Thursday, 1 June 2017

MAKANAN KEGEMARAN AM - PATIN TEMPOYAK -







BERITA BAIK !!!!! Buat yang seangkatan dengan Along Murni (AM), penngemar ikan patin. Perghhh.. bila sebut ikan patin jer mesti terbayangkan Patin Masak Tempoyak. AM paling suka bahagian ikan patin yang tang kepala tue.. meletoopp abis.. Dek kerana memang gilakan ikan Patin, AM pun jengok dan singgah di Restoran Patin Tempoyak, Kg Baru. Restoran ini dahulunya lebih dikenali Samudra Exotic River Fish Restaurant. Yang paling mengujakan AM, restoran ini menyajikan hampir keseluruhan menunya bertemakan Ikan Sungai. 

KEGEMARAN

AM makan dengan penuh selera sekali. Dengan kuah yang pekat dan rasa Ikan Patin yang segar memang membuatkan AM hirup abis licin kuahnya.. Walaaaaaaweii!! Sedap & korang semua kena cuba. Ada juga menu-menu yang lain.




Haaa.. nia ada ikan pekasam goreng.. Memang sedap.. Kegemaran kami adik beradik. Kalu Adik AM ada sekali confirm bertambah nasi. Makan nasi panas-panas dengan ikan pekasam nie.. Terbaikkkk!!! Korang boleh tengok dari gambar yang dapat dilihat. Semua gambar ini hasil perkongsian Adik Eyza www.eyzamiel.com












Restoran ini diusahakan oleh Anak Pak Hamzah, geng adik beradik iaitu En Kamarul Ariffin, En Hishammuddin dan Puan Hamizatun. Masakan turun temurun dari Temerloh,Pahang. Penuh dengan keaslian resipi masakan.

HARGA BUFFET RAMADHAN:

DEWASA: RM 65 NETT
KANAK-KANAK: RM30 NETT

Untuk tempahan boleh hubungi : 018-2916250 (call), 019-6116933 (whatsapp)

JOM MAKAN SAMPAI PUASSS..YUUUUMYYYYYYY!!!! 



No comments: