Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Saturday, 30 June 2018

TRAVELOGUE TERENGGANU : PASAR PAYANG


TRAVELOGUE TERENGGANU : PASAR PAYANG

DESTINASI WAJIB DISINGGAHI


Destinasi ke dua AM selepas di Pulau Kapas dalam Trip Travelogue Malaysia anjuran Borakkita dengan kerjasama Tourism Terengganu adalah ke Pasar Payang. AM dimaklumkan yang Pasar Payang adalah destinasi yang wajib disinggahi sesudah menaiki bot di Pulau Terengganu. Pasar Payang terletak di tepian Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar. 

Pasar Payang terbahagi kepada 2 tingkat. Di tingkat bawah ada gerai jualan barang basah dan gerai jualan kuih-muih tradisional Terengganu. Terdapat pelbagai jenis variasi kuih muih tradisional masyrakat Terengganu dijual di sini. 












Batik Pasar Payang di Tingkat Atas

Di bahagian atas pula AM pelbagai jenis barang kraftangan.AM dimaklumkan barangan yang kerap menjadi buruan pelancong ialah batik Pasar Payang. Berbeza dengan batik di tempat lain, batik di sini kata orang, lebih cantik, moden dan sesuai dengan citarasa orang muda. Selain batik, terdapat juga songket, barang tembaga, batu permata, sutera dan capal di tingkat ini.









Keunikan Pasar Payang
  • Menjual pelbagai barangan yang murah dan berbaloi. Ramai orang luar Terengganu datang ke sini sebab barangnya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.
  • Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 5 petang hinggalah 12 tengah malam, ada kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar. 
  • Adanya keropok lekor istimewa. Kata orang, tidak sah ke sini kalau tidak cuba keropok lekor daripada tepung sagu dan ikan. Ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.




KATA ALONG MURNI


SEPANJANG BERADA DI PASAR PAYANG, AM SEMPAT MENCUBA 
MAKANAN-MAKANAN TRADISI DI TERENGGANU. 
MALAHAN PENIAGA-PENIAGA DI SINI BEGITU PERAMAH DAN BAIK HATI.
 KALAU SINGGAH DI TERENGGANU JANGAN LUPA 
DATANG KE PASAR PAYANG YA!! 
BANYAK BENAR BARANG YANG BORONG SAKAN DARI SINI!! HEHEHE.. 
MENARIK DAN HARGA BERBALOI!!







Friday, 29 June 2018

TRAVELOGUE TERENGGANU: AKTIVITI DI BUKIT SINGA DAN MENCANDAT SOTONG

Sepanjang menyertai pengembaraan AlongMurni (AM) di Pulau Kapas, AM tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Terima kasih kepada penganjur iaitu BORAKKITA dengan kerjasama Tourism Terengganu.

2 Cabaran Aktiviti yang telah berjaya AM lakukan adalah

  • Mendaki Bukit Singa
  • Mencandat Sotong


MENDAKI BUKIT SINGA


Salah satu aktiviti wajib yang menjadi tarikan kepada Pulau Kapas ialah Bukit Singa. Kenapa namanya Bukit Singa? Sebab dari tepi, ia menyerupai kepala seekor singa!

Untuk pengetahuan semua. AM bukanlah mendaki Bukit Singa. Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa. Dari sinilah baru akan nampak pemandangan dari aras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa yang selalu disebut-sebutkan tu.

Ternyata ianya bukan mudah! Laluan untuk ke atas harus melalui laluan yang berliku dan tajam-tajam. LIhatlah sendiri laluan yang terpaksa AM lalui untuk Bukit Singa!!






haaa.. ini laluan untuk ke puncaknya!! memang sempit dan berliku-liku.. Ia sangat curam iaitu 80 darjah curamnya!! semasa mendaki memang AM tak sanggup nak memandang ke bawah!! Gayatt woooo!!


