Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Monday, 27 November 2017

FENOMENA SENI KL BIENNALE 2017 BERTEMAKAN BELAS JADI INSPIRASI

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017. Pameran ‘Kuala Lumpur Biennale 2017’ merangkumi tema BELAS, meraikan 114 individu dari seluruh benua, yang terdiri daripada 103 artis dari Malaysia dan 11 artis antarabangsa.






Pemakaian perkataan Biennale mula digunakan pada tahun 1895 oleh kota Venice yang mempopularkan penganjuran pameran melalui Venice Biennale. Pameran biennale pada kebiasaannya merujuk kepada pameran antarabangsa berskala besar yang mempamerkan karya-karya seni yang bersifat kontemporari.  

Pameran ini merupakan satu titik sejarah bermulanya pameran berskala besar festival seni visual di Negara kita. Buat pertama kalinya, kesemua 7 galeri dan ruang lobi dipenuhi karya seni di bawah satu tema.




Sebenarnya angka 114 pelukis ini adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan jumlah sebenar pelukis di Malaysia. Terdapat ramai lagi pelukis Malaysia di dalam dan di luar Negara yang tidak tersenarai untuk ke pameran pada kali ini. Ini adalah kerana setiap pameran biennale di pimpin oleh satu tema.
Jadi konsep tema pameran KL Bienalle 2017 ini dibangunkan berasaskan sustainabiliti, yang mengangkat isu-isu yang mula terhakis. Hakisan ini membawa kepada keperihatinan jawatankuasa yang menyimpulkan kepada perkataan BELAS dan dijadikan tema besar pameran. BELAS dalam konteks ini boleh disama ertikan dengan perihatin, kasih, kasihan, simpati, dan sayang. Pembentukan dan penyimpulan konsep ini dipimpin oleh Professor Hasnol jamal Saidon (Ahli Lembaga Balai Seni Negara).

Selaras dengan pameran itu, Kuala Lumpur Biennale 2017 beberapa program sokongan dan input bagi penonton dan peminat seni untuk mengambil bahagian dalam acara nasional ini. Kuala Lumpur Biennale 2017 dibuka kepada orang ramai pada 1 November 2017 sehingga ke-30 Mac 2018 dengan kemasukan percuma.

Oleh yang demikian penganjuran KL Biennale yang pertama ini merupakan satu kejayaan buat MOTAC dan kerajaan Malaysia melalui agensinya - Balai Seni Negara. Sekalung tahniah buat semua warga MOTAC. Pameran sulung ini, membariskan pelukis-pelukis yang disaring berkali-kali oleh jawatankuasa yang dikepalai oleh En Johan Ishak (CEO – Media Prima TV Network), bersama Prof. Zulkifli Yusoff selaku Ketua Kurator yang dibantu oleh barisan Kurator muda dari Balai Seni Negara - Amerudin Ahmad, Majidi Amer,Bakhtiar Naim Jaafar, Tan Hui Koon, dan Faizal Sidik.

DARI SUDUT KACA MATA ALONG MURNI (AM)



Seni berasal dari kata “sani” yang artinya “Jiwa Yang Luhur atau Ketulusan jiwa”. Dalam bahasa Inggris “art” yang artinya karya dari sebuah kegiatan. AM pula menganggap seni adalah salah satu medium untuk menzahirkan segala rasa, luahan, nukilan, momen dan kepelbagaian pendapat melalui apa yang dilihat dan apa yang dirasai. Melalui KL Biennale yang julung-juling kali ini diadakan, AM berasa sangat teruja kerana dapat melihat hasil seni yang begitu dinamik dan kontemporari. Sehinggakan bila berdiri di hadapan setiap potret atau lukisan, AM seolah-olah dapat menyelami setiap mesej dan rasa yang cuba disampaikan. Memang hanyut la kiranya!! Ada yang buatkan AM rasa sedih, kagum, bersemangat waja dan banyak yang memberi input positif kepada setiap yang melihat hasilnya. Antara gambar, momen dan potret yang sempat AM ambil dan menarik perhatian AM adalah:

