CERITA ALONGMURNI: PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI
HOTEL PUTRA BRASMANA
PENGINAPAN SELESA DENGAN MENU YANG MURAH DAN SEDAP
Pengembaraan AlongMurni (AM) kini tiba di Kuala Perlis. AM
dan team menginap di Hotel Putra Brasmana selama 3 Hari 2 Malam untuk
meneruskan penerokaan menjelajah keunikan Perlis. Hotel Putra Brasmana terletak
di lokasi strategik dalam muara Kuala Perlis dan berdekatan dengan Masjid Al
Hussein yang dikenali dengan Masjid terapung.
Hotel Putra Brasmana merupakan laluan perhubungan melalui
jeti ke Pulau Langkawi. Ia adalah pintu masuk yang boleh diakses dari
Changlun-Kuala Perlis highway, jalan utama tempatan dari Alor Setar untuk
perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan hanya indah 10 minit perjalanan
dengan memandu dari bandar Kangar. Bagi yang menginap di sini, jangan risau
kerana tempat letak kereta adalah PERCUMA.
AM sangat sukakan Hotel Putra Brasmana ini kerana lokasinya
yang benar-benar menghadap laut. Tambah pula berdekatan dengan Masjid
Al-Hussein ini. Dari Hotel Putra Brasmana ini boleh dengar laungan Azan
berkumandang. Melihat pada suasana yang menarik ini, dah plan dah dalam kepala
untuk jalan pusing-pusing kawasan sekitar pada waktu petang nanti. Nak masuk ke
Masjid Al Hussein tak boleh, maklumlah tengah ‘keuzuran’ kan?? Jadi AM cuma
tengok dan jalan-jalan kawasan luar masjid je.. huhuhu..
MAKAN TENGAHARI DI SAMUDERA COFFEE HOUSE
Sementara menunggu untuk Check In ke bilik masing-masing, AM
dan team makan tengahari di Samudera Coffee House. Nak tengok menu yang
tersedia dengan harga cuma RM 15 untuk 2 orang makan?? Murah kan?? Samudera
Coffee House menawarkan pelbagai menu ala-carte yang mengkhusus dalam masakan
Melayu, Asia dan Eropah Utara. Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi
hingga 11.00 mlm.
Menu makan tengahari untuk 2 org : RM15 |
Kari Ikan |
ikan goreng |
sirap selasih |
sambal belacan + ulam ulaman |
Burrrppp.. Alhamdulillah.. Kenyang AM makan.. siap bertambah
nasi lagi. Kari Ikan digabungkan dengan ikan goreng dan sambal belacan, memang
meletop selera AM makan!!
OK, time untuk check in ke bilik bila perut dah kenyang!!
Hehehehe.. AM menginap di bilik 306. Tak sabar rasanya nak masuk ke bilik AM.
AM dah sedia nak beradu |
Fasiliti yang tersedia di dalam bilik AM adalah Tuala, Sabun
Mandi, Penghawa Dingin , televisyen, Peti ais, pancuran, pengering rambut, Sachet
kopi/teh, Kemudahan Menyeterika, percuma botol air dan cerek minuman. OK, katil
yang empuk dan suasana yang dingin dah memanggil-manggil untuk AM beradu, AM
nak berehat dalam 2 jam sebab petang nanti AM nak jalan-jalan kawasan sekitar
Pantai Kuala Perlis.
PEMANDANGAN INDAH KAWASAN SEKITAR PANTAI KUALA PERLIS
Yeayyy.. Masa untuk AM jalan-jalan pusing kawasan sekitar
Hotel Putra Brasmana. AM nie jenis spesies yang pantang tengok laut. AM tak
suka mandi laut takut kulit AM yang gelap ini tambah renting kan?? Tapi AM suka
jalan-jalan di pantai sambil menikmati hembusan bayu pantai yang nyaman dan
segar.
Pantai Kuala Perlis ini betul-betul di hadapan Hotel Putra
Brasmana. Masjid Al Hussein ini pula terletak di tepi laut. Hanya beberapa
minit AM berjalan kaki dah sampai ke sini. Masa AM datang ke sini, air laut
tengah surut. Jadi tak nampak sangat seolah-olah Masjid ini terapung di atas
air laut. Yang paling AM suka adalah AM dapat hayati pemandangan laut dan
suasana matahari terbenam yang begitu indah dan menakjubkan.. SubhanaAllah,
Indahnya alam ciptaan Illahi ini.
Usai teman-teman AM yang lain selesai menunaikan solat
Maghrib di Masjid Al Hussein ini, AM dan team bergerak pulang ke Hotel Putra
Brasmana untuk mempersiapkan diri untuk makan malam.
MAKAN MALAM DI BISTRO SAMUDERA
AM dan team makan malam di Bistro Samudera yang terletak di
bahagian luar Hotel Putra Brasmana. BISTRO SAMUDERA yang berkonsep bistro yang menawarkan sepanjang hari makan
masakan tempatan dengan pemandangan laut dan keindahan pemandangan matahari
terbenam.Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 11.00 mlm.
Yang istimewanya makan malam ini adalah kedatangan Blogger Perlis iaitu Dunia Zumal.. Yelah.. selalu bersembang di ruangan cyber, baru kali ini bersua muka.. Sopan orangnya dan lemah lembut dalam pertuturan..
Yang istimewanya makan malam ini adalah kedatangan Blogger Perlis iaitu Dunia Zumal.. Yelah.. selalu bersembang di ruangan cyber, baru kali ini bersua muka.. Sopan orangnya dan lemah lembut dalam pertuturan..
