Nikmati Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia

Ikuti blog Along Murni(AM) dalam melayari kenikmatan makanan di Texas Chicken dan Tex Cafe Pertama Di Dunia yang terletak di KLCC.

Mempelopori bidang teknologi dalam mengenali IPv6 dan Internet of Things(IOT)

Buat pertama kalinya Along Murni(AM) menyusuri bidang teknologi maklumat dalam mengenali Apa Itu IPv6.

Fenomena Seni KL Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017.

Kenikmatan Merasai Makanan di The Mines Shopping Mall

Menyusuri kenangan mencipta rasa makanan enak di The Mines, Seri Kembangan bersama rakan-rakan blogger.

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP)

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur

Tuesday, 27 November 2018

ART IN THE CITY: KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDARAYA YANG KAYA SENI BUDAYA


ART IN THE CITY: KUALA LUMPUR SEBAGAI BANDARAYA 
YANG KAYA SENI BUDAYA


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Art In The City yang dianjurkan oleh CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) . Art in The City bertujuan untuk mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat mereka, sambil menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat.

Untuk pengetahuan semua pembaca setia Blog Along Murni,  Kempen ini menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan juga akar umbi  dimana karya mereka akan dipamerkan dengan jelas di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.


Art In The City adalah kempen yang dijalankan selama 6 bulan bagi mempamerkan 14 karya seni dari 13 pelukis ulung dan juga akar umbi untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang dikenali sebagai bandar budaya dan kreatif. Kempen ini berusaha untuk memastikan Kuala Lumpur dikenali sebagai hab budaya dan kreatif yang giat membangun.

Selain itu, Art in the City juga menampilkan pelbagai aktiviti yang dapat dinikmati oleh masyarakat tempatan termasuk lukisan mural, persembahan kebudayaan bulanan secara percuma dengan kerjasama PUSAKA, program mentor serantau dengan OUR ArtProjects, forum seni visual dengan RogueArt, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan yang dipanggil SHIFT.

Art in The City berhasrat untuk mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni di sekitar kota, menjanjikan sebuah pengalaman visual seni yang tidak dapat dilupakan, terutama bagi pencinta seni. Memang menakjubkan hasil karya seni yang dipamerkan. AM melihat hasil kreativiti pelukis yang begitu indah, menarik dan sangat unik.

Antara kegiatan strategik yang akan dijalankan bersempena kempen ini termasuklah lukisan mural, persembahan tradisional, forum seni visual untuk penggiat seni tempatan, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap dunia seni dan budaya tempatan. 


           
Satu gabungan kerjasama yang hebat AM rasakan apabila CENDANA, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 12 rakan kongsi lain telah bekerjasama untuk menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak ramai dengan mempamerkan dan mempromosikan hasil karya artis-artis tempatan sambil membuktikan betapa pentingnya seni dalam penentuan identiti negara kita. Hasil usaha ini diperkuatkan dengan gabungan sinergi bersama pihak awam dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On Hop-Off. Satu gabungan yang hebat bukan??



Majlis Pelancaran Rasmi Art In The City turut disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.  

"Saya teruja dengan kreativiti dan semangat semua pihak yang telah menjayakan Art In The City dimana kerjasama ini menghasilkan platform kepada artis tempatan kami untuk mempamerkan dan memperkenalkan bakat mereka ke dunia luar. Seni dan budaya memainkan peranan sebagai akar umbi dalam pembangunan sesuatu bandaraya dalam melahirkan identitinya yang tersendiri. Kejayaan sesebuah bandar bergantung kepada peghuninya dan idea yang dikongsi. Oleh itu, kerjasama bersama CENDANA untuk membangunkan Kuala Lumpur dengan Art in The City bukan sahaja dialu-alukan, maka saya juga turut gembira dengan hasil usahasama ini yang dapat melindungi hasil seni tempatan lalu menyediakan ruang penerokaan bagi anak-anak seni kita,” kata YB Khalid Abd Samad.


Sebenarnya Kempen ini telah bermula pada Januari 2018 dan artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia. Pada mulanya, lebih 1,000 hasil karya seni telah dikemukakan. Kemudian, ahli panel yang terdiri dari para akademik dan ahli seni dan kebudayaan telah memilih 30 hasil karya untuk memasuki senarai pendek bagi pengundian awam. Setelah proses pengundian awam dijalankan, Art In The City akan menampilkan 10 karya seni dari Suzi Chua, Brindha Kumar, Samantha Cheah (YueYue), Syamsul Addenno, Nor Aziela binti Ahmad, ART:TECH, Natasha Iman, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, dan Jing Chung. Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan 4 karya seni daripada artis legenda seperti Dato 'Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah.

"Selaras dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan,  Art In The City adalah peluang bagi kami untuk meningatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka. Pelaburan bersama kami dalam seni juga memberi peluang untuk mewujudkan permintaan untuk hasil seni tanahair; untuk mewujudkan aksesibiliti bagi orang ramai untuk menerokai dan menghargai seni tempatan dan juga untuk meningkatkan kualiti hasil kerja artis negara." kata Izan Satrina Mohd Sallehudin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA.

Antara pelukis karya-karya seni yang sempat AM 'capture' bersama hasil seni lukisan mereka adalah: 





KATA ALONG MURNI

PLATFORM YANG DISEDIAKAN OLEH CENDANA DALAM MENYOKONG 
INDUSTRI SENI TANAH AIR DAPAT MEMPERKENALKAN HASIL SENI NEGARA DI MATA DUNIA DI SAMPING MENGASAH DAN MENGGILAP HASIL SENI YANG BEGITU INDAH, MENARIK DAN UNIK. 
SYABAS AM UCAPKAN PADA CENDANA DAN SEMOGA SEMUA PIHAK TURUT SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA HASIL KARYA SENI ANAK TEMPATAN.  

Friday, 23 November 2018

SAFI FAIR BEAUTY TAMPIL MENYERLAHKAN KEJELITAAN DARI LUAR DAN DALAMAN:MINUMAN BERI KOLAGEN


SAFI FAIR BEAUTY TAMPIL MENYERLAHKAN 
KEJELITAAN DARI LUAR DAN DALAMAN : MINUMAN BERI KOLAGEN



Pada 12 November 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir bagi Majlis Pelancaran SAFI FAIR BEAUTY. Menariknya kali ini adalah SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi. Selepas ini pengguna tegar SAFI FAIR BEAUTY seperti AM semestinya  akan lebih jelita dari dalam dan luar la kan??




Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya. Haaa.. jangan main-main tau!! Semua Produk Safi memang melalui proses RND dan ada makmal sendiri di Malaysia ini. Memang terbaik kan??



“Sebagai peneraju jenama produk kecantikan halal, kami berbangga  dengan pasukan penyelidik dan pakar saintis yang berdedikasi dalam menghasilkan inovasi kecantikan halal yang berkualiti tinggi dalam memenuhi impian para wanita memiliki raut wajah menawan dan kulit muka yang sihat melalui rutin penjagaan kulit muka menyeluruh bermula dari dalaman” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza (M) Sdn.Bhd.

Nak tahu khasiat dan keperluan Kolagen bagi tubuh badan dan kulit kita??
Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.



Pada majlis tersebut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat “BFF kecantikan” terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.


“Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinaran UV, tekanan, masalah kurang tidur dan gaya hidup seseorang individu itu boleh menyebabkan kulit tidak bermaya serta kusam. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen,serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri”. Tambah beliau lagi, “SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus”.

AM sangat menyukai rasa Produk minuman SAFI Kolagen ini. Yelah..Amat bersesuaian untuk orang yang macam AM ini yang telah menganjak umur 30 an kan?? Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Para pengguna disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Lebih berkesan lagi, AM boleh menggunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.