KARYA : MAD ANUAR ISMAIL 'KANANG ANAK LANGKAU'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN PELBAGAI SAIZ

KARYA : JUHARI SAID 'DALMATION FLOWER'
BAHAN: CAT MINYAK ATAS KAYU

KARYA: AWANG DAMIT AHMAD ' E.O.C -DREAM OF A WARRIOR'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN

KARYA: AWANG DAMIT AHMAD ' E.O.C -DREAM OF A WARRIOR'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN
KARYA: ANNIKETYNI MADIAN 'TEBEKANG
BAHAN: CAMPURAN KAYU KERAS
KARYA: MOHAMAD ISMADI SALLEHUDIN 'DIRGAHAYU NEGARAKU'
BAHAN: KAYU, BESI DAN EMAS

KARYA: CHANG FEE MING 'THE LAST SELENDANG'
BAHAN: CAT AIR ATAS KERTAS

KARYA: MARVIN CHAN 'MEMBER ONLY #1'
BAHAN: CAT MINYAK & RESIN ATAS KANVAS

KARYA: MARVIN CHAN 'MEMBER ONLY #1'
BAHAN: CAT MINYAK & RESIN ATAS KANVAS
KARYA : WONG WOAN LEE 'SOMEONE FORGOTTEN -DREAM & REALITY'
BAHAN: CAT MINYAK ATAS KANVAS


KARYA: ZAKARIA AWANG 'WARKAH BUAT ANAKANDA
BAHAN: BESI

KARYA: ZAKARIA AWANG 'TO MY BELOVED SON'
BAHAN: MARMAR

KARYA : ZAKARIA AWANG

KARYA: MOHD FUAD ARIF ' PETER KASSIG'
BAHAN: DAKWAT PELARUT ATAS KERTAS SINTETIK

KARYA: MOHD FUAD ARIF ' PETER KASSIG'
BAHAN: DAKWAT PELARUT ATAS KERTAS SINTETIK

KARYA: KELVIN CHAP KOK LEONG 'BELAWING, KERAMEN, MAMAT
BAHAN: MEDIA CAMPURAN

Hasil-hasil karya semuanya memang mengandungi mesej yang begitu mendalam. Masih banyak lagi yang masih belum sempat AM terokai. Jomm sama-sama kita jengah BALAI SENI NEGARA. Menghargai, Memahami serta Menyelusuri setiap mesej yang cuba disampaikan mereka melalui karya seni mengikut cara yang tersendiri.. Lagipun pameran dibuka kepada orang ramai pada 1 November 2017 sehingga ke-30 Mac 2018 dengan kemasukan percuma.

ALONG MURNI MENYOKONG PENUH ATAS USAHA 
YANG DIJALANKAN BAGI 
MEMARTABATKAN DAN MEMPERKENALKAN HASIL SENI NEGARA 
DI MATA DUNIA..


Friday, 24 November 2017

PRODUK MAMA MIA! SKIN JADI PILIHAN AM: KESUNGGUHAN, KEYAKINAN DAN KOMITMEN JADI TARUHAN

PRODUK MAMA MIA! SKIN JADI PILIHAN AM:
 KESUNGGUHAN, KEYAKINAN DAN KOMITMEN JADI TARUHAN



Syarikat Yong & Bell Marketing telah ditubuhkan pada Ogos 2016 dengan mengeluarkan produk kecantikan iaitu MamaMia!Skin. Syarikat ini dimiliki oleh Bakhtiar Aliff Bin Ibrahim (Yong)dan Shaiful Kamar (Bell). Diusahakan oleh dua orang wanita yang sukakan kecantikan iaitu Nor Fadilah (Farah) dan Rozi Aminuddin. Syarikat ini masih baru dalam dunia kecantikan tetapi mempunyai potensi yang besar untuk maju pada masa akan datang. Produk ini tiada kesan sampingan dan berkualiti tinggi kerana menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko. Antara kandungan bahan-bahannya adalah Kolagen Ikan Salmon, Stem Sel Epal, SPF 35, Vitamin C dan Vitamin E.  Produk Mama Mia! juga dah pun mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan diformulakan dari negara Eropah dan dikilangkan di Malaysia. 




