AM TERINSPIRASI OLEH 'PERSONAL BRANDING 247'

AM TERINSPIRASI OLEH 'PERSONAL BRANDING 247'

MENTOR PERSONAL BRANDING

Pada 16 Mei 2017 Along Murni berpeluang untuk mendekati seorang pengarang buku yang sedang meningkat naik melalui penulisannya. Beliau adalah Andrew Chow, pengarang Personal Branding 247.
PERSONAL BRANDING 247

Dari kaca mata AM, Andrew Chow merupakan seorang yang berpandangan jauh, berdaya saing, berpengetahuan luas dan senang didekati.

Sebagai penceramah global, Andrew telah menjalankan ceramah di lebih daripada 15 buah negara dan telah disenaraikan Top 10 Speaker yang Paling Berpengaruh di Singapura pada tahun 2013 oleh Business Review Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Penceramah Asia Profesional Singapura dan telah dianugerahkan ‘Coveted Spirit’ Anugerah Perkhidmatan oleh APSS. Topik ceramah beliau meliputi topik yang terdiri daripada penjenamaan peribadi, pemasaran digital dan Enneagram profil untuk perhubungan awam.


Pengembaraan beliau yang sangat memberi inspirasi terlibat dalam mengumpulkan dana bagi penggambaran Fotografi secara Solo dalam Pameran Seni Fotografi. Beliau juga menjadi sukarelawan bagi program tempatan iaitu ‘Teen Challenge’.

FULL OF INSPIRATION


Hasil dari pengamatan AM, Buku ‘Personal Branding 247’ ini mempunyai kaedah tentang cara bagaimana untuk menarik perhatian ramai melalui cara berpakaian dan tingkahlaku. Kedua-dua elemen ini sangat berkait rapat memandangkan ia menentukan persepsi orang lain tentang kita.

Buku ini ditulis dengan jelas untuk usahawan dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapat pengiktirafan sebagai pakar dalam bidang masing-masing, membina reputasi dan kredibiliti mereka untuk memajukan kerjaya mereka.

Jadi AM sarankan kepada semua yang sering mengikuti perkembangan AM untuk memiliki buku ‘Personal Branding 247’ kerana banyak yang dapat anda pelajari dan ketahui daripada buku ini. AM sangat terkesan dan terinspirasi setelah membaca buku “Personal Branding’ dari Andrew Chow ini kerana ia mengenai ANDA, SAYA, dan KITA semua.




KATA ALONGMURNI

SELAMAT MEMBACA DAN JANGAN LUPA
 PRAKTIKKAN SETIAP YANG DIBACA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. AM SANGAT TERINSPIRASI SELEPAS BERTEMU SECARA BERDEPAN DENGAN ANDREW CHOW. AM TERASA AURA POSITIF YANG INGINKAN KEJAYAAN DAN DAHAGAKAN SEMANGAT YANG TINGGI DALAM DIRI SENDIRI. TERIMA KASIH ANDREW CHOW ATAS PENGALAMAN BERHARGA DAN NASIHAT YANG SANGAT IKHLAS DAN JUJUR




BE UNIQUE

Post a Comment

0 Comments