Nutrisi kecantikan bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

Marine Collagen (Kolagen Marin)
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
  • Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir


Silk Peptide (Peptida Sutera)
  • Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit


Acai Berry & Vitamin C
  • Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit

Tambah menarik AM boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran AM kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300 Darjah Celcius.

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen diformulasikan oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre dan dikilangkan oleh pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan dengan MesTI, berstatus BioNexus dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama.

1 Bekas (450 g)
Pek 30 hari
RM 98.10
1 kotak ( 7 paket x 15 g)
Pek 1 minggu
RM 29.60

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia  dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.



KATA ALONG MURNI

AM SANGAT MENYUKAI RASA BUAH ACAI BERI YANG TERKANDUNG DALAM MINUMAN KOLAGEN SAFI FAIR BEAUTY. 
SETIAP MALAM AM MINUM DAN TERASA YAKIN BILA BANGUN DARI TIDUR. 
TAK PAYAH LAGI NAK CUCUK VITAMIN C BAGAI TAU.. 
SEBAB DALAM MINUMAN KOLAGEN SAFI FAIR BEAUTY INI DAH ADA KANDUNGAN VITAMIN C DAN KOLAGEN. YEAYYYYY!!


Monday, 12 November 2018

JATUH HATI PADA PERCUBAAN PERTAMA: PRODUK JOLIE – SHIMMER SHINE CUSHION


JATUH HATI PADA PERCUBAAN PERTAMA: 
PRODUK JOLIE – SHIMMER SHINE CUSHION


Baru-baru nie AlongMurni (AM) dikenalkan dengan satu produk kecantikan oleh sahabat yang comel gituuu iaitu Cik Puan ‘K’.. Yelahh.. tengak dia selalu flawless dan lawa gitu mesti la nak cuba jadi comel cam dia kan?? Walaupun anak dah besar panjang, tapi wajah meletopp wooo..

Bagi yang mengenali AM mesti tahu yang AM nie seorang lasak dan mempunyai masalah kulit kering. Nak nak sekarang air cond kat pejabat AM bekerja sekarang betul-betul dihalakan ke muka AM.. Mesti la AM orang yang paling risau dengan masalah kulit muka AM. Mana taknya, pepagi bukan main lagi ceria muka nie dah nak petang-petang abis bercapuk muka kesan foundation dengan bedak alas yang AM pakai sebelum ini.

Jadi bila Cik Puan ‘K’ nak membantu AM yang sering merungut masalah kulit kering ini, memang macam Bulan jatuh Ke Riba la kan?? Hehehehe.. Tetiba rasa nak berpantun pula..

Cik Puan ‘K’ wajah Berseri,
AM pula rasa Iri Hati,
Produk Jolie Nama Diberi,
Tampil Seri Bak Bidadari.

Jujur AM katakana bila sekali je cuba, terus AM jatuh hati. Nak tau sebab apa?? Senang tau nak pakai Produk Jolie ini. Cuma tempek-tempek kat muka dah ok.. AM rasa yakin dan puas hati bila tengok masalah kulit AM dah tak ada tau AM bila cuba product Jolie ini.




Produk Jolie ini merupakan bedak premium berkualiti keluaran Malaysia yang telah dipasarkan semenjak bulan September 2018. Bedak Cushion Jolie adalah setanding dengan bedak wajah antarabangsa yang ada di pasaran. AM rasa produk Jolie yang ringkas dan mudah ini mampu bersaing di pasaran kecantikan di Malaysia.

Shimmer Shine Cushion ini mempunyai formulasi istimewa yang mengandungi Vitamin C dan SPF35+ yang mampu melindungi kulit dari Sinar UV yang merbahaya. Kalau nak tahu, Cushion adalah sejenis produk “coverage” dalam bentuk compak yang menggabungkan powder dan liquid foundation.