AM berpeluang duduk semeja berkongsi cerita dan rahsia Tuan Bakhtiar Aliff Ibrahim dan Puan Nor Fadilah Alias atau lebih dikenali dengan Farah Dila.

Orang-orang kuat di sebalik Mama Mia! Skin



Tuan Bakhtiar Aliff Ibrahim
·         Mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang kerjayanya sebagai juruterbang.
TUAN BAKHTIAR ALIFF
·         Membesar dan menetap di Shah Alam.
·         Menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik 
·         Menyertai  Kadet Juruterbang Malaysia Airline (MAS) pada tahun 2006
·         Pada tahun 2007 beliau terpilih dalam Program APFT (Asia Pacific Flight Training) yang tajaan sepenuhnya oleh MAS
·         Kemudianya beliau telah mendapatkan lesen penerbangan ATPL (Air Transport Pilot License) dan diserap masuk sebagai juruterbang Boeing 737-400, 737-800 dan Air Bus 330 sehingga Ogos 2017
·         Sekarang beliau mendapat tawaran sebagai juruterbang Malindo dan bermula pada Ogos 2017.

Puan Farah
PUAN FARAH DILA
·         Pemilik tadika AlKautharEduqids yang terletak di Shah Alam.
·         Seorang yang sangat komited dengan kerja.
·         Memikul tanggungjawab yang besar mendidik anak-anak dan mempunyai guru-guru yang berdedikasi. Meminati dunia kecantikan sejak dari zaman bujang lagi kerana sebelum ini beliau adalah seorang model sambilan sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan.
·         Kecantikan telah sebati dalam jiwa beliau oleh itu tidak teragak-agak untuk menghasilkan produk berjenama sendiri.

dan yang paling tidak disangka-sangka, rupanya Tuan Bakhtiar dan Puan Farah merupakan suami isteri. AM lihat mereka lebih mengamalkan konsep professional dan dedikasi dalam tugasan meskipun suami isteri. Dengan berkongsi minat yang sama terhadap dunia perniagaan, mereka tampak lebih yakin dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Sebab itu, Kalau dilihat dari cara pemasaran, konsep perniagaan dan inti pati dalam dunia perniagaan kelihatan lebih berdaya maju dan penuh komitmen. AM sangat suka pasangan yang boleh bergerak maju dalam dunia perniagaan di samping dapat mengekalkan keharmonian rumahtangga.

PASANGAN SUAMI ISTERI


Nak tau lebih lanjut pasal Produk Mama Mia! Skin ni?? Jom AM kongsi serba sedikit pasal fenomena Mama Mia! Skin ini.




RANGKAIAN PRODUK

Elixir Love Serum
·         Bertindak sebagai produk 5 dalam 1 (Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)
·         Menipiskan jeragat
·         Memudarkan parut jerawat
·         Mengecilkan pori yang terbuka
·         Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
·         Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Love Bliss Foundation
·         Bertindak sebagai produk 6 dalam 1 (Foundation, Moisturizer, Toner, Sunblock, Whitening Agent, Anti-aging Agent)

Bedak asas
·         Menipiskan jeragat
·         Memudarkan parut jerawat
·         Mengecilkan dan menutup pori yang terbuka
·         Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
·         Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Soothing Love Cleanser
·         Membersihkan secara mendalam
·         Mengurangkan lebihan minyak
·         Menanggalkan kotoran dan kesan solekan
·         Mencerah, menganjal, menggebu dan melembapkan kulit

