DI MANA PENGHUJUNGNYA 'HIDUP SAMPAI MATI'

GUESTHOUSE 404
AM DI MAJLIS PELANCARAN FILEM BLOK 404

Telefilem 404 arahan Silver Chung. Along Murni (AM) pasti ramai yang pernah menontonnya kan.. Rentetan dari itu, telefilem yang bercorak cemas dan seram ini akan difilemkan di bawah arahan Pengarah ISMA. Filem terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd ini masih mengekalkan beberapa pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman ditambah dengan suntikan beberapa wajah baru dan pelakon yang begitu berbakat. Antaranya adalah Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Turut sama membantu dalam menjayakan Filem 404 yang diberikan wajah dan nafas baru adalah Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi. Filem 404 ini juga turut mendapat bimbingan nasihat dan tunjuk ajar daripada Ahmad Idham.


BARISAN PELAKON DAN PENGARAH BLOK 404

SESI TEMUBUAL
SESI TEMUBUAL


AM sempat menerumah beberapa insan penting yang bertungkus lumus menjayakan Filem 404 ini. Antaranya adalah

1. ZAMARUL HISHAM

AM DAN ZAMARUL HISHAM

Zamarul Hisham bin Mohamed (lahir 9 Mac 1971) atau lebih popular dikenali sebagai Zamarul Hisham pernah memenangi anugerah pelakon terbaik di peringkat TV dan layar perak.

Anugerah
Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
FFM18: Coke dalam Di Ambang Misteri
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Anugerah Skrin 2008: Drama "Ihsan"
Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) (Pencalonan)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002, 2003, 2004 dan 2005

Menurut Zamarul Hisham Filem Blok 404 ini bukanlah kesinambungan dari Telefilem Blok 404 yang lalu. Malahan Filem 404 ini sebuah cerita baru yang padat dengan isu-isu permasalahan sosial yang melanda masyarakat sekarang. Beliau juga berkongsi bahawa beliau sangat senang dan kagum berlakon di bawah arahan Pengarah ISMA. Skrip yang dibuat Adza Emie dan Isma ini padat dan mempunyai sinematografi yang menarik. Zamarul Hisham membawa watak Husin iaitu merupakan salah seorang pekerja Senior di rumah Guesthouse 404. 

2. RAJA AZREY

AM DAN RAJA AZREY
Pelakon Raja Azri Raja Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Raja Azrey berusia 39 tahun dan mula berlakon sejak tahun 1996. Beliau sangat aktif dengan teater dan turut terlibat dalam pengarahan dan seni lakon teater. Beliau berjaya mengangkat nama Majlis Teater Selangor menerusi lakonannya dalam teater Buai, karya Norhisham Mustafa dan arahan Khusairy Mahayuddin sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FTM 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Raja Azrey memaklumkan AM bahawa Filem 404 ini membuka jalan bagi beliau untuk kembali aktif dan menonjolkan bakat dalam perfileman. Beliau berkata 'wujud interaksi saling kerjasama antara pelakon dan pengarah yang membolehkan dia lebih menyelami watak dengan berkesan'. Watak beliau kali ini sangat berlainan daripada watak yang telah beliau bawa dalam telefilem 404 dahulu. Kali ini beliau membawa watak sebagai Wan iaitu penjaga kepada Guesthouse 404 dan ketua kepada Husin dan Misha. 

3. BOY IMAN

FILEM BLOK 404
AM DAN DATUK BOY IMAN

Kariernya sebagai anak seni bermula apabila mendapat tawaran membintangi drama terbitan RTM, Senduduk Kuning sekitar tahun 2000. Norul Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Boy Iman, 37, pernah disenaraikan sebagai calon Top 5 bagi kategori Pelakon Lelaki Drama Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) 2002. Kekal aktif membintangi beberapa filem dan telefilem namun dia belum berhasrat untuk berhenti daripada dunia lakonan walaupun kini sudah bergelar penerbit.

Beliau yang merupakan Penerbit bagi Filem Blok 404 mengharapkan dengan terbitnya Filem Blok 404 ini dapat mengubat kerinduan kepada semua peminat Genre Seram dan Misteri dan mengembalikan nostalgia kepada peminat-peminat telefilem blok 404 terdahulu. Beliau membawakan watak sebagai Zul iaitu sahabat kepada Intan & Hairi.