Ada dua  warna, iaitu CREAM untuk kulit putih atau cerah. Manakala CARAMEL untuk kulit sawo matang atau hitam manis. Semestinya AM memilih Jolie jenis Caramel sebab AM kan jenis kulit hitam manis..

Nak tahu tak kenapa AM terpaut dan jatuh hati dengan produk Jolie ini?
  • mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan wajah AM lebih muda bermaya dengan glowing secara semulajadi setiap kali pengunaan bedak Jolie.
  • Pemakaian yang nipis sahaja
  • Mampu menutupi kecelaan kulit wajah dan tona tidak sekata
  • Tekstur yang ringan pada kulit wajah dan tidak berminyak
  • Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung dan baju sekiranya sesi peluk-peluk laga pipi Bersama teman-teman
  • Mudah dipakai, hanya 2 minit untuk bersiap
  • Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk
  • Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori di wajah dengan pengunaan berterusan
  • Tidak membuat kulit kusam dan berkerak dengan bahan-bahan premium berkualiti tinggi dalam penghasilan Jolie
  • Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari Jolie
  • Dijamin HALAL dengan kelulusan KKM.

AM kongsikan juga wajah AM sebelum menggunakan Produk Jolie dan Selepas menggunakan Jolie yea.. 

Sebelum menggunakan Jolie - Kulit AM nampak kusam dan ada macam bintik-bintik halus

Selepas menggunakan Jolie - Muka penuh senyum wooo!! warna tona kulit sekata dan kelembapan kulit jelas nyata

Tambah menarik lagi, walaupun AM melakukan aktiviti lasak dan berpeluh di luar, muka AM masih segar dan kekal menarik!! Baru AM rasa yakin nak bergerak dan melakukan sebarang aktiviti!! Cayalah Jolie!!


 Sebarang tempahan boleh email kan ke
joliebeauty.hq@gmail.com
www.facebook.com/joliebeauteproducts
www.instagram.com/jolie_beaute

Harga biasa RM75 dan untuk masa yang terhad ini boleh didapati dengan harga promosi 2 pcs Jolie hanya RM100 sahaja.. Diulang HANYAAA RM 100 UNTUK 2 PCS JOLIE!!!

KATA ALONG MURNI

SEKARANG KALAU NAK CANTIK BOLEH MENJIMATKAN MASA DAN WANG. 
HANYA PRODUK JOLIE JADI PENEMAN DAN PILIHAN. 
MASALAH KULIT KERING AM BERJAYA DIATASI DENGAN PRODUK JOLIE!! 
AM SUKA SANGAT!! MEMANG TERBAIK DAN BERBALOI UNTUK MEMILIKI PRODUK JOLIE INI!!

Thursday, 8 November 2018

TONY ROMA'S KEMBALI DENGAN MENU BERASASKAN PRODUK TEMPATAN DENGAN KERJASAMA FAMA


TONY ROMA'S KEMBALI DENGAN MENU 
BERASASKAN PRODUK TEMPATAN HASIL KERJASAMA FAMA


AM dan kambing!! kalau dah hantu makan kambing tue mmg tak dapat dielakkan.

Pada yang dah lama mengenali AlongMurni (AM) pasti sudah maklum yang AM sangat meminati dan menggemari makanan western terutamanya menu Kambing. Baru-baru ini AM berkesempatan untuk hadir ke Tony Romas yang terletak di Sunway Piramid sepena ulang tahun ke 12.




Majlis bagi memperkenalkan 3 menu terbaru ini telah disempurnakan oleh Dato’ Nazipah Jamaludin iaitu Ketua Pengarah Operasi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Sempena ulang tahun ke 12,Tony Romas telah mengolah menu sebagai salah satu tanda sokongan mempromosikan industri pertanian tempatan dan menggunakan produk yang diperoleh dari petani tempatan dengan kerjasamasa pihak FAMA.