Silky Love Day Cream
·         Melindungi kulit dari sinar UV
·         Menyeri dan sebagai alas bedak
·         Mencerahkan kulit secara sekata
·         Mengekalkan kelembapan kulit wajah
·         Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan

Sleek Love Night Cream
·         Merawat, memutihkan dan mencerahkan kulit wajah
·         Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit wajah
·         Menghapuskan jerawat, parut, lebihan minyak dan jeragat

KREDIT PIC : LEYA

KREDIT PIC: LEYA

KREDIT PIC : LEYA

KREDIT PIC: LEYA

KREDIT PIC: LEYA

KREDIT PIC: LEYA


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh dibuat di

Website | http://mamamiaskin.com/
Facebook | http://www.facebook.com/Mamamiaskin
Instagram | http://www.instagram.com/mamamiaskin_hq/
HOTLINE | 017-2423400 / 017-2424300

Taska Al-Kauthar Eduqids yang dimiliki oleh Puan Farah Dila berkonsepkan Sekolah Pra Sekolah Islam Montessori & Pra Tahfiz
-menggunakan kaedah Juz'Ámma (Memorization)
-menggunakan bahan & perkakas Montessori


Bagi penduduk sekitar kawasan Seksyen 13 Shah Alam, Bangi, Seksyen 7 Shah Alam dan Puncak Alam yang berminat boleh menghantar anak-anak di Taska/Tadika Al-Kauthar. Memang berbaloi demi kecemerlangan anak-anak.

Nak tahu lebih lanjut dan berminat untuk menghantar anak-anak Tadika/Taska Al-Kauthar Eduqids boleh rujuk maklumat di bawah:-

Alamat | No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Facebook | http://www.facebook.com/AlKautharEduqids/
Instagram | http://www.instagram.com/alkauthar_eduqids/
Telefon/Fax | 03 - 55244188

KATA ALONG MURNI:

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG SALING MENYOKONG MINAT DAN MEMBERI GALAKAN MERUPAKAN CONTOH TERBAIK DALAM MASYARAKAT DAN HARUS DICONTOHI. MOGA TUAN BAKHTIAR DAN PUAN FARAH TERUS MAJU KE HADAPAN MEREALISASIKAN SETIAP IMPIAN DAN HARAPAN MEREKA. TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA!!!













Menyelusuri Kenangan Mencipta Rasa Makanan Enak

Sudah 11 tahun Along Murni (AM) tak singgah bertandang di The Mines Shopping Mall. Dulunya The Mines menjadi salah satu tempat pilihan AM dan sepupu AM. Tempat kami lepak, tempat tengok wayang, tempat jalan-jalan dan tempat AM ‘dating’ dulu bersama bekas suami AM. Kini semuanya tinggal kenangan. Masing-masing sekarang sibuk dengan keluarga, kerjaya dan ada yang membawa haluan sendiri. Biarlah segalanya AM simpan rapi dalam kenangan. Eh, tersebak pula AM bila cuba mengimbau kembali kenangan dulu.

Dengan tekad dan azam, AM melangkah tiba di sini bersama rakan-rakan Blogger AM bagi mencipta sebuah memori dan kenangan baru. Semestinya geng kaki makan!! AM turut sama terlibat dalam program ‘Foodtopia’ yang dianjurkan oleh The Mines Shopping Mall. Inilah wajah-wajah gembira kami yang tak sabar untuk memulakan operasi JELAJAH MAKAN..

















Sebelum memulakan operasi ‘FOODTOPIA’, Mr Aven memberi sedikit taklimat ringkas mengenai program ‘FOODTOPIA’ ini. Jejaka hensem yang begitu petah berkata-kata.




Destinasi Restoran pertama (1) adalah SEPIRING. Nampak tak?? muka masing-masing tak sabar nak menjamu seleraa..





