MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT : SKIM THOHIR 2018


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT
SKIM THOHIR 2018
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT-MAIWP (PPZ-MAIWP)
PERBEZAAN ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA

 

Bila menyentuh isu zakat, kadangkala Along Murni keliru samada layak atau tidak AM membayar zakat harta terutamanya bila AM beranggapan yang apabila sudah menjelaskan zakat fitrah, AM tak perlu lagi membayar zakat lain. Ahamdulillah.. hasil daripada kempen khas yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP), AM mendapat informasi jelas.



Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang bekemampuan, iaitu yang cukup makanan pada malam dan pagi raya. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut negeri di Malaysia.. Waktu dibayar adalah sepanjang bulan Ramadhan hingga sebelum sembahyang hariraya Aidilfitri.

Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas orang berharta yang memiliki harta melebihi 85g emas iaitu kadar semasa berjumlah RM13,425 dan melepasi haulnya iaitu 1 tahun tempoh simpanan.
Zakat harta merangkumi zakat perniagaan, pendapatan, wang simpanan, emas & perak, saham, dan wang pengeluaran KWSP. Kadar zakat harta adalah 1/40 iaitu 2.5% dan waktu dibayar adalah sepanjang tahun.

Ramai yang terkeliru dan menganggap bila sudah bayar zakat fitrah maka tidak perlu lagi bayar zakat harta. Jadi jelas di sini ianya berbeza dan perlu dikira berasingan.

KEDUA ZAKAT INI HUKUMNYA ADALAH WAJIB.

Firman Allah ‘Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah dirimu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat’ (An-Nur, 24:56)

Allah menggalakkan mereka yg berzakat dengan jaminan pertambahan rezeki. ‘Perumpamaan org yg menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dgn benih yg menumbuhkan tujuh butir, pada tiap2 butir2 seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yg dikehendakiNya' (Al-Baqarah, 1:261)


Hari ini, AM telah hadir ke Majlis Pelancaran Kempen bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018.

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui skim Thohir ini, kakitangan swasta ataupun kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa.

Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut sama hadir adalah Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn Bhd iaitu Puan Sharizan Mohd Saad.



SYARAT DAN PENYERTAAN KEMPEN:

Yang masih belum dan berminat untuk membuat pembayaran zakat boleh rujuk informasi di bawah. Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan:
  • Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP




Syarat-syarat penyertaan kempen
Membuat potongan zakat atau penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
  • 11 Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
  • Majikan di syarikat atau organisasi
  • Talian Zakat : 1300 88 5757


Tambah menarik lagi, 10 hadiah percutian termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 menanti bagi yang menyertai kempen Skim Thohir 2018. Para pemenang bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

KATA ALONG MURNI

AM SANGAT MENYOKONG DAN JELAS DENGAN TANGGUNGJAWAB
 MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE 4 INI. 
SKIM THOHIR 2018 IAITU SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT INI SANGAT BERMANFAAT DISAMPING MENJIMATKAN MASA,
 SKIM SEUMPAMA INI DAPAT MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT DAN
 MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI ASNAF SERTA
 MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN. 
JOMM SERTAI SKIM THOHIR 2018!!!







Post a Comment

1 Comments