Sumbangan 60,000 pasang baju raya untuk penduduk Tanah Merah



USAHASAMA ANTARA JAKEL DAN AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI MEMBEKALKAN 60,000 PASANG BAJU RAYA KEPADA PENDUDUK TANAH MERAH





Raya bakal menjelma. Ramailah masyarakat terutamanya orang-orang ternama, tokoh-tokoh korporat, celebriti dan orang awam berpusu-pusu untuk sama-sama mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan dengan menderma dan memberi sumbangan bagi yang memerlukan. Hal ini tidak ketinggalan, Adun Tanah Merah iaitu YB Dato’Haji  Ikmal Hisham untuk sama-sama menyumbang 60,000 pasang baju raya kepada semua pengundi Tanah Merah yang berdaftar sehingga Mac 2017. Pada tahun-tahun sebelumnya hanya golongan tertentu seperti PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan golongan fakir miskin yang memerlukan. Pengagihan sumbangan ini diberikan tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.



Sumbangan 60,000 pasang baju raya ini mendapat kerjasama dan dibekalkan oleh [ihak JAKEL. Melompat riang la para pengundi tanah merah kerana jenama pakaian dari JAKEL memang telah terbukti berkualiti dari segi rekaan dan cukup terkenal di Malaysia.
Menurut YB Dato’Haji Ikmal Hisham , yang merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah, selain memyumbang makanan dan keperluan harian lain, diharapkan sumbangan 60,000 pasang baju raya ini dapat menggembirakan masyarakat di Tanah merah untuk menyambut Aildilfitri yang bakal menjelma nanti.

Pengagihan baju raya dibahagikan mengikut saiz, warna dan kumpulan penerima.
  • §     Wanita Melayu - Baju Kurung
  • §     Lelaki Melayu - Baju Melayu
  • §     Wanita bukan melayu - Kain pasang
  • §     Lelaki bukan melayu - baju kemeja






JAKEL pada tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabric yang amat berkualiti tinggi. Antara duta JAKEL yang merupakan celebriti terkenal adalah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta dua ikon kempen iaitu Janna Nick Dan Rozita Che Wan.

Post a Comment

0 Comments