Kali Along Murni (AM) dijemput ke Restoran NY Steak Shack yang
terletak di Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Macam biasa sebelum pergi ke sesuatu
lokasi AM atas jemputan, AM akan selidik sedikit sebanyak tentang apa yang
menarik yang terdapat di situ.
Hasil daripada kaji selidik AM, AM mendapati Bandar New York
City memang terkenal dengan kepelbagaian masakan etnik, sebuah kota ke 3
terbesar di dunia, dan kalau cakap bab makanan memang ada pelbagai jenis dan
boleh didapati di mana-mana sahaja tak kira masa. dan yang paling buat AM rasa
terkesima adalah sekolah-sekolah di New York diharuskan menyajikan makanan
halal untuk muslim. AM memetik artikel bertarikh 25 April 2017 yang diusulkan
oleh salah seorang anggota dewan kota New York, David Weprin. Beliau ingin
mewajibkan semua sekolah menyediakan makanan yang memenuhi batasan kehendak
keagamaan seorang pelajar.
Buat pertama kali AM menjejakkan kaki ke Restoran NY Steak
Snack yang terletak di Sunway Velocity
buatkan AM rasa seperti berada di Ibu Kota New York. Dengan tema, suasana dan
dekorasi yang DABOOM membuatkan serasa di New York. Malahan pekerja mesra pelanggan
dan sentiasa memberi senyuman dan sapaan sepanjang masa. Segala-galanya yang
telah diilhamkan dan diterjemahkan terdapat di Restoran NY Steak Shack ini.
Jadi tibalah masa yang dinantikan.. Restoran NY Steak Shack ini memperkenalkan Hidangan Makanan Kegemaran bertemakan Inspirasi dari Korea tetapi diolah mengikut citarasa penduduk tempatan dan semestinya HALAL. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan makanan asal Korea adalah TIDAK HALAL.. Namun dengan kerjasama dari pengurusan Restoran NY Steak Shack di Malaysia telah berjaya mencipta fenomena dengan mengekalkan rasa Korean dalam masakan tetapi bercirikan rempah ratus yang terdapat disini dan HALAL untuk dimakan. Satu inisiatif yang sangat bagus dan THUMBSUP dari AM atas usaha seluruh TEAM MANAGEMENT Restoran NY Steak Shack.
Keterujaan bertambah apabila melihat makanan yang dihidangkan.. Jemput tengok untuk AM rasa..
|
BIBIMBAP CHICKEN/LAMB |
|
COUNTRY GOGI BURGER CHICKEN |
|
SIZZLING BULGOGI RIBEYE STEAK |
|
OMIJA MOCKTAILS |
|
KIMCHI PASTA CHICKEN |
|
BANANA MILK SHAKE |
|
COUNTRY GOGI BURGER LAMB |
|
K.RUNCH WINGS |
Memang tertarik, menarik dan BOOMMM kan?? korang kena datang & rasa sendiri. Satu yang wajib korang rasa adalah
OMIJA MOCKTAILS.. Rasakan kelainan airnya kerana antara bahan didalam air ini adalah Cili Padi.. Terkejut bukan.. Cili Padi dijadikan air.. tapi seriusss.. memang sedap..
Bayangkan berada di New York tapi disajikan dengan selera KOREA.. memang FENOMENA kan??
Jemput datang dan nikmati sendiri keenakan makanan dan kelainan yang cuba ditampilkan di Restoran NY Steak Shack ini.. Salam Sayang dari AM untuk semua.. Byeeee..
0 Comments