Tadaaaa.. AM berjaya juga akhirnya!! penat dan letih tapi puas bila dapat lihat keindahan batu batuan dan laut dari atas..



Namun begitu, walaupun berjaya sampai ke puncak, kesukaran bertambah apabila hendak menuruni bukit tersebut. Lagi mencabar dari semasa hendak mendaki tadi!!. AM lalui dengan langkah berhati-hati dan sangat berhati-hati tau!! silap langkah boleh tergolek ke bawah!!


AM ambil masa yang agak lama untuk turun!! Alhamduliilah AM selamat turun.. Hasil dari sokongan padu dari rakan-rakan.


wajah AM yang dah keletihan!!

MENCANDAT SOTONG


Aktiviti mencandat sotong bermula jam 6 petang. Sebelum memulakan perjalanan menaiki bot, AM telah dibekalkan dengan pil tahan mabuk. Perlu diambil 1 jam sebelum menaiki bot. Tekong bot terus membawa AM dan team ke tengah laut dan kawasan yang diramalkan mempunyai sotong yang banyak. Perjalanan ke tengah laut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Pada mulanya hasil mencandat kurang tapi bila melepasi jam 8 malam, makin meriah dan seronok kami menggasaknya!!


seronok betul mencandat sotong!!

AM dimaklumkan oleh tekong yang Mencandat sotong di siang hari boleh dilakukan, tapi hasilnya kurang memuaskan. Untuk memancing sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik mencandat menjadi lebih mudah dan senang.

Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.


hasil tangkapan
Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas.

Dalam tak sedar jam dah menhampiri jam 10 malam. Maka terpaksa kami bergegas balik ke Pulau Kapas kerana sajian makan makam telah disediakan oleh pihak Kapas Coral Beach Resort. Walau bagaimanapun, ia meninggalkan kesan untuk kembali semula mencandat sotong!! Pulau Kapas tunggu kami kembali lagi ya!! Sampai jumpa lagi sotong-sotong semua!! Beranak banyak-banyak yea!!


KATA ALONGMURNI

MEMANG SATU PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN.. 
TAK PUAS RASANYA. JIKA KE PULAU KAPAS DUA AKTIVITI INI 
MESTI WAJIB DILAKUKAN YA!! 
TERUTAMANYA AKTIVITI MENCANDAT SOTONG!! 
FEEL WOOO BILA DAPAT CANDAT SOTONG!!

TRAVELOGUE TERENGGANU : PULAU KAPAS


TRAVELOGUE TERENGGANU : PULAU KAPAS

INDAH, MENARIK DAN MENGAGUMKAN


Kali ini Pengembaraan AlongMurni (AM) tiba di Terengganu. Trip AM dan team TRAVELOGUE MALAYSIA-TERENGGANU dianjurkan oleh BORAKKITA.COM dengan hasil kerjasama pihak Tourism Terengganu. Kalau tengok pada rencana program, memang akan buat AM teruja. Mana taknya, padat dengan aktiviti lasak di samping AM dapat menerokai keindahan Terengganu itu sendiri.


AM dan team berkumpul di LRT Gombak sebelum mula bergerak ke Terengganu. Kami menaiki Hyundai Starex yang ditaja sepenuhnya oleh https://mahasimfoni.my/ . Pengembaraan AM ke Terengganu jadi selesa dan teratur. Mana taknya, kenderaan yang disediakan oleh MAHASIMFONI memang tip top dan selesa untuk perjalanan jarak jauh. Yang berminat nak memulakan perjalanan jarak jauh, boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Cuma klik di https://mahasimfoni.my/ .. Memang berbaloi dengan harga yang berpatutan..

Destinasi AM yang pertama adalah di Pulau Kapas.

PULAU KAPAS


Haaa.. Kalau yang baru mula-mula nak ke Pulau Kapas macam AM, lebih elok kiranya survey dan tanya pada kaunter yang lebih arif tentang apa yang menariknya dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Informasi akan diberikan dengan jelas dan padat kepada pengunjung yang ingin ke Pulau Kapas.

