Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Tuesday, 30 October 2018

KENNY ROGERS ROASTERS:GARLIC BUTTER CHICKEN MENU TERBARU


KENNY ROGERS ROASTERS : 
GARLIC BUTTER CHICKEN MENU TERBARU

ADUNAN BERSAMA MENTEGA BAWANG PUTIH 
YANG PASTI MEMUKAU SELERA


Kalau sebut Kenny Rogers Roasters (KRR) pastinya terbayang Ayam Kenny Rogers yang dipanggang seekor tue kan?? Hehehe.. AlongMurni (AM) berkesempatan untuk mencuba menu terbaru dan majlis diadakan di Sunway Velocity, Cheras. Masa dalam perjalanan ke sana AM dah terbayangkan keenakan dan aroma Ayam Kenny Rogers Roasters (KRR).


Haaa.. Nak tau apa yang terkini dan menarik di Kenny Rogers Roasters?? AM dimaklumkan yang pihak KRR telah lebih setahun bereksperimen dengan pelbagai rasa mengikut musim dan perisa baru seperti rasa dari kimchi, bulgogi, masak merah, dan pelbagai lagi.

Kali ini Kenny Rogers ROASTERS (KRR) hadir dengan menu menarik dan terkini iaitu Garlic Butter Chicken.  Uniknya adalah ayam panggang KRR ini telah diadun dan telah dimasak dengan krim mentega dan bawang putih. Perghhh.. memang menarik tue. tak sabar-sabar AM nak mencuba!!




Menurut Thila Chandran, Pengurus Pemasaran Kanan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd ,
"Ia merupakan tahun yang menarik untuk KRR kerana pasukan memcuba pelbagai perisa yang belum pernah dilakukan sebelumnya ini. Berikutan sambutan menggalakkan dari pelanggan kami, kami memutuskan untuk mengeluarkan menu Ayam Mentega Bawang Putih. Inilah cara kami untuk mempersembahkan kepada para pelanggan kami dengan banyak perkara menarik yang boleh kita mainkan dengan rasa - ia tidak perlu menjadi rasa klasik yang sama sahaja. Ia juga memberi mereka pelbaga dipilih dan pengalaman baru kepadapelanggan kami setiap kali mereka datang  ke restoran KRR”.


(From Right) Thila Chandran, Senior Marketing Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd and Won Liyin, Marketing Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd




Antara menu istimewa Garlic Butter Chicken adalah:

GARLIC BUTTER CHICKEN MEAL
¼ Garlic Butter Chicken + 3 Side Dishes + 1 Kenny’s Home-made Muffin
RM 20.50
GARLIC BUTTER CHICKEN & SOUP MEAL
¼ Garlic Butter Chicken + 1 Soup + 1 Side Dish + 1 Kenny’s Home-made Muffin
RM 22.50
Garlic Butter Whole Chicken
ala carte
RM 38.80
SPECIAL OCCASION
One Garlic Butter Whole Chicken, two side dishes, four pieces of Kenny’s Home-made Muffins,  1.5 litre Coca Cola Klasik, and an i.Care Bag worth RM 10
RM 69.90

Setiap hidangan Garlic Butter Chicken dikombinasikan dengan minuman citarasa Minty Passion Mocktail yang menyegarkan iaitu campuran buah markisa dan daun pudina.




Nak lagi istimewa?? Buat peminat KRR seperti AM, kita boleh dapatkan Edisi Terhad KRR 2019 Planner dengan setiap pembelian 6 Set Garlic Butter Chicken & Soup Meals dengan menggunakan kad keahlian KRR.  Dalam Planner 2019 KRR itu mengandungi baucer dengan nilai RM 280 tau!! dan Ahli KRR berpeluang membawa pulang ½ Dozen Kenny’s Home Made Muffins seperti AM.. Sedappnyaaa!!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers ROASTERS,
sila hubungi 03 - 2119 9888 dan jangan lupa lawati www.krr.com.my dan  

* Harga yang ditunjukkan tertakluk kepada 6% Cukai Perkhidmatan kecuali untuk Langkawi

KATA ALONG MURNI

AYAM PANGGANG KENNY ROGERS ROASTERS
 MEMANG MENJADI PILIHAN AM TERUTAMA ANAK-ANAK AM. 
ANAK-ANAK AM PALING SUKA MAKAN 
AYAM PANGGANG KENNY ROGER ROASTERS DAN MUFFIN. 
MEMANG MENJADI PILIHAN UNTUK DATANG KE KRR SETIAP SEBULAN SEKALI. HUJUNG BLN NIE AM BERHASRAT NAK BAWA ANAK-ANAK KE KRR
 DAN GUNAKAN BAUCER YANG DIDAPATI DARI PLANNER 2019 KRR. 
JOM RAMAI-RAMAI KE KENNY ROGERS ROASTERS DAN JANGAN LUPA DAPATKAN BUKU PLANNER 2019 KRR EDISI KHAS.

