABLE 3

Friday, 16 June 2017

KISAH ALONG MURNI (AM), MORROCO & HAMMAM

ALKISAH AM, MORROCO & HAMMAM


Sungguh jauh AM teroka,
Morroco tempat syurga sang Puteri,
Terukir Indah di Hammam Spa,
Dilayan bagai seorang Puteri.

Begitulah yang dapat AM gambarkan apabila menjejakkan kaki di Hammam SPA Publika, Solaris. Dengan rekaan landskap yang indah serta membuatkan AM serasa berada di Morroco. Hammam merupakan konsep 'Arabic Bath-House Culture' yang telah bermula seawal abad ke 13 Turki Empayar Uthmaniyyah.

HAMMAM SPA
AM & MR ADAM DEMNATI


Tuan punya Hammam SPA iaitu Mr Adam Demnati berkongsi serba sedikit tentang sejarah Hammam.
Beliau berkata, Hammam yang pertama di Asia Tenggara di buka di Malaysia pada tahun 2005 iaitu di Bangsar. Ia lebih kepada versi tradisional Maghribi , lengkap dengan karyaartisan tangan Maghribi yang boleh dilihat pada ukiran pintu kayu aras, mosaik yang agak kompleks, lampu tembaga, dan mata air Zelig. Tambahan pula Hammam menggunakan kaedah Terapi Maghribi dan rawatan SPA dengan resepi kecantikan tradisional. Hammam kedua dibuka di Publika Mall pada awal tahun 2013. Itu serba sedikit info pasal Hammam nie..


Mula-mula AM dibawa ke bilik persalinan untuk menukar baju. Segalanya telah tersedia rapi di sini. Malahan segala barang peribadi AM dikunci secara rahsia di Loker. Hanya AM sahaja yang boleh membuka pin Kod yang terdapat pada Loker tersebut. Selamat kan???


Di sinilah detik di mana AM dilayan umpama seorang Puteri. AM dimandikan, diurut, dibersihkan pada bahagian-bahagian yang kadangkala sukar untuk dicapai.. WOOOWWW!!! Tambahan pula, tempat perbaringan AM ini secara tidak langsung mengwapkan badan. alaa.. macam dalam sauna tue.. Selesai sahaja AM dimandikan dan dibersihkan, AM diurut dari kepala ke kaki.. Memang buat badan AM rasa relaks dan tenang. Selepas 45 minit diurut, AM rasa badan kembali segar dan bertenaga.





Kalian semua kena datang ke sini merasai sendiri bagaimana dibelai dan dimanja laksana Puteri. JOOmmm!! ramai-ramai serbu Hammam SPA..

Hammam SPA dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) bermula jam 10 pagi - 10.30 malam.

Lokasi Hammam SPA di Publika
Level 4G, Publika Shopping Gallery Mont Kiara, Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 0881

Lokasi Hammam SPA di Bangsar
3F7 & 3F8 Bangsar Village 2, Kuala Lumpur
Tel: 03-2282 2180

dan ikuti perkembangan Hammam SPA di
FB: HAMMAM SPAS
IG: @hammamspas






.