TRAVELOGUE TERENGGANU: AKTIVITI DI BUKIT SINGA DAN MENCANDAT SOTONG

Sepanjang menyertai pengembaraan AlongMurni (AM) di Pulau Kapas, AM tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Terima kasih kepada penganjur iaitu BORAKKITA dengan kerjasama Tourism Terengganu.

2 Cabaran Aktiviti yang telah berjaya AM lakukan adalah

  • Mendaki Bukit Singa
  • Mencandat Sotong


MENDAKI BUKIT SINGA


Salah satu aktiviti wajib yang menjadi tarikan kepada Pulau Kapas ialah Bukit Singa. Kenapa namanya Bukit Singa? Sebab dari tepi, ia menyerupai kepala seekor singa!

Untuk pengetahuan semua. AM bukanlah mendaki Bukit Singa. Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa. Dari sinilah baru akan nampak pemandangan dari aras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa yang selalu disebut-sebutkan tu.

Ternyata ianya bukan mudah! Laluan untuk ke atas harus melalui laluan yang berliku dan tajam-tajam. LIhatlah sendiri laluan yang terpaksa AM lalui untuk Bukit Singa!!






haaa.. ini laluan untuk ke puncaknya!! memang sempit dan berliku-liku.. Ia sangat curam iaitu 80 darjah curamnya!! semasa mendaki memang AM tak sanggup nak memandang ke bawah!! Gayatt woooo!!


Tadaaaa.. AM berjaya juga akhirnya!! penat dan letih tapi puas bila dapat lihat keindahan batu batuan dan laut dari atas..



Namun begitu, walaupun berjaya sampai ke puncak, kesukaran bertambah apabila hendak menuruni bukit tersebut. Lagi mencabar dari semasa hendak mendaki tadi!!. AM lalui dengan langkah berhati-hati dan sangat berhati-hati tau!! silap langkah boleh tergolek ke bawah!!


AM ambil masa yang agak lama untuk turun!! Alhamduliilah AM selamat turun.. Hasil dari sokongan padu dari rakan-rakan.


wajah AM yang dah keletihan!!

MENCANDAT SOTONG


Aktiviti mencandat sotong bermula jam 6 petang. Sebelum memulakan perjalanan menaiki bot, AM telah dibekalkan dengan pil tahan mabuk. Perlu diambil 1 jam sebelum menaiki bot. Tekong bot terus membawa AM dan team ke tengah laut dan kawasan yang diramalkan mempunyai sotong yang banyak. Perjalanan ke tengah laut mengambil masa kira-kira 30 minit.

Pada mulanya hasil mencandat kurang tapi bila melepasi jam 8 malam, makin meriah dan seronok kami menggasaknya!!


seronok betul mencandat sotong!!

AM dimaklumkan oleh tekong yang Mencandat sotong di siang hari boleh dilakukan, tapi hasilnya kurang memuaskan. Untuk memancing sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik mencandat menjadi lebih mudah dan senang.

Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.


hasil tangkapan
Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas.

Dalam tak sedar jam dah menhampiri jam 10 malam. Maka terpaksa kami bergegas balik ke Pulau Kapas kerana sajian makan makam telah disediakan oleh pihak Kapas Coral Beach Resort. Walau bagaimanapun, ia meninggalkan kesan untuk kembali semula mencandat sotong!! Pulau Kapas tunggu kami kembali lagi ya!! Sampai jumpa lagi sotong-sotong semua!! Beranak banyak-banyak yea!!


KATA ALONGMURNI

MEMANG SATU PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN.. 
TAK PUAS RASANYA. JIKA KE PULAU KAPAS DUA AKTIVITI INI 
MESTI WAJIB DILAKUKAN YA!! 
TERUTAMANYA AKTIVITI MENCANDAT SOTONG!! 
FEEL WOOO BILA DAPAT CANDAT SOTONG!!

Post a Comment

1 Comments