DOMINO'S PIZZA: SOS SAMYEANG TERBARU.
RENCAH MASAKAN DI RUMAH
Pizza Samyang Domino's yang telah diperkenalkan mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat umumnya. Rentetan dari itu, Domino's Pizza kini mengeluarkan sos samyeang buat peminat-peminat sos samyeang korea. Jadi Along Murni (AM) telah mencuba sos samyeang terbaru ini di cawangan Domino's Pizza Shah Alam.
Sos Samyeang terbaru diilhamkan hasil cetusan rakyat Malaysia yang sukakan makanan dan budaya Korea. Domino's Pizza telah melancarkan Pizza Samyeang dan Ayam haseyo baru-baru ini dan produk tersebut telah mendapat sambutan hangat dari pencinta pizza. Ayam haseyo merupakan sayap ayam yang dibakar dengan limpahan sos Samyeang yang menggabungkan kedua rasa manis dan pedas yang sempurna.
Ayam Haseyo |
Sos Samyeang adalah hasil gabungan rasa masakan Korea .AM sangat menyukai rasanya yang manis dan rasa pedas. Mantap wooo pedasnya!!
Proses penghasilan Sos Samyeang terbaru mengambil kira-kira enam bulan untuk disiapkan. Ini untuk memastikan bahawa sos baru mengekalkan rasa asli Korea yang dapat menepati citarasa rakyat Malaysia.
Sekarang rakyat Malaysia akan berpeluang menikmati Sos Samyeang terbaru dengan mana-mana hidangan kegemaran masakan di rumah kerana kini terdapat dalam botol yang senang di bawa. Contohnya Bila Sos Samyeang ini dimasukkan dan dijadikan sebagai rencah dalam mee goreng atau bihun goreng rasanya memang meletop wooo!!
Sos Samyeang juga telah ditambah dalam menu pizza Domino's Samyeang yang boleh didapati dalam tiga jenis iaitu Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Beef Pizza.
Samyeang Chicken Pizza |
Samyeang Beef Pizza |
Samyeang Tuna Pizza |
Sos Samyeang yang kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s dengan harga RM19.90 untuk add on atau RM24.90 untuk ala carte. Ingin maklumat lanjut boleh lawati www.dominos.com.my .
KATA ALONG MURNI:
WALAUPUN AM TAK TAHAN MAKAN PEDAS
NAMUN RASA PEDAS MANIS YANG TERDAPAT DALAM
SOS SAMYEANG BENAR-BENAR MEMIKAT AM.
KALAU DIMASUKKAN SEBAGAI RENCAH DALAM MASAKAN
PASTI MENGUNDANG SELERA!!
JOMM KITA KE DOMINO'S PIZZA DAN
JANGAN LUPA UNTUK MEMILIKI SEBOTOL SOS SAMYEANG
UNTUK DIBAWA BALIK YEA..
3 Comments
kena pi Domino dan cuba sekali! done follow no 54.
ReplyDeletebestnya makan domino !! lama tak singgah. Nak cuba lah sos samyeang nie <3
ReplyDeleteWalaaaa..sedapnyaaa ...belum dpt cuba lagi domino samyeng ni..sekali tengok ni, adeii kecur plak kitaaa...
ReplyDelete