ALOHA HOTEL : HARGA BERPATUTAN DENGAN MENU & PEMANDANGAN MENARIK

ALOHA HOTEL : HARGA BERPATUTAN DENGAN MENU & PEMANDANGAN MENARIK



Penggembaraan Along Murni (AM) dan team #borakkita di Selatan Johor tiba di Pontian. Nama Pontian adalah dari perkataan Melayu "Perhentian" yang bermaksud berhenti. AM dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa Pontian pernah menjadi pengeksport terbesar nanas di dunia. Jadi, wajib tiba di Pontian mesti nak mencuba Jus Nanas kan??



AM jalan-jalan pusing di Pontian Kechil yang juga merupakan Pusat Perdagangan Pontian . Pusat Perdagangan Pontian yang juga dikenali sebagai Tambak Pontian dalam kalangan penduduk Pontian kerana kawasan tersebut merupakan kawasan berpaya di tepi pantai bandar Pontian dan ditambak untuk dijadikan sebuah kawasan perniagaan dan rekreasi.

Pusat Perdagangan Pontian menjadi tumpuan kepada penduduk Pontian serta pengunjung ke Pontian kerana terdapat pelbagai kemudahan di kawasan tersebut. Di sini terletaknya Stesen Bas dan Teksi bandar Pontian yang menjadi penghubung Pontian dengan bandar-bandar lain seperti Johor Baharu, Kuala Lumpur, Batu Pahat dan sebagainya kerana terdapat perkhidmatan bas henti-henti atau ekspres. Selain itu terdapat perkhidmatan teksi antara bandar atau luar bandar yang boleh dicarter.

Pusat Perdagangan Pontian juga menyediakan panorama tepi pantai yang menarik samada di waktu pagi atau petang. Pantai yang mengadap laut Selat Melaka memang menjadi tempat kepada orang ramai untuk beristirehat bersama keluarga. AM boleh melihat pemandangan laut luas serta melihat kapal-kapal dagang yang melalui sepanjang laluan Selat Melaka.



Di sini juga ada hotel yang menarik minat AM dengan pemandangan hotel mengadap laut. ALOHA HOTEL. Hotel tiga tingkat yang mengandungi 48 bilik pelbagai jenis ini sudah pasti menjadi pilihan tepat kerana yang mengutamakan keselesaan tapi dalam masa yang sama mempunyai menu yang menarik dengan harga yang berpatutan.

JENIS BILIK
HARGA (WEEKDAY)
HARGA (WEEKEND)
HARGA (SEASON)
STANDARD ROOM
RM 93.30
RM 103.90
RM 114.50
DELUXE ROOM
RM 125.10
RM 135.70
RM 146.30
FAMILY JUNIOR
RM 188.70
RM 199.30
RM 146.30
SUPERIOR DELUXE
RM 199.30
RM 199.90
RM 220.50
DELUXE WITH VIEW
RM 146.30
RM 156.90
RM 167.50
FAMILY SUITE
RM 294.70
RM 315.90
RM 337.10
SUPERIOR KING SUITE
RM 252.30
RM 252.30
RM 262.90
  
Antara pilihan-pilihan bilik yang sempat AM 'capture' di Aloha Hotel. Memang cantik dan tersusun kemas kan??



























Tapi yang menjadikan AM cam jakun sekejap untuk cuci tangan adalah sistem cuci tanganya. Just hulur tangan, sabun mengalir keluar. hulur lagi air untuk basuh tangan keluar.. hehehehe.. seronok plak main alat cuci tangan nie..






Menu AM makan tengah hari memang betul-betul mengujakan dan sedap. Wajib singgah menginap di sini tau!! Menu di Aloha Hotel sedappp ooo.. 












AM paling suka Udang Butter dan Roti Jala Cicah denga kari ayam!! kebaboom!! Perghh memang terbaik!!

Untuk yang berminat singgah menginap dan mencuba menu di sini boleh datang di
ALOHA HOTEL
11, Jalan Delima 13,
Pusat Perdagangan Pontian,
82000 Pontian, Johor Darul Ta'zim
Email : alohahotel.info@gmail.com
Tel : 07-686 8866 / 07-686 1818



KATA ALONG MURNI: 

ALOHA HOTEL MERUPAKAN HOTEL TERBAIK 
DI DAERAH PONTIAN KECHIL DENGAN PEMANDANGAN TERUS MENGADAP LAUT. DI SAMPING HARGA BILIK YANG BERPATUTAN DAN MENU YANG MENARIK.. BOLEH JUGA JALAN-JALAN DI TEPIAN PANTAI
 SAMBIL MENGHIRUP UDARA LAUT YANG SEGAR. 
IA BETUL-BETUL BERHADAPAN DENGAN ALOHA HOTEL!!
KALAU SINGGAH KE PONTIAN KECHIL, 
JANGAN LUPA SINGGAH DI ALOHA HOTEL YA!! WALAAA…



Post a Comment

2 Comments