Sudah 11 tahun Along Murni (AM) tak singgah bertandang di
The Mines Shopping Mall. Dulunya The Mines menjadi salah satu tempat pilihan AM
dan sepupu AM. Tempat kami lepak, tempat tengok wayang, tempat jalan-jalan dan
tempat AM ‘dating’ dulu bersama bekas suami AM. Kini semuanya tinggal kenangan.
Masing-masing sekarang sibuk dengan keluarga, kerjaya dan ada yang membawa
haluan sendiri. Biarlah segalanya AM simpan rapi dalam kenangan. Eh, tersebak
pula AM bila cuba mengimbau kembali kenangan dulu.
Dengan tekad dan azam, AM melangkah tiba di sini bersama
rakan-rakan Blogger AM bagi mencipta sebuah memori dan kenangan baru.
Semestinya geng kaki makan!! AM turut sama terlibat dalam program ‘Foodtopia’
yang dianjurkan oleh The Mines Shopping Mall. Inilah wajah-wajah gembira kami
yang tak sabar untuk memulakan operasi JELAJAH MAKAN..
Sebelum memulakan operasi ‘FOODTOPIA’, Mr Aven memberi sedikit taklimat ringkas mengenai program ‘FOODTOPIA’ ini. Jejaka hensem yang begitu petah berkata-kata.
Destinasi Restoran pertama (1) adalah SEPIRING. Nampak tak?? muka masing-masing tak sabar nak menjamu seleraa..
RESTORAN SEPIRING
Menu yang menjadi pilihan adalah:
1) Durian Pancake
Yang ni menu yang korang mesti cuba kalau singgah di
SEPIRING. Dengan inti Durian yang penuh dan balutan yang kemas, pasti
mengundang kepuasan ketika menikmatinya. Sedap sangat dan korang mesti datang
cuba.
2) Penang Assam Laksa
Peminat Asam Laksa pasti teruja untuk rasa menu ini kan??
Dengan kuah yang masam2 dan kuah yang padat dengan isi ikan membuatkan korang
akan datang singgah semula untuk kedua kali ini.
Seterusnya AM menuju ke destinasi ke2 pilihan AM iaitu
Dubuyo. Makanan korea yang sudah mula mendapat tempat di hati masyarakat
Malaysia. AM pula berangan-angan kononnya sedang makan bersama-sama dengan KIM
JONG KOK bila berada di Dubuyo!! Penyanyi dari korea dan merupakan salah satu
watak utama dalam cerita RUNNINGMAN tuuu.. hehehehe.. Menu pilhan AM adalah:
1) Spicy Toppokki
Pernah nampak KIM JONG KOK makan Toppokki ni dalam salah
satu siri RUNNINGMAN.. Nampak sedap tapi memang sedap pun.. walaaaaa..
2) Korean Spicy Wings
Destinasi ke 3 AM adalah Makan Culture. Di sini terdapat
pilihan pelbagai jenis makanan yang enak-enak dan menambat selera.
Antaranya adalah :
Antaranya adalah :
2) Buttermilk chicken with Rice
AM ingat lagi masa AM mengandungkan rayyan, AM memang tak
boleh nak makan nasi. Alahan kan?? Nak buat camna.. Jadi AM hanya boleh makan
Sushi sahaja. Sepanjang 9 bulan lebih rayyan dalam kandungan, semestinya Sakae
Sushi jadi pilihan.
Destinasi ke 4 AM adalah di Sakae Sushi. Bila nampak je sushi yang banyak-banyak ini, AM telah mencuba 5 jenis makanan Jepun. Antaranya adalah:
Destinasi ke 4 AM adalah di Sakae Sushi. Bila nampak je sushi yang banyak-banyak ini, AM telah mencuba 5 jenis makanan Jepun. Antaranya adalah:
1) Cha soba
"Cha soba" adalah mi soba Jepun yang nipis yang
diadun dengan teh hijau atau "ocha" atau "cha" untuk jangka
pendek. Ia diperbuat daripada tepung soba atau "soba-ko," tepung
gandum atau "komugi-ko," dan penambahan teh hijau. Teh hijau adalah
apa yang memberi cha soba mi berwarna hijau muda. Mie tradisional Soba biasanya
berwarna kelabu-coklat. Penambahan teh hijau ini memberi rasa yang nyaman dan
enak dimakan ketika cuaca panas.
2) Egg mayo Temaki
3) Ebi tempura cheese maki
Ramuan di dalamnya adalah Tempura Prawn, Japanese
Cucumber, Cheese & Spicy mayonnaise.
4) Tamago cheese yaki
Terdiri daripada Japanese Omerlette dan Cheese.
5) Aburi shiro maguro
Kira AM agak bertuah kali ini sebab nombor tag 1517 mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kupon makan di Sakae Sushi.. Boleh la bawa anak-anak datang makan sini kan??
Akhir sekali, AM menjamu kek di ‘Ah Mah Traditional
Homecake’. Egg Sponge Cake yang begitu gebu dan enak dimakan. Susah nak
gambarkan keenakkan dan rasa gebu yang terdapat dalam kek ini. Yang pasti
korang kena datang sendiri untuk rasa dan nikmati kepuasan rasa keknya.
Terdapat 3 jenis kek iaitu:
3) Chocolate
1 Comments
Syurga makan di The Mines... Memang rugi siapa tak try..
ReplyDelete