FELCRA: KEMESRAAN PENDUDUK CHANGKAT LADA TAMBAT HATI AM

FELCRA: KEMESRAAN PENDUDUK CHANGKAT LADA TAMBAT HATI AM

Pengembaraan Along Murni (AM) Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official diteruskan lagi ke Seberang Perak. Di pertengahan jalan AM terpandang sawah padi yang terbentang luas dan apabila melihat papan tanda Sungai Dedap atau Changkat Lada, tahulah AM telah sampai destinasi.




Nama Seberang Perak adalah cantuman dua kata . Seberang bermaksud di sebelah depan sungai . Perak pula sejenis permata yang berkilau yang kelihatan di dasar sungai . Sebenarnya kilauan permata yang di lihat di dasar sungai ialah 'bijih timah'. 


Kedatangan Team kami disambut meriah oleh Pegawai-pegawai FELCRA dan penduduk kampung dan ia benar-benar membuat AM rasa sebahagian dari mereka. Kami dibawa ke Pusat Benih Padi, Seberang Perak.


Nak tahu pasal FELCRA?? Bermula dari awal penubuhan dan perkembangan dan kemajuan yang dikecapi?? AM kongsi sedikit informasi yang berjaya AM korek dari pegawai FELCRA ini.

FELCRA Plantation Services Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1998 menerusi pengambilalihan urusan operasi pemprosesan padi di FELCRA Berhad Seberang Perak, yang telah beroperasi sejak tahun 1971. Sekumpulan kakitangan yang memiliki kecekapan yang tinggi disokong oleh kumpulan kakitangan mahir dalam bidang masing-masing diberi kepercayaan untuk menjalankan operasinya. Kumpulan warga kerja mahir ini menjadi asas penting dalam merealisasikan hala tuju syarikat seperti apa yang diaspirasikan.

LAWATAN AM DI PUSAT PEMPROSESAN BENIH PADI








Pada tahun 2010, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd menjadi syarikat pertama yang menerajui pengeluaran Benih Padi Clearfield nuntuk kegunaan di Malaysia dan juga di Asia Pasifik.

Tujuan teknologi ini dilaksanakan adalah bagi mengatasi masalah padi angin yang merupakan antara cabaran terbesar dalam industri tanaman padi. Pusat Benih Padi juga menjadi antara syarikat pertama menggunakan ‘Optical Length Shorter Technology’ pada tahun 2011 bagi memaksimakan kualiti benih padi.


Sistem Pengurusan Sawah Padi di FELCRA turut dibangunkan. Aktiviti membaja dan meracun bukan secara manual lagi, malahan FELCRA menggunakan Helicopter kecil yang telah direka khas. Lebih mudah, menjimatkan tenaga dan pembajaan/meracun lebih menyeluruh dan meliputi segenap kawasan.



Aktiviti yang sempat AM lakukan bersama penduduk FELCRA Changkat Lada.

1. Menjala Ikan di sungai/parit. Sanggup AM berselut bagai demi sebuah pengalaman. Teruja tau bila dapat ikan!!





2. Menerokai dan melihat secara dekat tempat penghasilan madu kelulut. AM merasai sendiri menhirup madu dari kantungnya. Memang terbaiklah!! Nanti AM mesti nampak lagi muda dan berseri-seri kan?










3. Melawat dusun yang diusahakan oleh penduduk Changkat Lada. Kami dijamu dengan pelbagai jenis buah-buahan. Antaranya Kepala Pandan, Rambutan dan Nangka Madu. 

RAMBUTAN KG

NANGKA MADU

BUAH MAHKOTA DEWA


KELAPA PANDAN





4. Makan Malam bersama penduduk kampung dan persembahan tarian Tarian Dabus dan Wan Lebor.



KREDIT VIDEO : ZHARIF



5. Bermalam di Homestay Changkat Lada. Salah satu inisiatif yang dilakukan oleh FELCRA bagi menjana pendapatan penduduk Changkat Lada. AM merasa terharu dengan sambutan dan layanan mesra yang diberikan.




AM, Zharif dan Dboy bermalam di Homestay Changkat Lada yang diuruskan oleh Puan PATIMAH BINTI OMAR tapi lebih selesa jika kami panggil beliau dengan panggilan ‘Emak’. Ahli keluarga mak sangat mengalu-alukan kedatangan kami dan Mak masak yang sedap tau untuk sarapan pagi kami. Bertambah AM makan sarapan pagi. Pulut dengan ikan pekasam memang kombinasi yang enak!!!


AM juga menerima cenderamata dan saguhati hasil tangan penduduk FELCRA. Banyak ole-ole kudapan AM terima sebagai tanda silaturahim yang telah terjalin walaupun perkenalan hanya semalam.

AM terima Ole-ole


hasil tangan penduduk FELCRA


KATA ALONG MURNI :

2 HARI 1 MALAM DI FELCRA CHANGKAT LADA MENINGGALKAN MEMORI TERINDAH DALAM HIDUP AM.
 RASA DISAYANGI DAN DIHARGAI. 
JUTAAN TERIMA KASIH ATAS LAYANAN PENDUDUK FELCRA CHANGKAT LADA DAN PIHAK PENAJA YANG MENAJA PROGRAM KALI INI. 
RIBUAN TERIMA KASIH DAN SALAM SAYANG DARI AM YANG JAUH..




#coloursoflives #traveloguemalaysia#southperak #tourismmalaysia#sayangmalaysia #dekatje #myperodua#peroduamalaysia #canonmalaysia#888teacoffee #wangiworldmalaysia

Post a Comment

0 Comments