LOKA MALAYSIA : HUB FESYEN SELEBRITI POPULAR


LOKA MALAYSIA : HUB FESYEN SELEBRITI POPULAR
KEPELBAGAIAN FESYEN DAN PRODUK JUALAN BERKUALITI TINGGI


Sejak akhir-akhir ini, Along Murni kerap menggunakan perkhidmatan awam seperti Bas Rapid KL, Monorail dan LRT. AM dimaklumkan yang terdapat satu hub Fesyen Selebriti Popular mengadakan promosi besar-besaran di samping kehadiran artis-artis terkemuka. Jadi, AM bersama rakan-rakan telah menjengah ke LOKA MALAYSIA yang berlokasi di Tingkat 1 Pusat Beli Belah NU Sentral. Ya, betul-betul bersebelahan dengan KL Sentral.



Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena kemunculan wajah baru LOKA MALAYSIA termasuk sesi ramah mesra bersama selebriti popular tanah air, majlis Iftar dan peraduan Istimewa bagi memberi peluang orang ramai memenangi hadiah lumayan.



Antara jenama yang telah mengegarkan gedung jualan LOKA MALAYSIA ialah Gorgeous dan Precious Luxe (Rozita Che Wan), WD Exclusive (Wak Doyok), Fazbulouscom (Fazura), Tumeric Mask (Avaa Vanja), Abam Brands (Abam Bocik) dan Raja Ilya Edition (Raja Ilya).


Turut sama adalah Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusice (Akma AF), Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wordrobe IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagi.



LOKA MALAYSIA memfokuskan kepada 3 jenis model perniagaan iaitu retail, E-Dagang dan tapak acara. Dengan harga sewaan tapak vendor serendah RM500 sebulan, aktiviti seumpama ini dapat membantu meluaskan perniagaan jenama tempatan di dalam gedung beli belah bertaraf lima bintang.  Kiranya LOKA MALAYSIA membuka pintu seluasnya kepada usahawan kecil dan sederhana untuk menempatkan produk jualan mereka di premis LOKA MALAYSIA.



LOKA MALAYSIA mendapat kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Time Reveal (M) sdn Bhd, satu usaha kerjasama yang AM puji dan kagum.



Semasa sesi Meet & Greet and Iftar with LOKA, beberapa artis popular seperti Erma Fatima, Didie Alias, Raja Ilya, Akma AF dan Ahya Rosli sempat hadir bagi menyemarakkan sesi tersebut.

khusyuk kami mendengar penerangan tentang keistimewaan Kunyit Power oleh Avaa Vanja

KATA ALONG MURNI:

AM SANGAT BERSETUJU DENGAN PROGRAM DAN AGENDA YANG CUBA DIBAWAKAN OLEH LOKA MALAYSIA. DISAMPING MEMBERI PELUANG KEPADA SELEBRITI MELUASKAN BAKAT DAN KREATIVITI, PROGRAM SEUMPAMA INI JUGA MEMBERI PELUANG KEPADA USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MELUASKAN EMPAYAR MEREKA. AM HARAP USAHA LOKA MALAYSIA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK. SYABAS BUAT LOKA MALAYSIA!!




Post a Comment

0 Comments