"Kami berharap rakyat Malaysia akan dibawa ke menu baru ini yang mempunyai bahan-bahan tempatan, mewujudkan rasa unik di Malaysia yang kita cintai. Pada masa yang sama, inisiatif baru ini juga semakin meningkat hingga ke citarasa antarabangsa” ujar Dato Nazipah

Mesti ramai pembaca setia AM nak tahu 3 menu penambahan di Tony Roma's yang diolah menggunakan bahan-bahan asli tempatan kan??

Jomm, kita terjah 3 menu menarik ini.

Ribeye with Green Chili Sauce


Kombinasi Ribeye bersama Cili Hijau yang dipetik segar dari Cameron Highland ini memang ada 'kick' dan sangat membuka selera. Rasa Cili Hijau ini tidak terlalu pedas malah enak dimakan bersama Ribeye. Memang terbaik wooo.. Harganya cuma RM 85.90. sangat berpatutan dengan portion saiz dan kualiti Ribeye yang digunakan. Memang puas hati.

Half BBQ Chicken with Aromatic Ginger Sauce


Bila AM merasai lalu je menu Half BBQ Chicken dengan aroma halia ini dah cukup untuk mengundang selera AM.. AM siap boleh makan dan kunyah Halianya.. Rasa rangup tau!! Rupanya dalam menu ini Halia Bentong digunakan dalam hidangan!! Patutla sedap!! Halia Bentong ini banyak khasiatnya tau!! Kalau nak menu yang sihat dan menyegarkan AM sarankan untuk mencuba menu ;Half BBQ Chicken with Aromatic Ginger Sauce' ini. Harganya cuma RM 39.90. Murah kan?? tapi portion ayam nya mmg banyak tau!! Siap leh kongsi dua orang lagi.

Grilled Lamb with Pineapple Sauce and Salsa


Haaaa.. ini menu yang dinantikan AM!! 'Grilled Lamb dengan Sos Nanan dan salsa. tak sabar AM nak mencuba tau masa nie. yelah peminat menu kambing kan!! tapi serius kombinasi nanas segar dan salsa memang sedap dimakan bersama Kambing Grill ini.. Nak nak AM dapat bahagian Shoulder!! memang menjilat jari la dibuatnya.. Rasa kemanisan daging kambing dan salsa!!! Menu yang wajib dicuba tau!! Menu yang AM sarankan untuk dicuba ini berharga RM 89.90. wajib dicuba dengan rasa yang enak, daging kambing yang berkualiti dan portionnya banyak tau!! Puas makan.. 



Jom ke Tony Romas dan boleh layari website untuk keterangan lanjut.
www.tonyromas.com.my .. terbaik dan kualiti setiap menu-menu di Tony Roma's. Jomm kita ke Tony Roma's!!


#JomTonyRomas #TonyRomas12Anniv

KATA ALONG MURNI.


AM ENJOY SANGAT MENCUBA MENU-MENU MENARIK DAN 
TERBAIK DARI TONY ROMA'S. MEMANG SEDAP DENGAN 
BAHAN-BAHAN YANG BERKUALITI DAN PALING PENTING AM PUAS MAKAN SEBAB PORTION SETIAP MENU BANYAK. AM RANCANG NAK BAWA ADIK AM CUBA MAKAN DI TONY ROMAS HUJUNG MGGU INI.
 JOMM SAPER NAK FOLLOW IKUT AM SEKALI?? KITA TERJAH TONY ROMA'S!!


Monday, 5 November 2018

TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON


TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA 
BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON


AlongMurni (AM) sangat meminati teater sejak di bangku sekolah lagi. Mana taknya, bagi AM seseorang yang melakonkan watak teater lebih mencabar daripada drama dan filem yang sering ditonton di TV mahupun Panggung Wayang. Bayangkan tahap fokus dan kreativiti semasa melakonkan watak di teater perlu tinggi tau!! Kalau tersalah langkah atau tersalah dialog harus bijak mengatasinya tau!! Segalanya dilakonkan secara langsung tanpa ada ‘Cut’ or ‘Edit’. Jadi kalau ada peluang menonton Teater memang AM takkan lepaskan peluang.

