BUFFET RAMADHAN: HOTEL PURI PUJANGGA


BUFFET RAMADHAN: PURI PUJANGGA
MENGIMBAU ‘MEMORI STUDIO JALAN AMPAS’
BEGONIA COFFEE HOUSE


Untuk Buffet Ramadhan kali ini Along Murni (AM) memilih Hotel Puri Pujangga. AM sangat suka tema yang cuba diketengahkan. Yelah, AM merupakan peminat Filem Era Zaman P. Ramlee. Setiap bait kata nasihat, senda gurau dan lakonan mantap beliau sentiasa menjadi ingatan dan tersimpan rapi di dalam kotak memori AM.


 Melalui tema ‘MEMORI STUDIO JALAN AMPAS’, Pakej Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga akan mengimbau kembali kegemilangan era perfileman melayu yang satu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri filem tanah air.




Hidangan Buffet Ramadhan 2018 terdiri dari makanan tempatan dan antarabangsa di mana seleksi makanan pembuka selera (appertizer) terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar serta sudut ‘Salad Counter’ yang menghidangkan pelbagai jenis makanan khasiat yang terdiri daripada sayuran salad.

aneka jenis kerabu


Pada tahun ini, dapur Chef Zahir iaitu Sous Chef Hotel Puri Pujangga mengketengahkan Asam Pedas Claypot yang dihidangkan secara panas mengikut permintaan pelanggan. Di samping itu, terdapat juga makanan eksklusif hotel iaitu Kue Teow Daging, Roti Canai yang dimakan bersama Serawa Durian serta Ikan Bakar Palembang. AM amat menggemari Serawa Durian dimakan bersama roti canai!! memang sedap dan terbaikk woo!!

ikan bakar Palembang

Koey Teow Daging

Asam Pedas Claypot

Serawa Durian 

Hidangan Buffet Ramadhan Puri Pujangga berpusat di Begonia Coffee House dan ia menghidangkan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Antara menu-menu yang dihidangkan adalah Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng,Udang Butter,Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan bermacam-macam lagi.

Kambing masak Beriani


Asam Pedas Tetel
Pajeri Terung
Ayam Percik Jalan Ampas
Bagi memberi lebih pilihan, beberapa jenis makanan dihidang melalui konsep gerai yang terdiri daripada gerai sup, bubur lambuk, gerai nasi briani, gerai satay, gerai ikan bakar, gerai roti dengan pilihan roti canai, murtabak, roti john, gerai pelbagai jenis makanan bergoreng seperti keropok lekor, goreng pisang, cucur bilis, gerai ais kacang. Turut serta adalah hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang, Ais Krim Goyang dan bermacam-macam lagi!


Selain daripada itu, turut dihidangkan juadah manisan seperti buah-buahan tempatan, Kuih Bingka Ubi, Pulut Panggang, Kuih Lopes, Lepat Pisang, Sagu Gula Melaka, Kuih Koci, Apam Gula Hangus, Puteri Ayu, Kuih Lompang, Kuih Lapis, Kuih Talam Keladi, Kuih Ketayap, Agar–Agar Cendol, Agar–Agar Sirap, Cream Caramel, Strawberry Jelly, Puding Kastard, Fruit Tartlet, Tiramisu in Cup dan Bread Butter Puding.Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah Air Kurma, Air Bandung, Air Soya, Air Jagung, Air Tebu, Iced Lemon Tea, Nescafe Tarik & Teh Tarik.



aneka kuih tradisional

Pelbagai jenis buah-buahan



Begonia Coffee House menawarkan Pakej Buffet Ramadhan dengan harga RM70.00 nett seorang untuk dewasa dan RM35.00 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Makanan dihidangkan secara buffet mula dibuka daripada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Pakej Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018


KATA ALONG MURNI:

KEPELBAGAIAN MENU YANG DITUKAR SETIAP HARI DALAM SEMINGGU MEMBERI IMPAK PADA SELERA TEMPATAN. 
SAMBIL MENJAMU BUFFET RAMADHAN, 
PARA PENGUNJUNG TURUT DISAJIKAN DENGAN 
FILEM-FILEM TAYANGAN ERA ZAMAN P RAMLEE. 
SESUAI UNTUK DITONTON DAN DIKUNJUNGI OLEH KELUARGA.
 JANGAN LEKA MENONTON FILEM HINGGA TERTINGGAL TERAWIKH YA. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERAMAL.

Post a Comment

0 Comments