Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Monday, 31 July 2017

DI MANA PENGHUJUNGNYA 'HIDUP SAMPAI MATI'

GUESTHOUSE 404
AM DI MAJLIS PELANCARAN FILEM BLOK 404

Telefilem 404 arahan Silver Chung. Along Murni (AM) pasti ramai yang pernah menontonnya kan.. Rentetan dari itu, telefilem yang bercorak cemas dan seram ini akan difilemkan di bawah arahan Pengarah ISMA. Filem terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd ini masih mengekalkan beberapa pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman ditambah dengan suntikan beberapa wajah baru dan pelakon yang begitu berbakat. Antaranya adalah Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Turut sama membantu dalam menjayakan Filem 404 yang diberikan wajah dan nafas baru adalah Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi. Filem 404 ini juga turut mendapat bimbingan nasihat dan tunjuk ajar daripada Ahmad Idham.


BARISAN PELAKON DAN PENGARAH BLOK 404

SESI TEMUBUAL
SESI TEMUBUAL


AM sempat menerumah beberapa insan penting yang bertungkus lumus menjayakan Filem 404 ini. Antaranya adalah

1. ZAMARUL HISHAM

AM DAN ZAMARUL HISHAM

Zamarul Hisham bin Mohamed (lahir 9 Mac 1971) atau lebih popular dikenali sebagai Zamarul Hisham pernah memenangi anugerah pelakon terbaik di peringkat TV dan layar perak.

Anugerah
Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
FFM18: Coke dalam Di Ambang Misteri
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Anugerah Skrin 2008: Drama "Ihsan"
Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002, 2003, 2004 dan 2005

Menurut Zamarul Hisham Filem Blok 404 ini bukanlah kesinambungan dari Telefilem Blok 404 yang lalu. Malahan Filem 404 ini sebuah cerita baru yang padat dengan isu-isu permasalahan sosial yang melanda masyarakat sekarang. Beliau juga berkongsi bahawa beliau sangat senang dan kagum berlakon di bawah arahan Pengarah ISMA. Skrip yang dibuat Adza Emie dan Isma ini padat dan mempunyai sinematografi yang menarik. Zamarul Hisham membawa watak Husin iaitu merupakan salah seorang pekerja Senior di rumah Guesthouse 404. 

2. RAJA AZREY

AM DAN RAJA AZREY
Pelakon Raja Azri Raja Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Raja Azrey berusia 39 tahun dan mula berlakon sejak tahun 1996. Beliau sangat aktif dengan teater dan turut terlibat dalam pengarahan dan seni lakon teater. Beliau berjaya mengangkat nama Majlis Teater Selangor menerusi lakonannya dalam teater Buai, karya Norhisham Mustafa dan arahan Khusairy Mahayuddin sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FTM 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Raja Azrey memaklumkan AM bahawa Filem 404 ini membuka jalan bagi beliau untuk kembali aktif dan menonjolkan bakat dalam perfileman. Beliau berkata 'wujud interaksi saling kerjasama antara pelakon dan pengarah yang membolehkan dia lebih menyelami watak dengan berkesan'. Watak beliau kali ini sangat berlainan daripada watak yang telah beliau bawa dalam telefilem 404 dahulu. Kali ini beliau membawa watak sebagai Wan iaitu penjaga kepada Guesthouse 404 dan ketua kepada Husin dan Misha. 

3. BOY IMAN

FILEM BLOK 404
AM DAN DATUK BOY IMAN

Kariernya sebagai anak seni bermula apabila mendapat tawaran membintangi drama terbitan RTM, Senduduk Kuning sekitar tahun 2000. Norul Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Boy Iman, 37, pernah disenaraikan sebagai calon Top 5 bagi kategori Pelakon Lelaki Drama Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) 2002. Kekal aktif membintangi beberapa filem dan telefilem namun dia belum berhasrat untuk berhenti daripada dunia lakonan walaupun kini sudah bergelar penerbit.

Beliau yang merupakan Penerbit bagi Filem Blok 404 mengharapkan dengan terbitnya Filem Blok 404 ini dapat mengubat kerinduan kepada semua peminat Genre Seram dan Misteri dan mengembalikan nostalgia kepada peminat-peminat telefilem blok 404 terdahulu. Beliau membawakan watak sebagai Zul iaitu sahabat kepada Intan & Hairi.

4. AMAR ASYRAF

FILEM BLOK 404
AM DAN AMAR ASYRAF


Amar Asyraf bin Zailuddin (lahir 15 November 1986) memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011. Filem pertama Amar ialah Penunggu pada tahun 2011.Tetapi Amar mula terkenal melalui drama Setia Hujung Nyawa memegang watak Zain Hakimi pada tahun 2012.Pada 8 November 2015, Amar telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk kategori drama di Anugerah Skrin 2015.