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.



Dari Jeti Pulau Kapas, AM dapat melihat dan amat yang menyukai ketenangan pemandangan laut dan pantai yang bersih dan kaya dengan pelbagai spesis flora-faunanya

Pulau Kapas dengan keluasan 2.72 km persegi memang mengagumkan. Sepanjang pantai memutih umpama kapas. Dari dalam bot menuju ke Pulau Kapas, AM dapat lihat air laut yang jernih kebiruan bagaikan cermin, dari permukaannya jelas kelihatan pemandangan di dasarnya, batu-batu karang yang hidup dan mati ditutupi lumut laut dapat dihayati. Syukur rasanya, AM dapat berpeluang menikmati keindahan dan segalanya masih bersih dan terpelihara.

Perjalanan menaiki bot dari Jeti cuma mengambil masa 15 minit untuk tiba di Pulau Kapas.. hisshhh.. tak sabarnya AM !! ❤❤❤



OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT


Wahh!! Akhirnya AM menjejakkan kaki di Pualau Kapas. Am menginap di Ombak Kapas Island Beach Resort. Teruja AM bila dapat bermain dengan pasir pantai!! Seronok betul!! Tak sabar nak main pasir.. hehehehe..


Jadi AM segera ke bilik untuk menginap dan meletakkan barangan dahulu. AM menginap di bilik AC 503.. Jomm kita sama-sama terjah apa yang disediakan di sini jika menginap di OMBAK KAPAS ISLAND BEACH RESORT.




 Wahhh!! nampak je katil, terus nak baring kan?? Sabar AM sabar.. bersihkan diri dulu sebab perut dah mula menyanyi irama keroncong dah!! AM sukakan susana bilik sebab AM  boleh hirup udara pantai yang menyegarkan.. Rasa indah bila tiba di sini.


KAPAS CORAL BEACH RESORT

AM makan tengah hari di sini.. iaitu KAPAS CORAL BEACH RESORT..Lokasi Kapas Coral Beach Resort ini betul-betul bersebelahan Ombak Kapas Beach Resort.. memang best makan tengah hari di sini sambil ditemani angin pantai yang bertiup!! berselera AM makan tau!! sampai dengan tanpa segan silunya AM menambah nasi. 


Nak tahu menu apa yang disediakan di sini?? Haaaa.. 


Sayur Kangkung masak belacan

Telur mata Sweet n Sour

Ikan Jacket Goreng berlada

Ayam Masak Kurma



Menu yang simple tapi dengan rasa yang sedap dan menyelerakan!! Menu ikan tue kalu di tempat AM bunyinya lain tapi di sini dipanggil Ikan Jacket sebab ada jacket kulit yang perlu dikupas sebelum makan..Mula-mula terkebilkebil gak AM bila ditanya tentang keenakan ikan Jacket.. Hahaha..

Untuk pengetahuan semua Kapas Coral Beach Resort juga ada menyediakan tempat penginapan. Sempat juga AM ambil peluang tengok keadaan biliknya. Nak rasa menginap memang tak bolehla kan?? almaklumlah..dah fully booked!!







Memang selesa dan cantik.. Kalau yang datang bersama keluarga, AM sangat sarankan untuk pilih menginap di KAPAS CORAL BEACH RESORT.

KATA ALONG MURNI.

AM RASA SANGAT BERSYUKUR SEBAB BERPELUANG UNTUK 
MENYERTAI TRAVELOGUE MALAYSIA KE TERENGGANU ANJURAN BORAKKITA. MEMANG PENUH DENGAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI .. 
MOGA KEINDAHAN PANTAI MASIH TERPELIHARA MESKIPUN 
PENGUNJUNG SEMAKIN RAMAI DAN INGIN DATANG KE PULAU KAPAS.