RAMADHAN FEST ALONG MURNI DI BLACK BOX SACC MALL

RAMADHAN FEST BAGI MERAIKAN
 40 ORANG ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL
 DARI SEKOLAH RENDAH IBNU KHALDUN


Ketika AM menjejak kaki di SACC Mall, AM dapati banyak bazar-bazar jualan yang melibatkan peniaga-peniaga kecil sederhana. Rupa-rupanya SACC Mall mengamalkan konsep 'Hybrid Mall' iaitu gabungan daripada Bazar dan Mall. Ia telah mewujudkan konsep 'micro retailing' di bawah jenama Temapat Orang Lokal dan Jameela Street. Tujuannya adalah bagi memberi peluang kepada peniaga kecil dn sederhana menjalankan perniagaan,

Ramadhan Fest yang bertempat di SACC Mall ini diadakan di Black Box yang terletak di tingkat 2. 

SACC MALL
BLACK BOX, SACC MALL

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari salah seorang pelajar Sek Ren Ibnu Khaldun. AM rasa begitu syahdu dan penuh makna setiap kalam ayat yang dibacakan.

RAMADHAN FEST
BACAAN DOA


Kemudiannya Ustaz Muhamad Riduan b Zainal Abidin menyampaikan takzirah buat pegangan dan pedoman bagi tetamu yang hadir. Malah salah satu peringatan beliau adalah tentang kepentingan memberi salam. Menurut beliau salam adalah satu doa dan langkah terbaik sebelum memulakan apa-apa aktiviti harian. Contohnya ketika bangun dari tidur, seharusnya kita memberi salam kepada pasangan & anak-anak supaya keberkatan dan doa mengiringi setiap aktiviti pada hari tersebut. 

sacc mall
  Ustaz Muhamad Riduan b Zainal Abidin 


Majlis Ramadhan Fest ini juga turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street by Jedan yang disempurnakan oleh  En Fakru Radzi yang merupakan pemilik bangunan SACC Mall. PREC (PKNS Real Estate Sdn Bhd) menekankan bahawa mereka menggalas tanggungjawab sosial bagi memperkasakan usahawan-usahawan tempatan dengan menyediakan peluang pernigaan dan menambahkan pendapatan. 
SACC MALL
MANAGEMENT TEAM PREC

Kemudiannya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Sekolah REndah Ibnu Khaldun. Sumbangan duit raya disampaikan oleh Founder Jameela Street, Shahidan Hashim dan PREC,


SACC MALL
PEMBERIAN SUMBANGAN & DUIT RAYA

PEMBERIAN SUMBANGAN & DUIT RAYA


Sambil menikmati Juadah berbuka puasa, AM dan tetamu yang hadir turut disajikan dengan Persembahan Ghasidah dan Nasyid oleh anak-anak yatim Sekolah Rendah Ibnu Khaldun.

ANAK-ANAK YATIM IBNU KHALDUN
PERSEMBAHAN NASYID DAN QASIDAH

PERSEMBAHAN

Malahan artis-artis jemputan yang hadir turut sama menyerikan majlis dengan lagu raya. 








AM sempat juga berborak & beramah mesra dengan anak-anak yatim ini.. Berkongsi kesedihan dan kerinduan pada ayah dan bonda yang telah pergi kerana AM juga mengalami dan merasakan apa yang anak-anak ini rasakan. Cuma yang dapat AM katakan pada mereka adalah jangan lupa setiap amanat yang ayah bonda pesan, sedekahkan Al-Fatihah sebagai tanda kita anda yang sentiasa mengingati mereka. Al-Fatihah juga untuk Arwah ayah AM dan kepada semua umat muslimin dan muslimat. Perjuangan kita yang masih hidup ini masih ada yang belum selesai dan perlu diteruskan. InsyaAllah..

-SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI ALONG MURNI. MOGA RAMADHAN DAN LEBARAN INI MENJADIKAN KITA INSAN YANG LEBIH BAIK UNTUK AGAMA, DAN BANGSA...-



Post a Comment

0 Comments