BUFFET RAMADHAN : RESTORAN REBUNG


BUFFET RAMADHAN: RESTORAN REBUNG
‘BAZAAR RAMADHAN DI RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL’


Tinggal lagi 10 hari kita akan menyambut bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan. Pastinya pelbagai menu-menu masakan dah terencana oleh ibu-ibu di dapur. Pilihan Buffet Ramadhan Along Murni (AM) kali ini adalah di Restoran Rebung.

Restoran Rebung cukup sinonim dengan masakan tradisional Dapur Melayu di samping resipinya diilhamkan oleh pemilik restoran iaitu Selebriti Chef Malaysia Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad. Bagi tahun 2018, tema  Restoran Rebung adalah berkonsepkan ‘Bazaar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail’.

Lokasi Restoran Rebung terletak di atas bangunan parkir bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Ia mampu memuatkan hampir 500 pengunjung untuk satu-satu masa. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan berhawa dingin dan kawasan terbuka berkipas. Terdapat 4 jenis ruang makan khas (private room).

Green Room
Mampu memuatkan 120 tetamu
Red Room
Mampu memuatkan 80 tetamu
Blue Room
Mampu memuatkan 20 tetamu
Orange Room
Mampu memuatkan 8 tetamu
Stage Area
Mampu memuatkan 130 tetamu









Ia juga mempunyai kemudahan parkir kenderaan berbumbung dan tertutup yang mampu menampung sehingga 460 kenderaan dalam satu-satu masa. Ia turut dilengkapi dengan 2 lift yang boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu masa dan mesra OKU. Restoran Rebung juga ada menyediakan surau lelaki dan surau wanita yang luas dan selesa untuk solat.



AM sangat kagum dengan cogan kata Restoran Rebung yang berpegang teguh pada  'Rezeki Itu Milik Semua’. Hal ini kerana pada setiap hari Jumaat Restoran Rebung akan menerima kunjungan Anak-anak Nur Salam Chow Kit (seramai 20 orang untuk satu-satu masa) untuk makan tengahari di sini. Satu usaha yang buat AM rasa begitu kagum dan semoga rezeki diperluaskan kerana membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Yang paling menarik minat AM adalah, Restoran Rebung masih mengekalkan harga bagi Buffet Ramadhan iaitu RM 79.50 nett (dewasa) dan RM 53.00 nett untuk kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga ke 11 tahun. Buffet Ramadhan di Restoran Rebung mempunyai lebih dari 80 jenis hidangan bermula dari pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut. 99% rempah ratus yang segar digunakan dalam setiap masakan.

Antara hidangan utama yang dihidangkan bermula dari nasi adalah nasi putih, nasi ulam, nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani dan nasi hujan panas. Untuk lauk pauk pula ada daging salai masak lemak cili padi, ikan pari masak asam pedas, ikan patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut, ayam percik, sambal-sambal dan aneka jenis masakan tradisional melayu.

daging rendang
aneka sambal & nasi lemak
gulai daging kawah
aneka lauk pauk
masak lemak pucuk
siput sedut masak lemak cili padi
ayam masak kurma

ikan pari masak asam pedas
ikan patin masak tempoyak

daging masak sambal lada
gulai ayam

daging salai masak lemak

aneka ulam ulaman
Sebagai menu sampingan, Restoran Rebung juga mengetengahkan makanan kaki lima atau “Hawkers Food’.  Antaranya adalah roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char koay teow, ayam percik, bubur lambuk, buah Melaka, onde-onde, aneka jenis ikan bakar beserta air asam dan kepelbagaian juadah sampingan yang dimasak secara langsung oleh staf-staf Restoran Rebung.

staff tekun menebar roti 
char koay teow
murtabak
bubur lambuk

laksa dan pasembor
mee goreng mamak


menghidangkan aneka sup

ikan bakar
Kuih tradisonal seperti Seri Muka, Karipap, apam berlauk, sagu gula Melaka, dodol cair, pulut kacau, aneka jenis bubur juga tidak dilupakan dan menjadi pilihan sebagai hidangan penutup Buffet Ramadhan.


pengat pisang, bubur cha cha, bubur kacang
roti jala dibentuk
roti jala
buah melaka

tepung pelita
aneka jenis kuih tradisional
wajik
Pada setiap hari di Bulan Ramadhan 2018, Restoran Rebung juga menyediakan lagu-lagu irama ghazal secara live oleh Kumpulan Ghazal yang diundang khas.

Restoran Rebung telah sedia membuka tempahan berbuka puasa. Pakej Buffet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.
Untuk tempahan boleh hubungi 03-2276 3535.

KATA ALONG MURNI 

RESTORAN REBUNG MENJADI PILIHAN AM
 KERANA KEPELBAGAIAN MENU
 DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN
 DI SAMPING KONSEP BERNIAGA SAMBIL BERAMAL 
YANG DIKETENGAHKAN. 
MOGA RESTORAN REBUNG DIPERLUASKAN REZEKI
 DAN MEMBERI MANAFAAT PADA SEMUA. 
DAN YANG PALING PENTING, JANGAN MEMBAZIR YA!! 
MAKAN PUN KENA BERINGAT JUGA. 
















































Post a Comment

0 Comments