MISI JELAJAH KEUNIKAN KEDAH


MISI JELAJAH KEUNIKAN KEDAH


PEKAN CINA DAN PEKAN MELAYU

Sepanjang Along Murni (AM) di Kedah dalam Trip kelolaan BORAKKITA dengan kerjasama TOURISM KEDAH, banyak tempat bersejarah yang AM lawati. Jadi misi AM kali ini adalah ingin mencari keunikan dan keaslian tempat yang masih teguh dipelihara di Kedah. Bila AM lewati Persiaran Sultan Abdul Hamid, di Alor Setar, AM terpandang papan tanda unik pada pintu gerbang yang merentangi laluan terbabit.


Selain menjadi penanda laluan masuk, papan tanda tertera perkataan Pekan Cina dan Pekan Melayu itu turut menyimpan 1,001 mesej terutama dalam menjadi simbol kepada semangat muhibah dan perpaduan antara kedua-dua kaum terbabit.

Pekan Melayu dan Pekan Cina yang terletak di Persisiran Tanjung Chali dan Sungai Kedah ini dikatakan mula wujud sejak awal 1920-an lagi dan ia terdiri daripada bangunan kedai dua tingkat yang dijadikan sebagai bangunan perniagaan yang menjalankan aktiviti borong dan sebagainya, yang turut dianggap bangunan terawal dibina di Alor Setar, yang menjadi titik permulaan perkembangan bandar ini.

Menurut En Zainizam Zainun yang merupakan wakil Tourism Kedah kawasan itu suatu ketika dulu ialah pelabuhan utama dan pusat aktiviti perdagangan di Kedah yang menjadi sumber ekonomi masyarakat setempat, di mana pembabitan orang Melayu dalam urusan perniagaan di pekan berkenaan dimulai Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Putera ke-18 baginda Sultan Kedah.

Tunku Yaacob juga adalah individu bertanggungjawab mengasaskan pasar mingguan yang melahirkan peniaga kecil Melayu, di Pekan Cina dan Pekan Melayu yang suatu ketika dahulu terletak di Tanjung Chali yang terletak di persinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal.

DATARAN TANJUNG CHALI dan MENARA TANJUNG CHALI


Lokasinya terletak di persisiran Sungai Kedah, dalam kawasan Pekan Cina dan Pekan Melayu dan lebih kurang 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar. AM dapat menikmati permandangan menarik perkampungan di sepanjang Sungai Kedah melalui Menara Tanjung Chali. Manakala berhampiran dengan Menara Tanjung Chali terdapat dataran yang diberi nama Dataran Tanjung Chali yang digunakan untuk aktiviti tertentu.



Pandangan dari atas Menara yang dibina di Tanjung Chali dapat memperlihatkan  pertemuan antara Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di Alor Setar iaitu barat Sungai Kedah mengalir ke arah bandar tepi pantai Kuala Kedah, ke utara Sungai Anak Bukit membawa keluar pandangan besar Masjid Zahir, dan ke Timur jambatan berkembar neutral di seluruh Sungai Kedah




Tanjung Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. Kawasan perniagaan ini ditubuh pada tahun 1920an adalah dari hasil kesedaran seorang putera DiRaja Kedah, YTM Tunku Yaakob, tentang kemunduran orang-orang Melayu dalam perniagaan.
Selain daripada memainkan peranannya sebagai sebuah pusat melatih orang Melayu dalam bidang perniagaan, Tanjung Chali juga merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu-perahu dan tongkang-tongkang yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Terusan Wan Mohamad Saman dan Sungai Raja. Kapal-kapal atau perahu-perahu yang keluar masuk itu singgah di pelabuhan atau pengkalan di situ untuk memunggah dan membeli barang-barang dagangan.

