Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Thursday, 26 April 2018

KAFE BANNGKOK : THAI STREET FOOD

KAFE BANNGKOK : THAI STREET FOOD
SEDAP, BERBALOI DAN HARGA BERPATUTAN


Sejak balik dari Trip Thailand 6 bulan lepas, Along Murni mula merindui masakan Thailand yang betul-betul menepati citarasa AM.. Setelah disarankan oleh rakan-rakan AM, AM cuba datang ke Kafe Banngkok, sebuah restoran makanan halal Thai berkonsepkan ‘Thai Street’ berlokasi di Platinum Walk. Kafe Banngkok ini terletak berhampiran Festival City Mall Setapak. Nak senang gunakan applikasi Waze atau MAPS dengan menaip ‘Banngkok Street Food’ sampai la ke destinasi.


Wahhh!! sesampai je AM di Kafe Banngkok ini memang meriah wooo.. terasa macam berada di gerai-gerai makanan di Thailand. Penuh warna warni dan konsep memasak secara langsung di gerai dibuat di sini. AM rasa teruja dan tak sabar nak mencuba masakan di sini.. dah mula rasa kecur air liur nie bila melihat makanan yang dipesan oleh pelanggan lain.


Kafe BANNGKOK STREET FOOD diinspirasikan dari masakan dari negara Thailand dengan sedikit sentuhan Ala-Kelantan, tempat negeri kelahiran Chef Mus sendiri. Kesemua bahan-bahan yang digunakan dalam masakan di sini menggunakan bahan-bahan mentah Halal yang dibawa dari negara Thailand.








Terdapat lebih 100 jenis makanan Thai bermula dari Starter seperti Mieng Kam, Seafood seperti Ikan Siakap Krungthai, Tomyam Super Bangkok, Ho Mok Steam, Ketam Chili Basil, Daging dan Ayam Pakrapow, Pad Prik King, Telur Hoy Tod, Sayur Phad Bung Phad Khana sampailah Desert seperti Pancake Banana, Chatuchak Ice Cream, Steam Bread dan Pulut Mangga semuanya rasa asli Thai tau!! memang tak rugi rasanya menjamu selera AM di sini..








Lihatlah kepelbagaian menu-menu yang menarik dan pasti membuatkan kecur air liur kan?? Bukan main seronok dan teruja AM mencuba setiap menu hidangan di Kafe Banngkok Thai Street Food ini.






KATA ALONG MURNI:

TERASA BERADA DI THAILAND BILA BERADA
 DI KAFE BANNGKOK THAI STREET FOOD. 
BUKAN SAHAJA DENGAN KONSEP KAWASAN SEKITAR YANG ALA-ALA THAI MALAHAN KONSEP DAN CARA MAKANAN 
DIHIDANGKAN PUN MASIH MENGEKALKAN KONSEP YANG SAMA DI THAILAND. TERLEPAS RINDU AM PADA MASAKAN THAILAND BILA BERADA DI SINI.. 
BUAT YANG MENGGEMARI MASAKAN THAILAND
 SEPERI AM BOLEH LA JENGAH DATANG SINI TAU.. 
HARGA SANGAT BERPATUTAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENU!!








Tuesday, 24 April 2018

TRAVELOGUE PULAU: PUTERI BAYU BEACH RESORT

TRAVELOGUE PULAU : PUTERI BAYU BEACH RESORT
PERCUTIAN ROMANTIK
ABADIKAN KENANGAN TERINDAH




Along Murni (AM) rasa teruja bila tiba di PUTERI BAYU BEACH RESORT. Walaupun rasa kepenatan tapi bila melihat pemandangan yg indah dan cantik, mata AM jadi segar tau!!

PUTERI BAYU BEACH RESORT, dahulunya dikenali sebagai Sri Bayu di Pulau Pangkor. Dengan setiap pemandangan menarik di sepanjang pantai Pasir Bogak, PUTERI BAYU BEACH RESORT adalah tempat percutian yang sempurna untuk keluarga dan mengabadikan kenangan-kenangan terindah kepada pengunjung yang datang ke Pulau Pangkor.


