RESTORAN SERIBU GANTANG : SAJIAN MAKANAN KEDAH ASLI


RESTORAN SERIBU GANTANG : SAJIAN MAKANAN KEDAH ASLI


Semasa di Kedah dalam Kembara AM dibawah kelolaan BORAKKITA dan kerjasama TOURISM KEDAH, semestinya AM berpeluang dan teruja untuk mencuba masakan asli Kedah. AM dibawa oleh En Zainizam Zainun yang merupakan wakil bagi Tourism Kedah ke Restoran Seribu Gantang. Menurut En Zainizam, AM dan team harus mencuba masakan asli Kedah yang memang terkenal dan sering menjadi kunjungan penduduk setempat di sini. AM sangat menyukai konsep memasak yang diamalkan di Restoran Seribu Gantang iaitu 'Live Cooking'. AM dapat lihat sendiri bagaimana setiap masakan dimasak untuk dihidangkan kepada pengunjung yang datang. Ada masakan tempatan dan masakan antarabangsa. Pilihan AM semestinya masakan Asli kedah sebab AM nak rasai sendiri keunikan masakan Kedah ini. 



Suasana yang santai dan persekitaran yang moden menjadi pilihan konsep Restoran Seribu Gantang. Nampak agak esklusif dan menarik.



AM berasa teruja bila melihat makanan dihidangkan di hadapan AM. Baunya amat menyelerakan!! Menurut pihak pengurusan Restoran Seri Gantang, mereka mewujudkan menu makan inovatif untuk menyaingi di restoran-restoran terkenal di Alor Setar dan hasilnya memang sangat menggalakkan. Restoran Seribu Gantang ini mempunyai menu yang direka khas serta menggabungkan keunikan citarasa tempatan.


Wahhh!! Memang benar-benar sedap setiap jenis sajian makanan yang dihidangkan. padat dengan rasa asli dan sangat menyelerakan!! AM tambah dua kali nasi tau!!

tom yam campur

Ayam Goreng Kampung
Gulai Ikan

Sambal Udang

Daging masak lada hitam
Hidangan asli ini disediakan dengan menggunakan sayur-sayuran segar yang dan padat rempah ratus. AM paling suka masakan Gulai Ikan di Restoran Seribu Gantang. Gulainya tidak sama seperti kari ikan yang pernah AM makan!! dan yang paling buat AM teruja adalah Hidangan Mangga susu yang enak.. Mangga nya manis dan segar rasanya. 

Kailan ikan masin

telur dadar

ulam ulam dan sambal belacan

mangga susu
Yang berminat untuk datang singgah menjamu selera di Restoran Seribu Gantang boleh datang dan hubungi alamat berikut:

Jerai Hotel Alor Setar 
Alamat: Lot 134-141, 
Jalan Sultan Badlishah, 
05000 Alor Setar, Kedah 
hubungi: 04-733 5917


KATA ALONG MURNI.

AM SANGAT SUKA DENGAN KONSEP YANG TERDAPAT
 DI RESTORAN SERIBU GANTANG. 
DI SAMPING MEMELIHARA KEASLIAN MASAKAN TRADISI KEDAH, 
IA DAPAT MENARIK LEBIH RAMAI PENGUNJUNG UNTUK DATANG SINGGAH 
DAN MERASAI MASAKAN ASLI KEDAH. 
MASAKAN DI RESTORAN SERIBU GANTANG 
MEMANG SEDAP DAN WAJIB DIKUNJUNGI JIKA KE NEGERI KEDAH. 
JANGAN LUPA MENCUBA GULAI IKAN DAN MANGGA SUSU YEA!!


















Post a Comment

0 Comments