SAHABAT MEDIA-MMSOS DI GUA DAMAI EXTREME PARK : PENUH KETERUJAAN DAN AKTIVITI LASAK


SAHABAT MEDIA-MMSOS DI GUA DAMAI EXTREME PARK 
: PENUH KETERUJAAN DAN AKTIVITI LASAK


Pada 24 November 2018 yang lalu, AlongMurni (AM) telah mengikuti program ‘Sahabat Media MMSOS’ di Gua Damai Extreme Park anjuran MM Synergy Sdn Bhd. Rupanya Gua Damai Extreme Park ini terletak betul-betul di belakang rumah AM sahaja. AM baru menetap di Kawasan Batu Caves ini kira-kira 4 bulan yang lalu. Jadi, tak sempat lagi nak jelajah tempat-tempat yang menarik di Kawasan tempat sendiri.

Sedikit info menarik yang AM ingin kongsikan mengenai Gua Damai ini.
Gua Damai betul-betul bersebelahan dengan bukit besar Batu Caves iaitu terletak di bahagian utara bukit berkenaan. Berkeluasan kira-kira dua hektar, Gua Damai mempunyai lima gua iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree.

Gua Damai Extreme Park menyediakan banyak pakej pilihan sesuai dengan keinginan dan minat pelanggan. Antaranya ialah sukan mendaki, abseiling, memanjat pokok dan memasuki gua. Aktiviti abseiling dilakukan dari dinding batu dengan ketinggian 25m sehingga 90m. Aktiviti memasuki gua pula mempunyai 150 laluan dengan pembentukan batu kapur di gua ini berusia kira-kira 60 juta.
Haaaa.. mesti dah agak kan apa aktiviti yang akan AM lakukan. Memang best tau!!

Seminggu yang lalu lagi AM dah rasa teruja nak mencuba aktiviti yang disediakan. Siap sedia jogging kawasan sekeliling rumah untuk mengelakkan insiden ‘pancit’ jadi berlaku.

Apabila tiba di Gua Damai, pihak MM Synergy Sdn Bhd telah menyediakan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi. Pergghh.. sedap tau rasa nasi lemaknya.. seharum semerbak. Sempat juga AM bantai makan nasi lemak. Ada yang dari rakan AM sempat balun 3 bungkus nasi lemak. Dan setiap peserta dapat T-Shirt MMSOS tau!!




Acara pagi itu dimulakan dengan pengenalan mengenai Aplikasi MMSOS oleh pihak penganjur iaitu MM Synergy Sdn Bhd. Aplikasi MMSOS ini AM telah ceritakan sebelum ini di blog AM. Boleh rujuk link ini. Aplikasi MMSOS

Mr K.L Lim iaitu pengasas kepada Butang Panik yang viral beberapa bulan ini dan banyak membantu dalam Program CSR memberi taklimat berkaitan program Sahabat Media-MMSOS di Gua Damai Extreme Park.

Mr K.L Lim Pengasas 'Panis Button-MMSOS'


Sebelum memulakan aktiviti pendakian En Mazlin iaitu wakil dari Gua Damai memberi penerangan tentang keselamatan dan cara-cara menggunakan dan memakai alatan untuk tujuan pendakian.

team Gua Damai 

En Mazlin Memberi penerangan tentang keselamatan

En Mazlin mengajar cara-cara memakai alatan keselamatan


khusyuk setiap peserta mendengar taklimat dan penerangan dari En Mazlin

Jom.. AM dah siap sedia dengan alatan dan tali untuk mendaki dan ready nak jelajah Gua Damai.. 



Semua peserta telah bersiap sedia dan team AM mulakan dengan menjelajah Gua Fig Tree dahulu. 


Pintu masuk Gua Fig Tree


Semasa mendaki banyak yang AM pelajari dari Team Leader Gua Damai. Laluan mendaki agak mencabar dan berbatu -batu. Tapi alhamdulillah berjaya ditempuhi berkat sokongan dan galakan dari rakan-rakan. Di pertengahan dakian tersebut, jujur AM katakan.. AM hampir pancit woo.. Dalam Gua Fig Tree tersebut ada Gua Langsir dan Gua Batik. Ketiga-tiga gua tersebut punyai keunikan dan keaslian tersendiri. Kena datang sendiri dan rasai baru best!! Kemudiannya team kami merentas di kawasan hutan yang penuh dgn cabaran tidak kurang hebatnya!!

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Lensa Kamera Official Photographer MMSOS. Penuh aneka ragam, gelak tawa dan cabaran. 

AM bergambar di Gua Langsir





aduhaii!! ada yang jatuh sempat senyum lagi..






ragam AM takut jatuh siap sempat peluk tiang lagi.. hehehehe

best mendaki camni.

AM bergambar di Gua Batik
aktiviti rock climbing


Memang best dan meninggalkan seribu kenangan manis buat AM. Berminat untuk melalui aktiviti seperti AM?? boleh datang ke alamat tertera atau waze aje 'Gua Damai Extreme Park'. confirm sampai!!

Alamat: Kampung Melayu Wira Damai Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM70 (Fun Climbing), RM150 (Basic Rock Climbing), RM150 (Gua Damai Extreme), RM70 (Basic Tree Climbing), RM250 (Personnel Climbing Guide)



KATA ALONGMURNI

BANYAK YANG AM PELAJARI DARI AKTIVITI PENDAKIAN YANG 
DIANJURKAN SEPANJANG PROGRAM 'SAHABAT MEDIA-MMSOS'. 
MEMANG PENUH DENGAN AKTIVITI YANG MENGUJAKAN DAN PENUH CABARAN. INSYAALLAH, AM MEMANG NAK DATANG LAGI 
BERSAMA-SAMA RAKAN YANG LAIN. SYABAS DAN SEKALUNG TAHNIAH ATAS PENGANJURAN KEPADA PIHAK MM SYNERGY SDN BHD






Post a Comment

0 Comments