4. AMAR ASYRAF

FILEM BLOK 404
AM DAN AMAR ASYRAF


Amar Asyraf bin Zailuddin (lahir 15 November 1986) memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011. Filem pertama Amar ialah Penunggu pada tahun 2011.Tetapi Amar mula terkenal melalui drama Setia Hujung Nyawa memegang watak Zain Hakimi pada tahun 2012.Pada 8 November 2015, Amar telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk kategori drama di Anugerah Skrin 2015.

Beliau menzahirkan rasa teruja apabila menerima skrip dan membawakan watak bagi Filem Blok 404. Beliau berkata, ' watak saya kali ini amat mencabar kerana berlainan dari karekter sebenar saya'. Beliau membawakan watak sebagai Hairi yang merupakan kekasih kepada Intan dan sahabat kepada Zul. Dengan berkat bantuan daripada pelakon-pelakon dan pengarah yang berkaliber, Amar berharap peminat akan terus menyokong seni lakonan beliau.

5. NUR RISTEENA

FILEM BLOK 404
AM DAN RISTEENA

Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas (lahir 19 November 1989) atau lebih dikenali sebagai Risteena Munim .Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana ‘Playboy Itu Suami Aku’ yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan beliau dalm Filem Blok 404, Risteena bersyukur kerana diberi peluang oleh pihak produksi DBI ENTERTAINMENT SDN BHD untuk membuktikan kemampuannya sebagai seorang pelakon. Baginya, tidak semua orang dilahirkan terus pandai berlakon. Jadi untuk beliau sendiri memang ambil masa untuk memperbaikinya. Beliau begitu teruja dapat berlakon bersama para pelakon yang berpengalaman dan pengarah yang tegas dan kreatif bagi menggilap bakat lakonan beliau. Beliau bersyukur dan kepercayaan yang diberikan kepadanya akan digunakan dengan sebaik mungkin. Beliau yang membawakan watak sebagai Misha memberitahu bahawa para pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan bagi beliau menggalas watak yang diberikan. 

Haaaaa.. tentu masing-masing tak sabar nak tahu siapa pengarah bagi Filem Blok 404 kali ini kan?? 
Tadaaaa...

6. ISMA

FILEM BLOK 404
AM DAN ISMA
Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof atau lebih dikenali sebagai Isma pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010. 

Sutun 2 adalah merupakan drama pertama lakonan beliau.Malahan drama dan telefilem lakonannya mahupun arahannya seperti Kerana Cintaku Saerah, Merah Puteh, Antara Garisan, Cita dan Cinta, Amarah Hawa, Hajar Aswad, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Emil Emilda, Fatihah Untuk Abah, Mencari Nurfitri, Virus, Pelarian, Kashaf Imani, Raya Si Primadona dan yang terbaru, Kerana Terpaksa Aku Relakan sering mendapat rating tinggi di kaca televisyen (TV) sekali gus menerima pujian daripada orang ramai. 

Pada April 2015 Isma telah memenangi pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014.

Mengulas tentang Filem Blok 404 Isma berkata, 'filem ini menjadi satu titik sentuhan saya bagi menjadikan setiap watak penuh kreativiti di samping penyampaian watak berkesan samada yang tersurat mahupun yang tersirat'. Kebanyakan pelakon yang ditemubual menyatakan bahawa Isma merupakan pengarah yang tegas namun tidak pernah mengongkong watak yang cuba dibawa oleh para pelakon. Malahan beliau lebih bersikap terbuka dalam cuba menampilkan dan menzahirkan sesuatu watak. Beliau juga berharap Filem Blok 404 mampu mengundang FENOMENA yang pernah berlaku semasa tayangan Telefilem Blok 404 dahulu. Isma turut menambah, 'diharapkan dengan Filem Blok 404, dengan slogan HIDUP SAMPAI MATI ini mampu mengetengahkan isu yang cuba dibawa dan permasalahan sosial  masyarakat sekarang'.  


NANTIKAN KEMUNCULAN TAYANGAN 
 'FILEM BLOK 404'
-HIDUP SAMPAI MATI- 
&
SOKONGLAH FILEM INDUSTRI SENI TEMPATAN



















Post a Comment

0 Comments