Friday, 26 October 2018

APLIKASI CANNIS AKAN MENJADI BINTANG PILIHAN HEBAT DI NASDAQ, AMERIKA SYARIKAT


APLIKASI CANNIS AKAN MENJADI BINTANG PILIHAN HEBAT
 DI NASDAQ, AMERIKA SYARIKAT


Pada cuti hujung minggu yang lalu, AlongMurni (AM) sempat singgah di KLCC Convention Centre untuk menghadiri persidangan “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq”. Mesti pembaca semua masih ingat tentang perkongsian blog AM terdahulu tentang Aplikasi Cannis iaitu platform  7 dalam 1 kan??


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi. Memang hebat kan??

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan kita sebagai pengguna dengan pelbagai fungsi aplikasi App ini ini melalui penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, dan sememangnya semuanya boleh didapati di Cannis App.



Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Wahhh!! Semestinya, Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.



Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran. Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.


Majlis gilang gemilang turut dimulai dengan paluan kompang dan AM sempat juga bergambar dengan adik-adik comel ini. Sebelum acara bermula, AM sempat bergambar juga dengan duyung yang cantik nie.. Hehehehe..


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Aplikasi Cannis ini, pembaca semua boleh layari http://cannis.app.

KATA ALONG MURNI

AM SANGAT MENYOKONG APLIKASI SEUMPAMA INI.
APLIKASI CANNIS INI MENDEKATKAN PENGGUNA DENGAN
PRODUK PILIHAN SEMUDAH ABC HANYA MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR. 
BAGI AM STRATEGI PEMASARAN DAN PENGIKLANAN YANG DIGUNAKAN
OLEH APLIKASI CANNIS INI LEBIH MENDEKATKAN PENGGUNA DENGAN PEMBELI DI SAMPING MENGIKUT TREND DAN PERKEMBANGAN SEMASA.
TIDAK MUSTAHIL APLIKASI CANNIS INI MENJADI PILIHAN HAMPIR KEBANYAKAN PENGGUNA TELEFON PINTAR TANPA MENGIRA PERINGKAT USIA.

Monday, 22 October 2018

IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI


IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK
BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI


Pada hujung minggu yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box, Publika. AM dimaklumkan yang jenama Irisa Cosmetics ini adalah hasil gandingan dua adik beradik bernama Iman dan Irisa. Yang paling mengagumkan AM adalah Iman berusia 17 tahun dan adiknya Irisa berusia 15 tahun. wahhh!! Usia muda namun berani untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Pengasas Irisa Cosmetics iaitu Iman dan Arisa

Semangat dan kekuatan mereka berdua untuk menceburi bidang perniagaan rupanya adalah hasil inspirasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Kedua-dua ibu bapa Iman dan Irisa sebenarnya adalah Pemilik kepada Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik.




Sebagai permulaan Irisa Cosmetics tampil dengan 5 pilihan pewarna bibir (flux matte). Uniknya pewarna bibir ini adalah :
  • berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • bebas dari paraben
  • sesuai untuk kulit sensitive
  • tahan lama dan memberi kesan yang lebih panjang
  • mudah menyerap
  • bebas dari cecair,
  • mesra wuduk
  • dijamin halal
  • senang dibawa ke mana-mana.



Lima pilihan rona pewarna bibir ‘Irisa Cosmetics Flux Matte dikenali sebagai Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses. AM sempat juga mencuba Pewarna Bibir Irisa Cosmetics ini. Terus AM jatuh hati tau pada Irisa Cosmetics. Bila AM pakai je, bibir AM nampak menawan dan menyerlahkan kecomelan AM.. hehehehe.. Yang paling AM suka adalah tiada lagi kesan gincu bila melekat pada gelas setiap kali AM minum.. Haaa.. ini yang buat AM terus sambar 1 set pewarna bibir Irisa Cosmetics.


