Bersama Dettol: MISI KEBERSIHAN

PROGRAM SEKOLAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK 
TENTANG TABIAT KEBERSIHAN BAGI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK

Jenama anti-bakteria No. 1 di Malaysia*, Dettol bersama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan program ‘Misi Kebersihan’ sekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam pada 28 April 2017 yang lalu. 


Turut hadir pada majlis perasmian program tersebut adalah Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran bagi Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, yang mengeluarkan dan memasarkan produk-produk Dettol di kedua-dua buah negara ini. Katanya: “Sebagai sebuah jenama kebersihan global yang utama, Dettol berbesar hati dapat menghasilkan pelbagai produk anti-bakteria inovatif yang menjadi pilihan utama bagi para ibu di seluruh dunia, untuk membantunya melindungi keluarga daripada kuman yang berbahaya. Kami memahami bahawa tahap kebersihan yang memuaskan boleh meningkatkan kesihatan individu dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah amat penting untuk Dettol mengutamakan pendidikan kebersihan tangan dari kecil lagi.”


Dettol memahami bahawa kawasan sekolah yang bersih dan bebas kuman amat penting kepada murid-murid untuk memberikan persekitaran pembelajaran yang bagus. Tahun ini, sekolah-sekolah rendah yang terlibat digalakkan untuk menjalankan beberapa sesi ‘Gotong Royong’ untuk memastikan kebersihan tandas. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan ‘Gotong Royong’ akan menghantar gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’  tandas mereka. Mereka juga perlu melukis mural dengan logo Dettol pada dinding di hadapan tandas sekolah mereka yang bertema ‘Misi Kebersihan’ Dettol: Kebersihan merupakan tunggak utama kesihatan yang akan menjadi peringatan kepada murid-murid sekolah untuk mencuci tangan mereka.


Di majlis perasmian tersebut, YB Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan, menekankan kepentingan kebersihan di sekolah serta peranan murid-murid dalam memastikan kejayaan ‘Misi Kebersihan’ Dettol. “Kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah boleh mempengaruhi kadar kehadiran dan pencapaian murid-murid. Oleh itu, ia adalah amat penting bagi sekolah memastikan kebersihan supaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar.


“Ia adalah amat penting untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik di sekolah untuk mengelakkan mikroorganisma yang bahaya daripada merebak di sekeliling. Selain daripada usaha berterusan daripada pentadbiran sekolah dan penjaga bangunan kami yang rajin, murid-murid kita juga mesti belajar untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjaga persekitaran sekolah yang bersih dan sihat. Daripada usia muda, kita perlu memupuk tabiat kebersihan diri, dan membimbing mereka ke arah mengambil inisiatif untuk membasuh tangan sebelum makan, pam selepas menggunakan tandas, membantu membersihkan bilik darjah, mengutip sampah di kawasan umum, dan sebagainya. Usaha-usaha kecil ini akan membawa perubahan yang besar dalam pencegahan penyebaran kuman, supaya sekolah dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan sihat bagi menggalakkan murid-murid untuk belajar demi masa depan mereka,” sambung YB Dato' P. Kamalanathan.






 



Kebersihan yang baik, kesihatan yang baik. Dengan tema ini, Dettol berharap agar semua orang dapat bersatu menerusi program ‘Misi Kebersihan’ dan memainkan peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, sihat dan selamat bagi generasi muda kita.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dettol, sila layari www.dettol.com.my.

ALONGMURNI : Guru-guru dan Agensi berkaitan berusaha mewujudkan program-program dalam mendidik anak-anak dalam Misi Kebersihan ini. Bagaimana pula anda sebagai ibu bapa di rumah? Ibu bapa sepatutnya menjadi 'role model' untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Peribahasa ada menyatakan 'Getah daun akan mengalir ke batang jua' menunjukkan anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Jadi, marilah bersama-sama membantu mengekalkan Misi Kebersihan dan melaksanakannya samada di sekolah mahupun dirumah. 




Post a Comment

0 Comments