DJARILICIOUS : PILIHAN KATERING TERBAIK

DJARILICIOUS : PILIHAN PERKHIDMATAN KATERING TERBAIK

MUDAH, MURAH DAN SEDAP


Baru-baru ini, Along Murni (AM) diberi kesempatan untuk terjah ke Majlis Open Day yang diadakan di Kajang Perdana, Kajang. wahh!!! Pelbagai tawaran pakej menarik tersedia buat pelanggan yang datang bagi mengetahui informasi dan yang paling menarik ada Food Testing tau!!!


Sebelum nak tahu pakej-pakej menarik yang ditawarkan, AM nak rasa dulu masakan yang sering dan akan dimasak buat pelanggan yang menempah menu dan pakej mereka..  Jomm, kita tengok dulu menu-menu yang kerap menjadi pilihan pelanggan DJARILICIOUS sebelum ini. 



pelanggan yang datang memeriahkan majlis

pakaian seragam pekerja

AM bersama dengan staff DJARILICIOUS
Ini merupakan antara menu-menu menarik yang sering menjadi pilihan:

acar buah

ayam goreng berempah

ayam masak merah

daging kuzi

dalca sayur

dowry tempura bersama sos lemon

gulai ikan masin bersama terung

nangka masak lemak cili padi bersama perut

sambal sotong


nasi beriani

nasi minyak

Terdapat juga pilihan manisan (desert) dan kuih muih serta kek yang menjadi pilihan:







buah tangan buat yang datang berkunjung 
Wahh!! Masakan DJARILICIOUS memang sedap dan terbaik.. Memang berbaloi untuk dicuba!!!
Perut pun dah kenyang, jomm kita tengok apa yang menarik tentang pakej yang ditawarkan di DJARILICIOUS ini..



Pakej Katering Serendah RM2990

Pakej katering ini DJARILICIOUS sediakan bukan sahaja untuk kenduri kahwin tapi juga untuk majlis lain yang nak buat seperti majlis pertunangan, akad nikah, aqiqah, doa selamat, harijadi, jamuan makan malam dan macam-macam lagi. Pakej ini khas untuk 150 orang tetamu yang termasuk dengan 2 petugas jamuan, 2 unit kanopi, 8 set meja bulat, 80 kerusi bersarung dan juga 1 unit meja buffet.

Boleh pilih dari 2 menu yang disediakan dalam pakej ini iaitu set Menu Diraja dan juga set Menu Kampung. Ada 6 jenis hidangan yang disediakan dalam dua set ini termasuk nasi, lauk-pauk dan juga makanan sampingan lain. Melengkapkan lagi set ini diberikan lagi item tambahan seperti buah-buahan potong, air sirap limau dan juga air botol R.O 1.5litter.


Pakej Berbuka Puasa 

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi DJARILICIOUS ada juga pakej khas untuk majlis berbuka puasa. Pakej ini menyediakan katering makanan dengan harga serendah RM15.50 per pax untuk minima 100 orang. Kalau ada syarikat atau juga orang perseorangan yang nak buat majlis berbuka puasa kat rumah atau pejabat boleh buat tempahan DJARILICIOUS.

Terdapat 3 menu pilihan iaitu Menu 1, Menu 2 dan Menu 3 dengan lebih daripada 10 jenis makanan dan minuman serta makanan sampingan. Moreh juga termasuk dan tersedia atas permintaan yea!!



Pakej Jamuan Raya

Terdapat 3 pakej yang berlainan disediakan untuk jamuan raya ini iaitu pakej Raya 1 yang berharga RM19.90 per pax, pakej Raya 2 berharga RM28.90 per pax dan pakej Raya 3 pada harga RM36.90 per pax. Semua pakej ini perlu ditempah untuk minima 100 orang tetamu. Perbezaan harga ini dipengaruhi dengan perbezaan jumlah makanan yang disediakan. 



KATA ALONG MURNI:

PILIHAN KATERING TERBAIK 
DENGAN MENU MAKANAN YANG VARIASI DAN
 MENEPATI SELERA TEMPATAN 
DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. 
PELBAGAI JENIS PERKHIDMATAN KATERING 
TUMBUH BAK CENDAWAN SELEPAS HUJAN 
NAMUN KITA MESTILAH BIJAK MEMILIH DAN 
MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DAN 
HANYA DI DJARILICIOUS ADA JAWAPANNYA!!






Post a Comment

0 Comments