XPDC dan CROMOK : BERGABUNG GEGARKAN MAEPS SERDANG.


XPDC dan CROMOK : BERGABUNG GEGARKAN MAEPS SERDANG.

Kredit Video PROPA RANGERS

Peminat Heavy Metal pastinya begitu teruja untuk menyaksikan Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular XPDC dan Cromok pada 3 Februari ini di MAEPS, Serdang. Along Murni merasakan ini satu pergabungan terbaik dalam mengimbau dan membawa kembali muzik bercorakkan Heavy Metal.


XPDC
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC. Untuk konsert kali ini, XPDC yang membariskan Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar).

AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN XPDC

Antara Anugerah dan pencapaian XPDC.
  • Finalis Juara Lagu 1990 - lagu C.I.N.T.A
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 - Album Brutal
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999 - Album Konsert Raksasa XPDC Brutal
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2000 - Album Samurai
  • Top 5 kategori Album Hard Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003 - Album V6
  • Top 5 kategori Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2005 - Album Unmetal 2
  • Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2010 - Album Rasopariso

“XPDC tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” laung XPDC dengan teruja. XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl.

CROMOK
Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) berkata “Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok.”

AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN CROMOK

Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013.

Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney  pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.

Kaki metal mana yang mahu menjadi saksi XPDC ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok nanti? Jangan ketinggalan bagi mendapatkan tiket dan hadir bersama di MAEPS, Serdang.

Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. “Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC  seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. “Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.


Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).


KATA ALONG MURNI.

PERGABUNGAN HEAVY METAL KALI INI 
PASTI MENJANJIKAN KELAINAN. 
PEMINAT HEAVY METAL??
 JOM TURUN RAMAI-RAMAI.. 
SOKONG INDUSTRI MUZIK TANAH AIR. 


Post a Comment

4 Comments