Beliau menzahirkan rasa teruja apabila menerima skrip dan membawakan watak bagi Filem Blok 404. Beliau berkata, ' watak saya kali ini amat mencabar kerana berlainan dari karekter sebenar saya'. Beliau membawakan watak sebagai Hairi yang merupakan kekasih kepada Intan dan sahabat kepada Zul. Dengan berkat bantuan daripada pelakon-pelakon dan pengarah yang berkaliber, Amar berharap peminat akan terus menyokong seni lakonan beliau.

5. NUR RISTEENA

FILEM BLOK 404
AM DAN RISTEENA

Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas (lahir 19 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Risteena Munim .Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana ‘Playboy Itu Suami Aku’ yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan beliau dalm Filem Blok 404, Risteena bersyukur kerana diberi peluang oleh pihak produksi DBI ENTERTAINMENT SDN BHD untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pelakon. Baginya, tidak semua orang dilahirkan terus pandai berlakon. Jadi untuk beliau sendiri memang ambil masa untuk memperbaikinya. Beliau begitu teruja dapat berlakon bersama para pelakon yang berpengalaman dan pengarah yang tegas dan kreatif bagi menggilap bakat lakonan beliau. Beliau bersyukur dan kepercayaan yang diberikan kepadanya akan digunakan dengan sebaik mungkin. Beliau yang membawakan watak sebagai Misha memberitahu bahawa para pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan bagi beliau menggalas watak yang diberikan. 

Haaaaa.. tentu masing-masing tak sabar nak tahu siapa pengarah bagi Filem Blok 404 kali ini kan?? 
Tadaaaa...

6. ISMA

FILEM BLOK 404
AM DAN ISMA
Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof atau lebih dikenali sebagai Isma pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010. 

Sutun 2 adalah merupakan drama pertama lakonan beliau.Malahan drama dan telefilem lakonannya mahupun arahannya seperti Kerana Cintaku Saerah, Merah Puteh, Antara Garisan, Cita dan Cinta, Amarah Hawa, Hajar Aswad, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Emil Emilda, Fatihah Untuk Abah, Mencari Nurfitri, Virus, Pelarian, Kashaf Imani, Raya Si Primadona dan yang terbaru, Kerana Terpaksa Aku Relakan sering mendapat rating tinggi di kaca televisyen (TV) sekali gus menerima pujian daripada orang ramai. 

Pada April 2015 Isma telah memenangi pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014.

Mengulas tentang Filem Blok 404 Isma berkata, 'filem ini menjadi satu titik sentuhan saya bagi menjadikan setiap watak penuh kreativiti di samping penyampaian watak berkesan samada yang tersurat mahupun yang tersirat'. Kebanyakan pelakon yang ditemubual menyatakan bahawa Isma merupakan pengarah yang tegas namun tidak pernah mengongkong watak yang cuba dibawa oleh para pelakon. Malahan beliau lebih bersikap terbuka dalam cuba menampilkan dan menzahirkan sesuatu watak. Beliau juga berharap Filem Blok 404 mampu mengundang FENOMENA yang pernah berlaku semasa tayangan Telefilem Blok 404 dahulu. Isma turut menambah, 'diharapkan dengan Filem Blok 404, dengan slogan HIDUP SAMPAI MATI ini mampu mengetengahkan isu yang cuba dibawa dan permasalahan sosial  masyarakat sekarang'.  


NANTIKAN KEMUNCULAN TAYANGAN 
 'FILEM BLOK 404'
-HIDUP SAMPAI MATI- 
&
SOKONGLAH FILEM INDUSTRI SENI TEMPATAN



















Wednesday, 12 July 2017

MATA DI NEW YORK RASA DI KOREA


ALONG MURNI


Kali Along Murni (AM) dijemput ke Restoran NY Steak Shack yang terletak di Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Macam biasa sebelum pergi ke sesuatu lokasi AM atas jemputan, AM akan selidik sedikit sebanyak tentang apa yang menarik yang terdapat di situ.


Hasil daripada kaji selidik AM, AM mendapati Bandar New York City memang terkenal dengan kepelbagaian masakan etnik, sebuah kota ke 3 terbesar di dunia, dan kalau cakap bab makanan memang ada pelbagai jenis dan boleh didapati di mana-mana sahaja tak kira masa. dan yang paling buat AM rasa terkesima adalah sekolah-sekolah di New York diharuskan menyajikan makanan halal untuk muslim. AM memetik artikel bertarikh 25 April 2017 yang diusulkan oleh salah seorang anggota dewan kota New York, David Weprin. Beliau ingin mewajibkan semua sekolah menyediakan makanan yang memenuhi batasan kehendak keagamaan seorang pelajar.