LUKISAN MURAL DI KEDAH



Bila pusing keliling bandar Kedah, AM dapat melihat lukisan mural bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Bangunan lama tersebut bertambah seri apabila lukisan mural Tun Dr Mahathir yang merupakan anak jati Kedah dengan berbaju Melayu dan bersongkok hitam sambil tersenyum. Lukisan ini dikatakan telah menghidupkan kembali lorong di pekan tersebut. Sempat AM turun dari van dan mengambil gambar.. hehehhe,. buat simpan kenangan kan??


Lukisan mural ini dikatakan mampu bertahan lama iaitu sekurang-kurangnya 10 tahun tanpa perlu dicat semula memandangkan ia menggunakan cat yang tidak mudah luntur dan tahan kepada pelbagai keadaan cuaca.

PANTAI MURNI


Pantai Murni?? yaaa.. banyak betul nama AM terdapat di Kedah nie kan?? Dari beras padi sekarang pantai pula!! Hehehehe.. Sempat AM ambil gambar sebagai bukti nama AM terpampang di sini!!

Pantai Murni adalah sebuah pantai peranginan yang terletak di daerah Yan, Kedah. Pantai ini terletak berhampiran dengan pekan Yan. Pantai ini terdapat pelbagai kemudahan.Antara kemudahan terletak di Pantai ini antaranya ianya mempunyai tempat letak kereta yang luas yang terletak berhampiran Medan Selera Pantai Murni yang merupakan medan selera yang menyediakan makanan laut untuk pengunjung yang datang ke sini.




Selain itu, pantai rekreasi ini terdapat tandas, surau, taman permainan kanak-kanak dan terdapat kerusi yang disediakan untuk pengunjung yang datang ke sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik di pantai ini, antaranya meihat matahari terbenam pada waktu senja, beriadah ataupun berkelah di tepi pantai atau di bawah pohon Rhu sambil menikmati keindahan alam sekitar. Malah, ada juga pasar melam atau lebih dikenali sebagai "Uptown" yang dibuka pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, Di Uptown ini, mereka menjual baju-baju atau pun cenderahati.

BUNGA TECOMA KEDAH
SAKURA KEDAH



Sememangnya pada Mac setiap tahun, sakura Kedah atau bu­nga tecoma itu kembang mekar menghiasi jalan-jalan utama di bandar raya ini terutama di Jalan Langgar, Jalan Kuala Kedah dan Jalan Gangsa di sini. Kebetulan kedatangan AM di Kedah adalah pada bulan Mac, jadi kesempatan yang ada AM ambil gambar bersama bunga Tecoma ala-ala santai di Jepun kononnya!!



Suasana indah dengan hamparan guguran bunga sakura berwarna merah jambu dan putih itu sentiasa dinanti-nantikan penduduk di negeri Jelapang Padi ini malahan pengunjung yang ingin datang ke Kedah. Keindahan bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah memukau mata memandang hingga membuatkan AM pun tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar.



Bunga pohon tecoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea kebia­saannya berkembang mekar sekitar Mac saban tahun kerana sifatnya yang memerlukan cuaca panas dan kering untuk meng­galakkan proses pendebungaan.
MENARA ALOR SETAR.



Wahh!! Malamnya AM berpeluang untuk pergi ke Menara Alor Setar.  Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.


Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.




Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.



Begitu asyik AM bila berada di Menara Alor Setar. Cantik dan indah pemandangan sekitar Bandar Alor Setar!!

KATA ALONG MURNI

SEHARIAN AM PUSING-PUSING KELILING BANDAR DAN 
PELBAGAI DETIK INDAH AM SIMPAN DALAM KENANGAN. 
KEDAH MEMANG SEBUAH NEGERI YANG UNIK DAN 
AM KAGUM DENGAN USAHA PIHAK BERWAJIB DALAM 
MENGEKALKAN KEUNIKAN DAN KEASLIAN TEMPAT DI SAMPING MENGGALAKKAN PENGUNJUNG DATANG DAN 
MENAMBAHKAN SUMBER PENDAPATAN MASYARAKAT SETEMPAT. 
TAHNIAH TOURISM KEDAH!!

Post a Comment

0 Comments