KENANGAN D RESTORAN NELAYAN




Telah lama Along Murni (AM) cari baru kini AM temui sejak tahun 2010.  Rupa-rupanya lokasi Restoran Nelayan Titiwangsa di Kuala Lumpur telah berpindah lokasi. Restoran ini lebih dikenali dengan Lagenda Stemboat di Kuala Lumpur yang mengusahakan Restoran Terapung pertama di Malaysia.



Restoran ini telah berpindah di Batu 8 ¾ Gombak pada tahun 2011 yang diberi nama baru iaitu Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. AM dapat lihat Restoran Nelayan ini masih mengekalkan Konsep Buffet Steamboat. Malahan ditambah dengan Stemboat & Grill, masakan ikan bakar dan Ala-Carte atas permintaan pelanggan.






Kalian boleh berbuka puasa di sini dengan harga buffet yang murah iaitu RM49.90 dengan lebih daripada 100 menu. Antaranya menu istimewa yang menjadi kegemaran Am adalah:

1. Steamboat dan Grill
2. Daging Salai Masak Lemak
3. Daging Gulai Kawah Tanjung
4. dan beberapa menu menarik yang boleh dilihat di sini.










Bagi penngemar Roti Jala, di sini menyajikan hidangan yang betul-betul Wowww.. Hehehehe.. Roti Jala Hipster yang menggunakan ‘Majic Flour’.





Tapi yang paling membuatkan AM teruja adalah kehadiran daripada Abg Baggio dan Kak Rozita yang turut sama hadir memeriahkan Buffet Ramadhan Kali ini. Abg Baggio sempat gak menyanyi lagu ‘Umpama mimpi dalam Mimpi’ memang layan abis.




Untuk tempahan tempat, pakej-pakej lain yang terdapat di sini, boleh layari www.restorannelayan-gombak.com atau tel: 013-2967228/012-3754982


AM: ada beberapa gambar di dalam adalah perkongsian dari Reef www.thisisreef.com. Terima kasih 














Post a Comment

0 Comments