PPZ-MAIWP LANCARKAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ZAKAT.COM.MY

PPZ-MAIWP LANCARKAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ZAKAT.COM.MY


Rukun Zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang mencukupi nisab dengan menamatkan kuasa pemilik ke atasnya dan memberi milik kepada orang miskin (fakir) serta menyerahkan kepadanya ataupun diserahkan kepada orang yang mewakilinya iaitu (pemerintah) ataupun pengutip zakat (al-jabi).

Namun yang terki ni, Along Murni (AM) dimaklumkan yang Pusat Pungutan Zakat Wilayah atau dikenali sebagai PPZ-MAIWP telah melancarkan satu kempen khas bagi penbayaran zakat melalui portal iaitu Jom berzakat @zakat.com.my  yang berlangsung mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).

INFO TENTANG PORTAL PPZ-MAIWP

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu medium memudahkan kita semua berzakat. PPZ-MAIWP sangat mengalakkan kita semua menjalankan kewajipan berzakat bagi meningkatkan ekonomi lebih ramai Asnaf. Sebenarnya zakat yang telah kita berikan ini banyak membantu golongan yang memerlukan. Kutipan pembayar zakat melalui kaedah ini adalah bagi memudahkan semua membayar zakat secara online. Mana taknya, kita ‘Switch On’ je komputer atau dari applikasi telefon bimbit pun kita tunaikan kewajipan kita cuma dari serendah 2.5% dari pendapatan kita. Kalau ikutkan cara pengiraan yang pernah dikongsikan beberapa kali mudah sahaja.Pelbagai informasi boleh diperolehi bila Klik masuk ke www.zakat.com.my.


KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my 

Tambah menarik lagi, 20 hadiah akan diberikan hasil tajaan dari SeriGroup Global Sdn. Bhd. Hadiah ini boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu bulan Ogos, September dan jua Oktober dengan cara yang amat mudah. Bayar zakat melalui online menerusi Portal PPZ-MAIWP iaitu www.zakat.com.my dan kita berpeluang untuk memenangi hadiah berikut. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 orang pemenang akan disampaikan pada Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.

Objektif ini dilancarkan bagi mengalakan para peniaga online yang dalam  IG dan FB tu. Dalam kita berniaga bagi menaikkan sumber ekonomi keluarga dan masyarakat, jangan lupa untuk menunaikan kewajipan berzakat tau. Apa lagi, hanya klik pada link www.zakat.com.my/kempen dan klik butang BAYAR ZAKAT ANDA. Ataupun boleh imbas QR Code yang ada dalam poster untuk ke link tersebut.


Pelancaran kempen yang penuh gimik dan meriah ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, turut hadir Pengarah SeniGroup Global Sdn. Bhd., Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Sdn. Bhd, Encik Muhammad Khalif Samsudin. Selain itu, kempen Jom Berzakat @zakat.com.my  PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan pengunaan media sosial rasmi mereka bagi menarik lebih ramai netizen untuk mengetahui kewajipan berzakat.

KATA ALONG MURNI

JANGAN LUPA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA 
DI SAMPING DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG LEBIH MEMERLUKAN. 
AM SANGAT MENYOKONG USAHA PIHAK PPZ-MAIWP BAGI 
MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI SAMPING 
MENGGALAKKAN SEMUA PIHAK UNTUK SAMA-SAMA MENGGEMBLENG
 DAN BERKONGSI SUMBER PENDAPATAN. 
WALAUPUN NILAINYA HANYA SEDIKIT NAMUN MASIH ADA 
GOLONGAN YANG DI LUAR SANA MENGANGGAP NILAI TERSEBUT BANYAK. MOGA KITA SEMUA LEBIH TERDIDIK UNTUK MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. INSYAALLAH.







PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT PPZ-MAIWP bersama @pusatpungutanzakat 20 Hadiah Setiap Bulan Untuk Dimenangi !!! Apalagi?hanya klik link ini www.zakat.com.my/kempen dan klik butang "BAYAR ZAKAT ANDA" dalam link tersebut untuk membuat pembayaran zakat. Atau...imbas QR Code yang ada dalam poster untuk terus ke link www.zakat.com.my/kempen Bayar zakat dapat hadiah? Ya,selama 3 bulan ini (Ogos,September & Oktober) bayaran zakat melalui portal kami anda berpeluang memenangi hadiah tajaan. Bukanlah hadiah yang kita kejar dalam kita melaksanakan kewajipan tapi dalam 3 bulan ini ada sedikit kelainan kerana SeriGroup Global Sdn Bhd (Seri Beauty) berbesar hati menaja hadiah sebagai menghargai para pembayar zakat Terima kasih kepada penaja hadiah bagi kempen Jom Berzakat@zakat.com.my iaitu SeriGroup Global Sdn Bhd (Seri Beauty) SELAMAT BERZAKAT BERZAKAT MEMBAWA BERKAT Talian zakat: ☎️1300885757 (Para pemenang hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap bulan berikutnya dan majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada Karnival Zakat yang diadakan nanti pada 01 Disember 2018 #bayarsekarang #jomberzakat #ppzmaiwp #ppzwilayah
A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on





Post a Comment

1 Comments

  1. lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)

    ReplyDelete