Kemudahan Chalet Keluarga (8 unit) 

Kita duduk di balkoni peribadi tersendiri sambil menikmati pemandangan Pantai Pasir Bogak yang indah. Ia juga telah tersedia ruang tamu yang luas dan dua bilik tidur yang berasingan. Sesuai untuk keluarga kecil lima atau enam orang, 2 katil single dan bersaiz king saiz katil.Lain-lain kemudahan bilik termasuk peti sejuk mini, dua bilik mandi yang berasingan, ASTRO TV, telefon IDD, pembuat kopi dan pengering rambut.






Taman BAYU & VILLAS (40 unit) 

Lengkap berhawa dingin Taman Bayu Villa Chalet mempunyai ciri-ciri bilik yang luas dan boleh memuatkan sehingga tiga tetamu dewasa atau empat keluarga.Kemudahan Bilik termasuklah, warna TV dengan saluran ASTRO terpilih, telefon, Peti sejuk mini, mini lounge, balkoni, pembuat kopi dan pengering rambut.





Bilik STANDARD bilik Hotel (62 unit) 

Bagi mereka yang mengembara dan mempunyai bajet dalam Bilik-bilik standard di sini menawarkan kemudahan-kemudahan asas untuk penginapan yang tenang dan santai.Terletak tidak jauh dari bangunan utama dan beberapa langkah dari Bayu kedai kopi dan kolam renang, Bilik-bilik standard lengkap dengan TV dengan saluran terpilih ASTRO, pancuran mandian air panas dan Penyaman udara.


Bilik SUPERIOR (11 unit) 

Lebih besar daripada bilik standard. bilik superior yang selesa memenuhi keperluan bagi kumpulan kecil dua hingga tiga manakala menawarkan kemudahan-kemudahan asas seperti balkoni, TV, teh dan kopi pancuran mandi air panas, telefon IDD, kemudahan dan Penghawa dingin.




Kalau ada pasangan yang memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi Pecutian Bulan Madu, AM sangat sarankan untuk menginap di sini. Segalanya tersedia indah dan rapi oleh pihak pengurusan PUTERI BAYU BEACH RESORT










makan malam Romantik 'PAKEJ HONEYMOON'

AM juga mencuba pakej Menu Korean BBQ Spicy untuk menu 2 orang.Lebih privasi dan sangat santai tau!!



Antara menu-menu menarik yang tersedia unutk makan malam boleh lihat di bawah.. Menu yang menarik dan kerap menjadi pilihan bagi pengunjung untuk makan malam. 

KETAM BAKAR

KAMBING BAKAR

SOSEJ BAKAR

AYAM BAKAR
IKAN BAKAR

KOBIS MASAK TAU CHU

BLACK PAPER KENTANG

SPAGETTI SEAFOOD

NASI GORENG CINA

MUSHROOM SOUP
ANEKA BUAH-BUAHAN





ANEKA JENIS SALAD DAN SAYURAN






AM juga kongsikan video-video menarik di laman sosial. Jom jengah link-link yang AM kongsikan di bawah. 









Bagi yang berminat untuk menginap di PUTERI BAYU BEACH RESORT boleh hubungi di nombor tertera atau tempah melalui 

Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
605 – 685 1929 / 1035 / 1794

KATA ALONG MURNI:

PUTERI BAYU BEACH RESORT 
MERUPAKAN PERCUTIAN MENARIK 
YANG TERDAPAT DI PULAU PANGKOR
 DENGAN PAKEJ-PAKEJ YANG MENARIK, 
MENU YANG SEDAP-SEDAP 
DAN HARGA YANG BERPATUTAN. 
WAJIB MENGINAP DI PUTERI BAYU BEACH RESORT 
JIKA DATANG KE PULAU PANGKOR. WALAAAAA!!!