FILEM PATRIOTIK 'MALAY REGIMENT' JADI PILIHAN AM



Sempena 31 Ogos yang merupakan tarikh kemerdekaan negara, Along Murni (AM) turun untuk sama-sama menonton dan menyokong Filem 'MALAY REGIMENT'.AM  tertarik untuk mengupas filem ‘MALAY REGIMENT’ yang telah ditonton AM.

'KEMATIAN KITA HARI INI ADALAH UNTUK KEHIDUPAN WARIS KITA HARI ESOK' Filem arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli mengetengahkan jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. 

Filem perang ini diangkat dari kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

 Filem ini mengandungi mesej tersirat yang ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk semua rakyat hidup bersama-sama.
Filem ini juga memaparkan babak di mana satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat kepada keluarga tentera.

Ia juga turut memperlihatkan sudut pandangan salah seorang komrad mempersoalkan tentang apakah yang diperjuangkan komunis sebenarnya. Komrad tersebut berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina bukan dengan bertempur dan mati tetapi adalah dengan menguasai ilmu dan ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin komunis adalah sia-sia lalu mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan senjata-senjata komunis.

Selain itu, filem ini juga menonjolkan adegan-adegan pencarian waris-waris pejuang dalam mengetahui lebih lanjut tentang kisah perjuangan para parajurit ini. Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair dari ancaman komunis.

Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini.



JOMM SAMA-SAMA SAKSIKAN
 'FILEM MALAY REGIMENT' 
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KITA 
TERHADAP PERAJURIT YANG TERKORBAN 
DEMI AGAMA, NUSA DAN BANGSA ATAS NAMA KEMERDEKAAN. 
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA !!




Post a Comment

0 Comments