RESTORAN SEPIRING
Menu yang menjadi pilihan adalah:

1) Durian Pancake
Yang ni menu yang korang mesti cuba kalau singgah di SEPIRING. Dengan inti Durian yang penuh dan balutan yang kemas, pasti mengundang kepuasan ketika menikmatinya. Sedap sangat dan korang mesti datang cuba.




2) Penang Assam Laksa
Peminat Asam Laksa pasti teruja untuk rasa menu ini kan?? Dengan kuah yang masam2 dan kuah yang padat dengan isi ikan membuatkan korang akan datang singgah semula untuk kedua kali ini.


Seterusnya AM menuju ke destinasi ke2 pilihan AM iaitu Dubuyo. Makanan korea yang sudah mula mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. AM pula berangan-angan kononnya sedang makan bersama-sama dengan KIM JONG KOK bila berada di Dubuyo!! Penyanyi dari korea dan merupakan salah satu watak utama dalam cerita RUNNINGMAN tuuu.. hehehehe.. Menu pilhan AM adalah:



1) Spicy Toppokki
Pernah nampak KIM JONG KOK makan Toppokki ni dalam salah satu siri RUNNINGMAN.. Nampak sedap tapi memang sedap pun.. walaaaaa..



2) Korean Spicy Wings
Menu ini korang kena datang sendiri alami keenakkannya.. Jaminan sedap dan puas hati wooo..





Destinasi ke 3 AM adalah Makan Culture. Di sini terdapat pilihan pelbagai jenis makanan yang enak-enak dan menambat selera.



Antaranya adalah :
1) Spaghetti olio ayam goreng



2) Buttermilk chicken with Rice


AM ingat lagi masa AM mengandungkan rayyan, AM memang tak boleh nak makan nasi. Alahan kan?? Nak buat camna.. Jadi AM hanya boleh makan Sushi sahaja. Sepanjang 9 bulan lebih rayyan dalam kandungan, semestinya Sakae Sushi jadi pilihan.



Destinasi ke 4 AM adalah di Sakae Sushi. Bila nampak je sushi yang banyak-banyak ini, AM telah mencuba 5 jenis makanan Jepun. Antaranya adalah:

1) Cha soba
"Cha soba" adalah mi soba Jepun yang nipis yang diadun dengan teh hijau atau "ocha" atau "cha" untuk jangka pendek. Ia diperbuat daripada tepung soba atau "soba-ko," tepung gandum atau "komugi-ko," dan penambahan teh hijau. Teh hijau adalah apa yang memberi cha soba mi berwarna hijau muda. Mie tradisional Soba biasanya berwarna kelabu-coklat. Penambahan teh hijau ini memberi rasa yang nyaman dan enak dimakan ketika cuaca panas.



2) Egg mayo Temaki




3) Ebi tempura cheese maki
Ramuan di dalamnya adalah Tempura Prawn, Japanese Cucumber, Cheese & Spicy mayonnaise.



4) Tamago cheese yaki
Terdiri daripada Japanese Omerlette dan Cheese.



5) Aburi shiro maguro


Kira AM agak bertuah kali ini sebab nombor tag 1517 mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kupon makan di Sakae Sushi.. Boleh la bawa anak-anak datang makan sini kan??




Akhir sekali, AM menjamu kek di ‘Ah Mah Traditional Homecake’. Egg Sponge Cake yang begitu gebu dan enak dimakan. Susah nak gambarkan keenakkan dan rasa gebu yang terdapat dalam kek ini. Yang pasti korang kena datang sendiri untuk rasa dan nikmati kepuasan rasa keknya. Terdapat 3 jenis kek iaitu:

1) Classic Original



2) Cheesy Cheese



3) Chocolate



Buat semua pembaca setia Along Murni, 
terima kasih atas sokongan anda selama ini. 
Rasa teruja dengan gambar-gambar 
yang enak dan menyelerakan?? 
Jangan lupa untuk singgah datang ke Mines Shopping Mall. Salam sayang untuk semua!!! walaaaa… ❤❤❤