“ Dengan semangat kekeluargaan dan bimbingan daripada kedua ibu bapa, kami telah bersama-sama melahirkan Irisa Cosmetics bermula dari pemilihan konsep, rekaan, penghasilan produk, percubaan formula, pemilihan bahan-bahan dan juga proses memberikan nama setiap pewarna bibir kami.
Kami juga turut terlibat dalam proses pembungkusan, laman web, social media, dan semua kami lakukan bersama-sama supaya hasilnya dapat membanggakan kami.

Irisa Cosmetics adalah glamor, kuasa, keberanian, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa seiringan dalam menjalinkan persahabatan, cinta dan kehidupan,” kata Iman dan Irisa.


Amboii AM.. Bila dah pakai Irisa Cosmetics ini bukan main lagi berani posing bagai depan kamera.. Acah-acah jadi model comel tapi pendek gitu.. hehehe..

Turut bersama AM di majlis ini adalah Blogger Kolin dan Blogger Achik.. Sempat gak pose maut sekeping dua untuk jadikan kenangan.. Bukan senang nak bergambar dengan Kolin dan Achik ini tau.. Dua-dua kan wanita bekerja.. Jadi sibuk dengan tugasan dan jadual kerja.



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT KAGUM DENGAN SEMANGAT JITU 
DARI DUA REMAJA CANTIK KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI
 DALAM MENERUSKAN LEGASI PERNIAGAAN MILIK KEDUA IBU BAPA MEREKA. IMAN DAN IRISA MENJADI CONTOH TERBAIK ANAK-ANAK MUDA UNTUK 
TERUS BERANI MENCUBA DAN MENGORAK LANGKAH
 MENEROKAI DUNIA PERNIAGAAN. SERIUS AM MEMANG JATUH CINTA PADA PEWARNA BIBIR (FLUX MATTE) YANG BEGITU SEGAR DAN MEMPERSONAKAN.. MOGA ADIK BERADIK INI TERUS BERSATU HATI DAN BERJAYA DALAM SETIAP LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KECANTIKAN YANG BERASASKAN
 TUMBUH-TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI. 
AM MENYOKONG SEPENUHNYA IRISA COSMETICS.



Tuesday, 16 October 2018

USAHASAMA KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTOSPORTS HOTEL


USAHASAMA KATERING ENAK RASA DAN HYPE MOTOSPORTS HOTEL
LANCARKAN PAKEJ EKSKLUSIF MARHAIN



Lagi dua bulan kita dah nak menyambut 2019 kan?? Hujung tahun semestinya ramai di antara pembaca AlongMurni (AM) yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan termasuk Adik AM sendiri. Jangka majlis perkahwinannya pun akan diadakan hujung tahun ini juga. Jadi masa untuk sama-sama cari pakej perkahwinan yang menarik dan bersesuaian dengan kemampuan sendiri.
Baru-baru ini AlongMurni sempat singgah ke HYPE Motosports Hotel Kuala Lumpur yang merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Mula-mula masa AM melangkah masuk, Nampak macam esklusif dan elegen tau HYPE Motorsports ini. Rasa cam nak berlumba plak bila tengok dekorasinya. Yelah siap dengan tempat seolah-olah nak dapat Piala atau pingat gitu. Hehehehe.. Tak percaya?? Haaa.. tengok gambar di bawah..

adakah AM masih NO 1 di hati awak??

Hotel ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yg serba cantik dan mewah, kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup. Selain dari parkir kenderaan yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector. Menarik bukan??

AM dimaklumkan yang Usahasama Katering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif marhain ini, merupakan pakej elegan tapi disediakan buat pihak pengantin yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yg sangat minimum.  Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4000. Memang meletoopp kebabomm kan???




Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara. Alammakkk.. AM plak yang rasa nak buat Majlis Perkahwinan nie.. Tapiii.. Mana nak cari pasangan pengantin nie.. Hehehehe









Kalau nak tahu Katering Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Katering Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada yang membuat tempahan Katering Enak Rasa. Pihak pengantin boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan dalam majlis bersejarah mereka. Antara menu lain yang disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi.









AM sempat juga bersembang mesra dengan Puan Hajjah Salmi yang merupakan Tulang Belakang kepada Katering enak Rasa. Banyak informasi dan maklumat yang AM perolehi dalam sembang santai bersama Puan Hajjah Salmi. Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Katering Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan. 
Katering Enak Rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimahtururus . 

AM bersama dengan Puan Hajjah Salmi


Antaranya, Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi.

Selain itu,  Katering Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang. Haaa… Apalagi.. jangan ragu-ragu untuk dapatkan perkhidmatan dari Katering Enak Rasa. Sememangnya berbaloi, sedap dan harga berpatutan.




