LARIAN COWAY 2018 KINI KEMBALI: 'BEAT THE HEAT'


LARIAN COWAY 2018 KINI KEMBALI
 'BEAT THE HEAT'


Wahhh!! Along Murni (AM) berasa sangat teruja!! Nak tau kenapa?? Yeazzaaa.. Larian Coway 2018 kembali lagi. Peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Sebenarnya AM baru terbaca tentang faedah berlari.. Yelahh.. berat badan pun semakin bertambah bila asyik marathon MAKAN je bila banyak sangat undangan Rumah Terbuka nie..

Jadi, AM nak kongsi sedikit tentang faedah berlari untuk kebaikan semua.

KEPENTINGAN BERLARI

1) Melangsingkan Badan
Berlari memang terbukti dapat melangsingkan badan kerana ia adalah satu aktiviti aerobik yang cepat membakar kalori. Haaaa.. jadi AM nak tampil langsing balik la nie..

2) MELAMBATKAN PENUAAN
Walaupun tiada penawar di dunia untuk mengekalkan keremajaan, berlari dapat melambatkan proses penuaan. Menurut sebuah kajian, jangka hidup warga emas yang berjogging dengan kerap adalah lebih panjang daripada warga emas yang tidak berlari. Info penting untuk kekal muda nie..

3) MENGURANGKAN MASALAH SENDI
Golongan yang aktif berlari lebih sukar untuk diserang osteoarthritis. Ini adalah disebabkan berlari bolah mengakibatkan penurunan berat badan dan pengurangan tekanan di bahagian sendi. Dengan berlari juga, sendi-sendi dan otot-otot dapat diperkuatkan dalam jangka panjang.

4) KEKUATAN PARU-PARU DAN JANTUNG
Selain daripada membantu jantung anda, kapasiti kekuatan paru-paru kita boleh ditingkatkan dengan berlari. Ini bermakna lebih banyak oksigen dapat disalurkan ke tubuh. Kajian menunjukkan yang berlari boleh membantu memulihkan kembali kekuatan paru-paru penghisap rokok.

5) KEYAKINAN DIRI
Sudah pastinya AM akan berasa bangga dan gembira setelah menamatkan sebuah perlumbaan sama ada 5K atau marathon. Kemampuan untuk menamatkan sesebuah larian boleh disamakan dengan kemampuan mengatasi sebuah cabaran yang berat. Ia boleh meningkatkan keyakinan diri AM, apatah jika ada rakan-rakan turut sama berlari dan memberi sokongan agar boleh menamatkan setiap cabaran.

6) MENGATASI MASALAH KEMURUNGAN
Untuk makluman, apabila hormon endorphin dan neurotransmitter yang dirembeskan oleh otak ketika berlari dapat membuatkan kita berasa gembira dan secara langsungnya mengurangkan tekanan. Aktiviti berlari juga boleh memberi motivasi dan menghasilkan mood yang lebih baik kepada seseorang yang mudah dilanda kemurungan.

Jadi tak ada alasan untuk kita terus kekal sihat, muda remaja dan beriadah dengan melakukan aktiviti sukan larian ini kan?? Jomm beramai-ramai kita turut serta dalam Larian COWAY 2018 ini.


Kali ini merupakan tahun ke 2 bagi Coway Malaysia menganjurkan COWAY Run & masih mengekalkan kategori sama iaitu 5km & 10km bagi lelaki dan wanita. Sehingga 18 Julai ada promosi bagi penyertaan awal iaitu RM50 (5km) & RM55 (10km). Tema Larian COWAY 2018 adalah ‘Beat The Heat’.

Tambah menarik RM10 dari harga jualan tiket akan disumbangkan kepada Happy Water Project - satu program CSR Coway membantu menyediakan saluran air bersih kepada masyarakat Orang Asli di Pahang memandangkan sesetengah kawasan terpencil sukar mendapat bekalan air. Sasarannya 1000 keluarga dalam masa 5 tahun.

Setiap peserta yang menyertai Larian Coway 2018 akan menerima t-shirt Coway Run, tuala, drawstring bag & finisher medal. Selebriti fitness terkenal, Jordon Yeoh akan turut bersama-sama dalam Larian Coway 2018 ini.  Malah pihak COWAY juga menyediakan Korean Village dalam bentuk food truck, photo props dan live band untuk hiburan semua pelari. Jadi jangan buang masa lagi, jomm daftar dan berlari bersama-sama  dalam Larian COWAY 2018.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Mr James Park selaku Director of Global Business Division Coway Korea, Mr Kyle Choi Ki Ryong selaku Managing Director Coway Malaysia dan Mr Ryan Jung Tae Seung selaku Head of Division-Communication Division Coway Malaysia
UNTUK INFO LANJUT & UNTUK PENDAFTARAN
LARIAN COWAY 2018 boleh layari:



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT SUKA DAN MENYOKONG AKTIVITI LARIAN SEUMPAMA INI. 
LARIAN COWAY 2018 MENJADI BATU LONCATAN
 UNTUK KEKAL SIHAT, BEBAS DARI GEJALA NEGATIF 
DI SAMPING MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA KOMUNITI.


Post a Comment

2 Comments