IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI


IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUK
BERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI


Pada hujung minggu yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box, Publika. AM dimaklumkan yang jenama Irisa Cosmetics ini adalah hasil gandingan dua adik beradik bernama Iman dan Irisa. Yang paling mengagumkan AM adalah Iman berusia 17 tahun dan adiknya Irisa berusia 15 tahun. wahhh!! Usia muda namun berani untuk mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Pengasas Irisa Cosmetics iaitu Iman dan Arisa

Semangat dan kekuatan mereka berdua untuk menceburi bidang perniagaan rupanya adalah hasil inspirasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Kedua-dua ibu bapa Iman dan Irisa sebenarnya adalah Pemilik kepada Serasi Global Sdn Bhd yang cukup dikenali dengan produk penjagaan kulit wajah dari bahan semulajadi dan organik.




Sebagai permulaan Irisa Cosmetics tampil dengan 5 pilihan pewarna bibir (flux matte). Uniknya pewarna bibir ini adalah :
  • berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • bebas dari paraben
  • sesuai untuk kulit sensitive
  • tahan lama dan memberi kesan yang lebih panjang
  • mudah menyerap
  • bebas dari cecair,
  • mesra wuduk
  • dijamin halal
  • senang dibawa ke mana-mana.



Lima pilihan rona pewarna bibir ‘Irisa Cosmetics Flux Matte dikenali sebagai Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses. AM sempat juga mencuba Pewarna Bibir Irisa Cosmetics ini. Terus AM jatuh hati tau pada Irisa Cosmetics. Bila AM pakai je, bibir AM nampak menawan dan menyerlahkan kecomelan AM.. hehehehe.. Yang paling AM suka adalah tiada lagi kesan gincu bila melekat pada gelas setiap kali AM minum.. Haaa.. ini yang buat AM terus sambar 1 set pewarna bibir Irisa Cosmetics.


“ Dengan semangat kekeluargaan dan bimbingan daripada kedua ibu bapa, kami telah bersama-sama melahirkan Irisa Cosmetics bermula dari pemilihan konsep, rekaan, penghasilan produk, percubaan formula, pemilihan bahan-bahan dan juga proses memberikan nama setiap pewarna bibir kami.
Kami juga turut terlibat dalam proses pembungkusan, laman web, social media, dan semua kami lakukan bersama-sama supaya hasilnya dapat membanggakan kami.

Irisa Cosmetics adalah glamor, kuasa, keberanian, berdaya saing, berkeyakinan dan sentiasa seiringan dalam menjalinkan persahabatan, cinta dan kehidupan,” kata Iman dan Irisa.


Amboii AM.. Bila dah pakai Irisa Cosmetics ini bukan main lagi berani posing bagai depan kamera.. Acah-acah jadi model comel tapi pendek gitu.. hehehe..

Turut bersama AM di majlis ini adalah Blogger Kolin dan Blogger Achik.. Sempat gak pose maut sekeping dua untuk jadikan kenangan.. Bukan senang nak bergambar dengan Kolin dan Achik ini tau.. Dua-dua kan wanita bekerja.. Jadi sibuk dengan tugasan dan jadual kerja.



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT KAGUM DENGAN SEMANGAT JITU 
DARI DUA REMAJA CANTIK KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI
 DALAM MENERUSKAN LEGASI PERNIAGAAN MILIK KEDUA IBU BAPA MEREKA. IMAN DAN IRISA MENJADI CONTOH TERBAIK ANAK-ANAK MUDA UNTUK 
TERUS BERANI MENCUBA DAN MENGORAK LANGKAH
 MENEROKAI DUNIA PERNIAGAAN. SERIUS AM MEMANG JATUH CINTA PADA PEWARNA BIBIR (FLUX MATTE) YANG BEGITU SEGAR DAN MEMPERSONAKAN.. MOGA ADIK BERADIK INI TERUS BERSATU HATI DAN BERJAYA DALAM SETIAP LANGKAH PENGHASILAN PRODUK KECANTIKAN YANG BERASASKAN
 TUMBUH-TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADI. 
AM MENYOKONG SEPENUHNYA IRISA COSMETICS.