Nak lihat menu-menu yang menarik yang dihidangkan di sini
serta sering menjadi pilihan menu makanan masyarakat setempat.
Memang menarik kan menu-menu kat sini?? nak tahu menu aper yang paling AM suka?? Kalau tengok dalam gambar pun semua boleh agak kan?? yaa.. semestinya Mee Kuah Ketamnya!! Rasa kuahnya memang padu dan sarat dengan rasa ketam.. Ketam yang seekor pun rasanya manis dan fresh.. Memang boleh abis dua mangkuk AM kerjakan.. Tapi kena pada-pada kan?? AM kan kena kurangkan makan makanan laut tapi serius Mee Kuah Ketam nie mmg sedap dan AM sarankan untuk yang datang ke Kuala Perlis untuk mencuba mee kuah ketam di sini.. Cucur udangnya pun sedap tau!! Sebab cucur udangnya ada udang.. banyak pula tue.. Cicah pula dengan Kuah kacang dia.. Perghh.. Nikmatnya tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Mee Kuah Ketam |
Sizzling Yee Mee |
Nasi Ayam Kuala Perlis |
Cucur Udang |
Haaaa.. Airnya nampak menggiurkan kan?? Padat dengan rasa buah tau!!
KATA ALONGMURNI
KALAU SINGGAH KE KUALA PERLIS, JOMM SINGGAH MENGINAP
DI HOTEL PUTRA BRASMANA.
MEMANG TIP TOP LAYANANNYA DENGAN
MENU-MENU YANG MURAH DAN SANGAT SEDAP!!
INSYAALLAH, AM AKAN DATANG LAGI KE SINI BERSAMA KELUARGA
UNTUK MENGINAP DI SINI SEBELUM MENAIKI FERI KE LANGKAWI.
TERIMA KASIH HOTEL PUTRA BRASMANA!!
TERBAIK PENGINAPAN AM 3 HARI 2 MALAM DI SINI..
❤❤❤❤❤❤
21 Comments
terbaek.. nampak selesa :)
ReplyDeletecantiknyaa..dekat dengan pantai.. selesa gak hotel tu
ReplyDeleteBangunan dia nampak macam lama kan. tapi cara dia susun perabut dalam bilik nampak kemas dan teratur. Makanan dia pun not bad jugak nampaknya
ReplyDeleteWah, puas hati dengan saiz bilik yang besar dan cantik. Ditambah pulak dengan harga makanan yang murah. Kalau macamni saya pun nak book kat hotel ni jugak..
ReplyDeleteakan datang nak ke perlis boleh singgah hotel ni.bila dengar mengadap lautje terus terbayang mesti cantik heehhe
ReplyDeleteboleh masuk bucket list ni hotel ni.pemandangan pun cantik je.bilik pun boleh tahan luas dan cantik.hehehe
ReplyDeletekalau liat tentang review hotel gini tuh pengen liat makanannya dulu. haha
ReplyDeletelioat tadi ada king crab jadi semangat. Pemandangannya bagus nih, pas buat hangout bareng kekasih :D
Oo dekat perlis ke hotel ni. No wonder la emi tak familiat dengan nama hotel ni, sebab tak pernah pun sampai ke negeri perlis hehe.
ReplyDeleteSatu2nya hotel besar dkt perlis. Hampir nak bermalam dkt situ tp saudara dh book homestay..nak tgk view cantik depan pantai lagi..
ReplyDeleteBestnya Murni..kalaulah sis dapat ke sana, harus sis ke tempat2 yang murni tulis semasa di Perlis dan dok kat hotel ni..harap impian jadi kenyataan InsaAllah
ReplyDeleteAmboiii AM sampai 2 malam menginap di sini, mesti istimewa kan hotel nie. Nampak menarik dekorasinya. ada vibe classic sikit. rasa teringin pulak nak menginap di sini.
ReplyDeleteRM15 untuk dua orang makan..makan lak di kafe hotel..memang berbaloi..paling tidak, tak perlu keluar jauh cari tempat makan kan
ReplyDeleteKedudukan hotel ni strategi dan hanya di sebelah pantai je. Bestnya. Sy x pernah jejak kaki kat Perlis. Nnt ada peluang, mesti singgah hotel ni.
ReplyDeleteDah lama tak datang perlis. Study sini sejak 2008. Sekarang dah nampak maju perlis ni. DUlu tak dak apa sangat. Hotel ni pernah duduk dulu. OK dan best. Murah harga sewa hariannya.
ReplyDeleteWah along sungguh sungguh jalan sana sini kan. Kali ni pergi menginap di hotel putra pula. Pengalaman berharga tu
ReplyDeleteSelalu juga pergi Perlis tapi jarang menginap di sana. Selalu pergi jalan2 je. Lepas ni kalau pergi sana boleh menginap di Hotel Putra Brasmana ni.
ReplyDeleteperlis pun ada pelbagai tarikan perlancongan yang menarik kan. rugi kalau tak singgah kalau dah sampai ke utara ni kan
ReplyDeleteLama juga trip pergi ke perlis kali ini kan sis along murni. 3 hari 2 malam. mesti puas hati
ReplyDeleteDaripada pergi masuk ke dalam gua, sekarang ni masuk pula dalam hotel dalam trip 3 hari 2 malam ni. Memang sarat dengan aktiviti
ReplyDeleteSo nice wei the hotel and the sunset. I like this place. The best place for OOTD and pictures. I feel like joining you for the trip.
ReplyDeleteUnik gila nama dia Brasmana. Dahla hotel dekat dengan banyak lokasi tarikan pelancong. Mee Kuah Ketam dia tu, pergh.
ReplyDelete