Buat pertama kali AM menjejakkan kaki ke Restoran NY Steak Snack  yang terletak di Sunway Velocity buatkan AM rasa seperti berada di Ibu Kota New York. Dengan tema, suasana dan dekorasi yang DABOOM membuatkan serasa di New York. Malahan pekerja mesra pelanggan dan sentiasa memberi senyuman dan sapaan sepanjang masa. Segala-galanya yang telah diilhamkan dan diterjemahkan terdapat di Restoran NY Steak Shack ini.

VARIETY FOOD

SUNWAY VELLOCITY







SUNWAY VELLOCITY



Jadi tibalah masa yang dinantikan.. Restoran NY Steak Shack ini memperkenalkan Hidangan Makanan Kegemaran bertemakan Inspirasi dari Korea tetapi diolah mengikut citarasa penduduk tempatan dan semestinya HALAL. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan makanan asal Korea adalah TIDAK HALAL.. Namun dengan kerjasama dari pengurusan Restoran NY Steak Shack di Malaysia telah berjaya mencipta fenomena dengan mengekalkan rasa Korean dalam masakan tetapi bercirikan rempah ratus yang terdapat disini dan HALAL untuk dimakan. Satu inisiatif yang sangat bagus dan THUMBSUP dari AM atas usaha seluruh TEAM MANAGEMENT Restoran NY Steak Shack. 



Keterujaan bertambah apabila melihat makanan yang dihidangkan.. Jemput tengok untuk AM rasa..


BIBIMBAP CHICKEN/LAMB

COUNTRY GOGI BURGER CHICKEN

SIZZLING BULGOGI RIBEYE STEAK

OMIJA MOCKTAILS

KIMCHI PASTA CHICKEN


BANANA MILK SHAKE

COUNTRY GOGI BURGER LAMB

K.RUNCH WINGS

Memang tertarik, menarik dan BOOMMM kan?? korang kena datang & rasa sendiri. Satu yang wajib korang rasa adalah OMIJA MOCKTAILS.. Rasakan kelainan airnya kerana antara bahan didalam air ini adalah Cili Padi.. Terkejut bukan.. Cili Padi dijadikan air.. tapi seriusss.. memang sedap..

Bayangkan berada di New York tapi disajikan dengan selera KOREA.. memang FENOMENA kan??





Jemput datang dan nikmati sendiri keenakan makanan dan kelainan yang cuba ditampilkan di Restoran NY Steak Shack ini.. Salam Sayang dari AM untuk semua.. Byeeee..






Tuesday, 11 July 2017

Hanyut di buai 'TRUE LOVE' by DHANY (KATA HATI)


DHANY KATA HATI
AM & DHANY KATA HATI


Baru-baru nie, Along Murni (AM) menerima undangan dari Indigital Music Sdn Bhd yang beralamat di W-308 West Wing Metropolian Square, Jalan PJU 8, 47820 Petaling Jaya ke majlis ramah mesra dan santai bersama dengan Dhany (Kata Hati). Turut bersama dalam sesi santai bersama Dhany (Kata Hati) adalah Arie (Kata Hati) yang merupakan Muzik Director bagi Kumpulan Kata Hati. Arie pernah memenangi 'Anugerah Komposer Terbaik' untuk Lagu 'Bilang Saja' Nyanyian Agnes Monica.

TRUE LOVE
AM BERSAMA DHANY KATA HATI & ARIE KATA HATI
SESI BERSAMA DHANY & ARIE




Dhany (Kata Hati) atau nama sebenarnya adalah Ramdani Surya Atmadga. Beliau lebih dikenali dengan nama Dhany (Kata Hati) kerana telah bersama dengan Kumpulan Kata Hati sejak dari 2014.
Dhany Kata Hati telah menerbitkan 4 Buah Lagu termasuk Lagu terbarunya 'TRUE LOVE'. Antaranya adalah 'Takkan Pernah Jauh', 'Menghilang Saja' dan 'Wahai Kekasih'. Korang leh tengok sendiri nyanyian Dhany Kata Hati di bawah..




Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati


Malam-malam ku tanpa mu 
Dingin sejuk ku terasa 
Disini harum mu mewangi 
Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia


Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya


Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love


Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya


Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia



Memang WOOOWW kan?? Lagu 'TRUE LOVE' ini diterbitkan sempena OST Kempen Raya 2017 Naelofar Hijab. Filem pendek yang diberi judul 'TRUE LOVE' ini menampilkan Naelofa dan Aktor Indonesia iaitu Miller Khan. Pemilihan Dhany Kata Hati sebagai penyanyi TRUE LOVE adalah pilihan Naelofa sendiri memandang keunikan suara Dhany Kata Hati rentetan selepas mendengar alunan suara Dhany Kata Hati melalui lagu 'Wahai Kekasih' OST Suri Hati Mr Pilot. Lagu 'TRUE LOVE' ini adalah hasil  nukilan Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Dalam sesi tembual AM bersama Dhany Kata Hati, beliau menjadikan Amy Search sebagai Idola beliau. Lagu 'TRUE LOVE' ini diedarkan oleh Indigital Sdn Bhd. 

Terima Kasih AM ucapkan atas layanan mesra dari pihak Indigital Sdn Bhd serta Ole-ole buah tangan Special dari Indigital Sdn Bhd. AM suka suka sangat!!

DAYANG NUR FAIZAH



Segalanya AM coretkan dalam video ini. walaaaaa....
 Sekian, salam TRUE LOVE dari Along Murni  (AM)

SESI BERSAMA DHANY KATA HATI



Wednesday, 5 July 2017

Mentera Panggilan Rezeki

sedekah


*Cara-cara nak panggil Rezeki*

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
...................................
Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Saturday, 1 July 2017

Kemeriahan Raya & Video Raya di Skyworld


SKYARENA SETAPAK


Kali Along Murni (AM) sempat berada di Skyworld yang beralamat di SkyWorld Property Gallery @ Setapak Lot 17899, SkyArena, Jalan Ayer Jerneh, 53200 Setapak, Kuala Lumpur. Skyworld kerap menganjurkan event-event yang berkonsepkan Korporat, CSR, Sambutan Hari Raya dan aktiviti kemasyarakatan. Antaranya adalah Skyworld Chess Competition, Skyworld Chinese Chess Festival, Dinosaurs Come Alive dan beberapa sambuatan perayaan seperti Hari Raya, Chinese New Year, dan Chrissmass. Event dan aktiviti yang dijalankan di Skyworld  boleh kalian jengah di www.skyworld.com

SKYARENA, SETAPAK


Pada tahun 2014, SkyWorld memperkenalkan pembangunan induknya yang pertama, SkyArena @ Setapak seluas 28 ekar. Ascenda Residences, fasa pertama SkyArena dilancarkan di tengah-tengah tindak balas positif, merekodkan pengambilan 95% yang mengagumkan. Berikutan pelancaran yang berjaya, SkyWorld melancarkan SkyAwani, CSR & siri rumah mampu milik di Sentul. Projek itu mencatatkan jualan 100% yang mengagumkan dalam beberapa bulan pertama selepas pelancarannya.
Dengan rekod prestasi terbukti berjaya, SkyWorld memperkenalkan Bennington Residences @ SkyArena, Setapak dan SkyLuxe Di Taman @ Bukit Jalil. Kedua-dua projek itu mencatatkan pengambilan positif.

SkyWorld diasaskan dari idea bahawa reka bentuk, apabila dilaksanakan dengan sempurna, dapat meningkatkan pengalaman hidup ke tahap yang lebih tinggi.  SkyWorld berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar pemaju hartanah. Skyworld bangga menjadi pereka yang mewujudkan pengalaman hidup langit tanpa tandingan, dan penyedia gaya hidup bandar dan moden di tengah-tengah kota-kota besar.

SkyWorld meneruskan trend menaiknya, menggandakan pendapatannya dalam masa setahun dan memperoleh bank tanah yang berkualiti kerana ia bersedia untuk memulakan misinya untuk mengubah pemandangan bandar menjadi masyarakat yang bertenaga.

Kewujudan SkyWorld adalah untuk meraikan hubungan kompleks dan interwoven antara pembangunan, penduduknya dan keindahan reka bentuk. Ini boleh dilihat dalam beberapa gambar yang sempat AM tangkap sebelum memulakan penggambaran video Raya.  Video Raya??? Hehehehe.. Kalian boleh tengok di bawah dan selami intipati dan mesej yang cuba disampaikan dalam video nie yea.. 









DI KESEMPATAN INI, ALONG MURNI (AM) INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ANDAI ADA SALAH SILAP SEPANJANG AM MULA BERBLOGGING KEMBALI,,