Post a Comment

23 Comments

  1. Seriuslah baru 15 dan 17 th founder dia?Hebat lah
    Syabas diucapkan semoga produk ni mampu bersaing dengan produk2 lain di luar sana.nati nak usha produk ni sat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk..

      Juga boleh email kami dia hello@irisacosmetics.com

      Delete
  2. kagum dengan pencapaian gadis muda remaja ini...memang thanks to their parents dan minat tinggi mereka juga ni utk mencapai level mereka skrg

    ReplyDelete
  3. produk berasaskan bahan semulajadi nimemqng bagus dicuba. taknperlu worried akan bahan2 terlarang. tapi sayang.. mesra wuduk tu kena terangkan dgn jelas dear. adakah produk ini serap air atau boleh bawa solat saja.. kalau boleh bawa solat ia bkn mesra wuduk. jika serap air tanpa perlu cuci wajah dgn sabun maka ia mesra wuduk.. 😊

    ReplyDelete
  4. Irisa cosmetic, muda nya founder nya baru 15 dan 17 tahun. kagum dengan pencapaian mereka ni. Ish ish

    ReplyDelete
  5. Mula-mula tengok video kat insta tu macam rupa rokok jer hehehe tapi bila baca ohhh produk kecantikan hehehehe untung orang perempuan ni semua ada boleh sahaja guna mana-mana semua selamat...

    ReplyDelete
  6. huiii...mudanye founder dia. Kira usahawan muda la ni. Best tengok ingredients product ni dari natural plant.Mesti mau try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com

      Delete
  7. Mak ai mudanya founder Irisa Cosmetic ni. Bagus boleh jadi model buat remaja dekat luar tu. Produk Irisa pun nampak bagus sebab bebas paraben, halal dan natural based.

    ReplyDelete
  8. Mudanya founder irisa cosmetic tu ! Macam tak percaya umur baru belasan tahun. Nanti nak usha jugalah produk ni. Dah keluar kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Kita sudah berada di pasaran.. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com

      Delete
  9. Wahhh muda-muda dah ada busines kan, serius bertuah sungguh diaorang ni,untung jadi anak orang berduit dan dari keluarga busines. Anak2 pun ikut buat busines gak

    ReplyDelete
  10. Makeup ni ada dijual dekat mana..Kagum juga tengok du aberadik ni, muda lagi pulak tu, dah buka business..etrbaikla..waktu usia macam ni la bagus buat business, dah meningkat usia, duit pun dh banyak..haha..Mkeup ni semua perempuan suka kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com

      Delete
  11. Bagusnya ada business mcm ni diusia muda, boleh maju jika rajin usaha. Produk Irisa tu nampak menarik sekali bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Boleh lawati laman sesawang kami di www.irisacosmetics.com untuk details mengenai produk.. Juga boleh email kami di hello@irisacosmetics.com

      Delete
  12. Mudanya dah ada produk sendiri. Nie semangat Kylie Jenner sangat nie. Kagum dengan anak muda sekarang - muda-muda dah ada semangat berniaga. Congrats. And AM, you look pretty, always.

    ReplyDelete
  13. Wow.. Muda muda dah keluarkan produk. Hebatnya mereka berdua.
    Keluarkan pula produk kegilaan wanita. Hehe
    Lipstik ke lipmatte ke wajib ada kan..

    ReplyDelete
  14. Wow muda-muda lagi dah ada produk sendiri. Hebatlah anak muda sekarang. Bagus mempunyai semangat meniaga bermula dri kecil. Semoga terus maju dan berkembang ya sy ucapkan

    ReplyDelete
  15. what a young founder there and their product looks amazing. wishing them all the best looking forward to have more and more different range products in the market by this young entrepreneur.

    ReplyDelete
  16. hahahah..banyak laa aku sibuk wanita bekerja. Tampor kangg...nanti kita p event sesama lagi ye hahahaha

    ReplyDelete
  17. Wow..15 thun n 17 thun dah ada produk sendiri..bagusnya..gud luck dik..
    Nnti nk try la satu lipmatte dia

    ReplyDelete
  18. Wah rasa bangga pulak umur muda dah ada business sendiri. Bagus tu usaha dengan sokongan ibu bapa. Lia nak try juga produk Irisa ni macam menarik. dan support business woman seperti mereka.

    ReplyDelete