AM sempat bergambar dengan Pat Ibrahim -Karyawan Seni
dan Beliau menjadi tulang belakang kepada PIPE


Baru-baru ini AM  berkesempatan ke Matic bagi menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana. Teater ini merupakan salah satu kompenan di dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan. JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan.

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) bagi memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) ini telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.


Malah tulang belakang Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana adalah berdasarkan dari kisah halaman di Tuhfat AL Nafis iaitu ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Walaupun AM dah hafal jalan cerita ini namun keinginan untuk menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana sangat tinggi tau!! Pementasan Teater Dendam Laksamana ini diambil dari inspirasi Skrip Shaharom.

gelagat Penglipur Lara yang berjaya mencuit hati AM 
Pembesar yang tamak aloba dan iri hati pada Laksamana

Adegan antara Laksamana dan Dang Anum

Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini dimulakan dengan alunan muzik indah dan klasik daripada Kumpulan Bimbingan Muzik Saiful Ridzuan (Duan) dan diserikan dengan gelagat dan telatah Penglipur Lara (Shahrul Mizad) yang begitu mencuit hati. Gamat dewan dengan ketawa dari penonton melihat pada gelagat Penglipur Lara ini.

Dang Anum mengidam dan memohon seulas buah nangka milik Sultan 
Bendahara turut gusar dengan apa yang akan berlaku
pertembungan berdepan antara Laksamana dan pembesar Seri Wijaya
Sultan ditikam Laksamana lantaran kerana amarah Dang Anum dan anaknya dibunuh Sultan

Susunan indah setiap bait-bait kata begitu memukau AM. Ada adegan romantis, komedi, sedih dan terharu dan ada adegan yang betul-betul membangkitkan kemarahan AM tau. Begitu terkesan dengan cara lakonan setiap pelakon teater membawakan watak masing-masing sehingga AM turut sama berasa geram dan marah dengan watak yang dibawakan.

AM masing terbayang betapa indah ayat-ayat yang diutarakan antara Laksamana dan Dang Anum. Begitu tinggi bahasa dan indah corak kemelayuan yang disampaikan dalam Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini.

alunan muzik Indah dan nyanyian dari Dang Anum dan Laksamana


Wan Anum :
Angin senja berkias cerita
Bersyair janji-janji setia
Anugerah kelahiran tandanya cinta
Berkorban buatmu nikmat bahagia

Laksamana :
Sepasang serindit atas jendela
Suaranya riang berkicau bersama
Semangat adinda azimat kekanda
Supaya aman tanah lahir kita


AM tak nak cerita lebih pasal Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini sebab AM nak semua pembaca setia AM datang sendiri ke Matic dan menonton karya Agung Teater Bangsawan Dendam Laksaman. Penuh dengan mesej-mesej penting dan informasi. AM kasi 9/10 Bintang. AM ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga produksi Teater Bangsawan Dendam Laksamana dan PIPE atas penghasilan sebuah teater yang sangat bagus dan memukau dengan lakonan, susunan muzik dan bait-bait indah.

Antara tenaga produksi dan Agensi yang turut membantu menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Ternyata gabungan bakat lama dan baru telah berjaya menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana  antaranya adalah Saudara Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.

KATA ALONGMURNI

TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA INI BENAR-BENAR 
MEMUKAU HATI AM DAN MENYENTUH SANUBARI AM DENGAN
 LAKONAN YANG SANGAT BERKESAN, SUSUNAN MUZIK YANG INDAH 
DAN PENGISIAN DIALOG YANG BEGITU DEKAT DENGAN HATI PENONTON. SYABAS AM UCAPKAN KEPADA 
TENAGA PRODUKSI PAT IBRAHIM PROJECT ENTERTAINMENT (PIPE) 
DAN SELURUH PRODUKSI DAN AGENSI YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA.