RESTORAN 'NEW CURRY' (CHINESE MUSLIM) - JADI PILIHAN ALONG MURNI


Kali ini Along Murni (AM) terjah ke satu lokasi restoran chinese Muslim yang terletak di Taman Maluri, Cheras. Restoran New Curry ini diambilalih pengurusan oleh En. Mohd Azizi Vijay Abdullah dan Pn Khatijah Abrar yang merupakan business partner dalam meneruskan kelangsungan Restoran New Curry. AM sangat kagum dengan komitmen dan ketelitian pasangan ini yang menitikberatkan soal kebersihan dan keenakan dalam penyediaan makanan di Restoran New Curry. Keadaan dan suasana di restoran yang santai dan selesa boleh dilihat dalam gambar yang sempat AM 'capture' sepanjang berada di Restoran New Curry.






Makanan yang menjadi pilihan untuk AM cuba adalah :

                      


  1. Kari Kepala Ikan Ling 
  2. Dry Butter Prawn 
  3. Sizzling Toufu
  4. Butter Milk Chicken 

  5. Air Kam Chaw (Pertama kali rasa tapi benar-benar menambat hati AM). Air Kam Chaw ini terdiri daripada Goji, kurma merah, bunga crysanthemum, buah mata kucing, teh hijau dan kacang walnut. MEMANG AWESOME & TERBAIKLAHHH.. ❤❤❤❤
  6. ABC Special 
Untuk makluman semua Restoran New Curry turut juga mendapat kunjungan hormat dari Mufti Wilayah Persekutuan.




Jadi juga menu pilihan Ala-Carte turut mendapat pilihan dan permintaan ramai. 





Restoran New Curry juga menerima tempahan Buffet untuk 30 pax. Anggaran harga adalah antara RM 18 - RM 40. Selain itu, bagi yang berminat untuk tempahan penghantaran ke pejabat mahupun rumah turut disediakan. Minimum order adalah 10 pax. Antara pilihan menu buffet yang sering mendapat permintaan ramai adalah 

MENU 1
RM 30 NETT PER PERSON

MAIN COURSE DISHES
Fish Head Curry
Thai Style Bean Curd
Marmite Chicken
Chili Squid
Kangkung Shrimp paste
White Rice

Beverage
Cold/Hot Chinese Tea

MENU 2
RM30 NETT PER PERSON

MAIN COURSE DISHES
Assam Fish Head
Sizzling Bean Curd
Butter Milk Chicken
Deep Fried Squid
Mix Vegetable
White Rice

Beverage
Cold/hot Chinese Tea.

Jadi, apa di tunggu lagi??? Jom pakat dok serbu RESTORAN NEW CURRY yang beralamat di 

NO 21, JALAN JEJAKA 3,
TAMAN MALURI CHERAS,
55100 KUALA LUMPUR.



DIBUKA DARI JAM 11 PAGI HINGGA 10 MALAM DAN
 DITUTUP PADA SETIAP HARI ISNIN. 
MANAKALA JUMAAT PULA DITUTUP SEMENTARA
 DARI JAM 12.45 TENGAH HARI - 2.30 PETANG (SOLAT JUMAAT)

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN BOLEH TELEFON DI 012-325 6582

Post a Comment

0 Comments