KISAH ALONG MURNI (AM), MORROCO & HAMMAM

ALKISAH AM, MORROCO & HAMMAM


Sungguh jauh AM teroka,
Morroco tempat syurga sang Puteri,
Terukir Indah di Hammam Spa,
Dilayan bagai seorang Puteri.

Begitulah yang dapat AM gambarkan apabila menjejakkan kaki di Hammam SPA Publika, Solaris. Dengan rekaan landskap yang indah serta membuatkan AM serasa berada di Morroco. Hammam merupakan konsep 'Arabic Bath-House Culture' yang telah bermula seawal abad ke 13 Turki Empayar Uthmaniyyah.

HAMMAM SPA
AM & MR ADAM DEMNATI


Tuan punya Hammam SPA iaitu Mr Adam Demnati berkongsi serba sedikit tentang sejarah Hammam.
Beliau berkata, Hammam yang pertama di Asia Tenggara di buka di Malaysia pada tahun 2005 iaitu di Bangsar. Ia lebih kepada versi tradisional Maghribi , lengkap dengan karyaartisan tangan Maghribi yang boleh dilihat pada ukiran pintu kayu aras, mosaik yang agak kompleks, lampu tembaga, dan mata air Zelig. Tambahan pula Hammam menggunakan kaedah Terapi Maghribi dan rawatan SPA dengan resepi kecantikan tradisional. Hammam kedua dibuka di Publika Mall pada awal tahun 2013. Itu serba sedikit info pasal Hammam nie..


Mula-mula AM dibawa ke bilik persalinan untuk menukar baju. Segalanya telah tersedia rapi di sini. Malahan segala barang peribadi AM dikunci secara rahsia di Loker. Hanya AM sahaja yang boleh membuka pin Kod yang terdapat pada Loker tersebut. Selamat kan???


Di sinilah detik di mana AM dilayan umpama seorang Puteri. AM dimandikan, diurut, dibersihkan pada bahagian-bahagian yang kadangkala sukar untuk dicapai.. WOOOWWW!!! Tambahan pula, tempat perbaringan AM ini secara tidak langsung mengwapkan badan. alaa.. macam dalam sauna tue.. Selesai sahaja AM dimandikan dan dibersihkan, AM diurut dari kepala ke kaki.. Memang buat badan AM rasa relaks dan tenang. Selepas 45 minit diurut, AM rasa badan kembali segar dan bertenaga.





Kalian semua kena datang ke sini merasai sendiri bagaimana dibelai dan dimanja laksana Puteri. JOOmmm!! ramai-ramai serbu Hammam SPA..

Hammam SPA dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) bermula jam 10 pagi - 10.30 malam.

Lokasi Hammam SPA di Publika
Level 4G, Publika Shopping Gallery Mont Kiara, Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 0881

Lokasi Hammam SPA di Bangsar
3F7 & 3F8 Bangsar Village 2, Kuala Lumpur
Tel: 03-2282 2180

dan ikuti perkembangan Hammam SPA di
FB: HAMMAM SPAS
IG: @hammamspas






.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ingat Murni betul2 kat Morroco da tadi...btw interior design dia nice jugak...

    ReplyDelete