Semoga dengan adanya pakej marhain ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan pakej yang menarik ini, kerana ia akan berakhir pada 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi orang-orang kuat Katering Enak Rasa 

CIK NURUL AFNI 0122374867
TUAN HAJI AIDIL 0162580734
PUAN HAJJAH SALMI 0102250734
MOHD RUSDI 01135579805

Atau lawati page Katering Enak Rasa



KATA ALONGMURNI

PAKEJ YANG DITAWARKAN DI KATERING ENAK RASA MEMANG BERBALOI
DENGAN MENU-MENU YANG SEDAP DAN ESKLUSIF.
ANTARA MENU YANG BENAR-MENAR MENARIK PERHATIAN AM
SEMSTINYA AYAM BAKAR MASAK LEMAK CILI PADI. AM SIAP HIRUP KUAH
MASAK LEMAK CILI PADI BERMANGKUK-MANGKUK!!.
SAJIAN MASAKAN DAGING DENDENG DAN KAMBING KUZI  JUGA MEMBUKA SELERA..
MASAKAN KETERING ENAK RASA PUNYAI KEUNIKAN YANG TERSENDIRI.
 JOM RAMAI-RAMAI KITA KHAWIN!! HAHAHAHA..
KEPADA YANG MASIH MENCARI PAKEJ PERKAHWINAN YANG BERSESUAIAN,
AM SARANKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SEGERA KEPADA KATERING ENAK RASA.




Sunday, 14 October 2018

FERNLEAF UHT: BERJAYA MEMIKAT DENGAN 100Mmmmm


FERNLEAF UHT: BERJAYA MEMIKAT DENGAN 100Mmmmm

DIPERCAYAI, ENAK, BERKHASIAT 
DAN BERKUALITI TINGGI



Nama Fernleaf tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia. Fernleaf jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand.  Dengan piawaian yang tinggi dari segi keselamatan makanan dan kualiti untuk 100% kebaikan yang dipercayai, sememangnya rasa susu Fernleaf adalah 100% Mmmm.

Kerana kualiti dan kebaikan dari susu Fernleaf UHT, AlongMurni (AM) jatuh cinta dan turut bersama-sama anak-anak AM menikmati setiap titisan keenakan Susu Fernleaf UHT setiap pagi dan malam sebelum tidur.



Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand kepada masyrakat Malaysia. Susu Fernleaf UHT merupakan susu berkhasiat untuk AM dan anak-anak di samping dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.

Dengan pengalaman dalam industri Tenusu selama lebih dari 140 tahun lamanya, Fonterra yang merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput dan mendapat penjagaan rapi, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjamin khasiat tertinggi dalam produk  tenusu.



Produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk menikmati keenakan dan kebaikan 100 % susu Fernleaf UHT ya!!

Susu yang dihasilkan semuanya mempunyai bahan makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.



Kalau nak tahu, Susu Fernleaf yang terhasil adalah berasal dari lembu-lembu tenusu yang diusahakan di ladang semulajadi dan lembu-lembu ini bebas meragut di padang rumput yang luas dan subur. Sebab itu lah, rasa susu Fernleaf UHT ini enak, berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Terdapat 3 jenis susu Fernleaf UHT. Antaranya Full Cream, Low Fat dan juga Chocolate. Susu Fernleaf ini sangat enak diminum pada waktu pagi dan dimakan bersama bijiran cereal.. Memang mengembalikan tenaga dan memberikan kekuatan tumpuan pada anak-anak AM di sekolah.



AM dan anak-anak sangat menggemari susu Fernleaf UHT. Kalau sehari tanpa menikmati keenakan dan kesegaran Susu Fernleaf UHT ini, AM rasa kekurangan. Kadang-kadang AM menggunakan susu Fernleaf Full Cream untuk dijadikan bahan dalam sajian seperti kek ataupun manisan. Wahh.. Bukan main suka anak-anak bila susu Fernleaf jadi pilihan AM untuk sajian masakan untuk mereka.

Berikut ada sedutan video yang ingin AM kongsikan bersama-sama pembaca setia Blog AlongMurni (AM).




#100Mmmmm #fernleafUHT #Fernleaf #FernleafMalaysia

KATA ALONG MURNI:

JOM KITA NIKMATI DAN SERIKAN PAGI
 DENGAN SUSU FERNLEAF UHT. 
RASAI KEENAKAN RASA SUSU YANG TERJAMIN, 
BERKHASIAT DAN BERKUALITI TINGGI


Wednesday, 10 October 2018

PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL: LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN & LEBIH BAIK


PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL:
 LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN & LEBIH BAIK

MENEPATI KEHENDAK, KEPERLUAN DAN LEBIH INOVATIF

Kali ini, AlongMurni (AM) nak menyentuh permasalahan makanan. AM dapati kebanyakan masyarakat Malaysia amat menggemari makanan bergoreng termasuk AM sendiri. Nak nak kalau melibatkan menu Ayam Goreng dan makanan laut, memang kegemaran AM tau!! Namun sejak akhir-akhir ini, AM dah mula mengalami simptom kolestrol tinggi. AM dah tak boleh nak makan makanan yang berkalori tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi lagi. Sangat bahaya kan?? AM dah mula menjaga pemakanan AM tau. Tapi kadang-kadang terasa sukar dan berasa berada dalam dilema tau!! Yelah, samada nak ikut selera tekak AM atau nak berpantang makan makanan bergoreng nie.. Aduhaii!!



Baru-baru ini AM berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran Produk Philips Viva Collection Airfryer XXL. AM sangat sukakan barangan keluaran Philips kerana Philips adalah syarikat teknologi kesihatan pendahulu yang fokus kepada memperbaiki kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil yang lebih baik merentas kontinuum kesihatan daripada kehidupan sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi terkini dan pemahaman klinikal serta pengguna yang mendalam bagi menyampaikan solusi bersepadu. Bagai pucuk dicita ulam mendatang!! AM rasa teruja nak tahu pasal produk terbaru keluaran Philips ini! Nak tahu kelebihan Philips Viva Collection Airfryer XXL?? AM kongsikan kelebihan dan manfaat bila memasak menggunakan Philips Viva Collection Airfryer XXL ini ya!!

(1) LEBIH BESAR
 MASAK LEBIH BANYAK HIDANGAN ENAK



Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan AM memasak hidangan untuk AM dan anak-anak AM. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar AM dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga dan sahabat handai yang datang berkunjung. AM tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang! AM boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. Bagus kan??

(2) LEBIH MENYIHATKAN
MENYINGKIR SEHINGGA 50% LEMAK DARIPADA MAKANAN KETIKA MEMASAK


Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa . Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali. Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

Best tau!! Sebab AM boleh memanggang seekor ayam bulat sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa serta jusnya. Anak AM suka sangat makan kentang goreng? Dengan menggunakan Airfyer, AM tidak lagi perlu menggoreng kentang menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak . Selain itu, rumah AM juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer. 

(3) LEBIH BAIK
 PELBAGAI GUNA DAN MEMUDAHKAN



Bagi AM yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk pengetahuan semua, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat. Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.


Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan AM memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak . Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan AM memasak dengan lebih cepat . Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna AM tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada AM memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, AM boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, AM boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan AM lebih kemudahan.


“Di Philips, kami menggabungkan pengetahuan mengenai keinginan pengguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng yang boleh menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, dan kemudahan yang lebih besar dengan membolehkan mereka memasak lebih banyak makanan sekaligus dengan menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar yang pernah kami keluarkan. Kami memahami bahawa para ibu bapa, terutama sekali ibu, amat mementingkan keupayaan menyediakan makanan yang sihat lagi enak, yang disediakan sendiri di rumah dan kami mahu membantu mereka melakukannya dengan lebih mudah,menggunakan peralatan dapur kami yang berinovasi,” kata Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel.

Yang menariknya, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Semua pengguna boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android .



Philips Viva Collection Airfryer XXL boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699, berserta pan menggril dan satu set pencucuk makanan, di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, The Gardens Mid Valley, dan Wangsa Walk, semuanya di Kuala Lumpur; di Sutera Mall, Johor Bahru; dan di Gurney Plaza, Pulau Pinang; juga di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; dan di kedai-kedai rakan peruncit dan pengedar di seluruh negara, serta melalui kedai dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL, sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila kunjungi www.philips.com.my

KATA ALONGMURNI

AM JATUH CINTA PADA PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI.
MASA AM MEMASAK DI DAPUR DAPAT DIJIMATKAN DAN
AM BOLEH MEMASAK DENGAN CARA YANG SIHAT.
PHILIPS VIVA COLLECTION AIRFRYER XXL INI MEMANG
 LEBIH BESAR, LEBIH MENYIHATKAN DAN LEBIH BAIK.