Tuesday, 13 June 2017

PENGEMBARAAN AM KE TANAH AINA FARRAH SORAYA

PENGEMBARAAN AM KE TANAH AINA FARRAH SORAYA


Pada 24 Mei 2017 yang lalu, AM menerima jemputan media bagi Program Bersama Media di Tanah Aina Farrah Soraya, Raub, Pahang. Program Bersama Media ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Program tersebut diadakan sempena Majlis Pelancaran Kriteria Terbaru Penarafan Premis Penginapan Pelancong Bertaraf Bintang.

MOTAC
 
AM pergi bersama rakan Media & rakan blogger lain menaiki bas. Memang meriah dan seronok sebab AM dapat kenal rakan baru. AM duduk bersebelahan dengan Kak Arfah yang merupakan wakil Media dari Destinasi Malaysia. Orangnya peramah dan kami bertukar-tukar pandangan dan bercerita tentang ragam pengalaman masing-masing.


Kami berhenti makan dan rehat di Lemang To'ki di Daerah Bentong sebelum sampai ke destinasi. Yang menarik di sini adalah ayam dan ikan bakar, Lemangnya yang lemak-lemak manis dan ABC yang menggamit selera. Harga di sini berpatutan dan makanan memang banyak pilihan serta menarik. Kalau ada rakan-rakan yang ingin ke Pahang, jemputlah singgah di Lemang To'ki yea...
 
BENTONG

BENTONG

IKAN BAKAR


menanti ikan bakar


ABC
ABC pilihan AM


Akhirnya AM tiba di Tanah Aina Farrah Soraya. Kami beramai-ramai menaiki kenderaan rasmi yang disediakan oleh pihak Tanah Aina Farrah Soraya iaitu Truck Lori. Memang best naik beramai-ramai sambil menikmati kehijauan dan kedamaian kawasan sekeliling.

EKO RESORT




Tak dapat AM gambarkan bagaimana cantik dan terpeliharanya kehijauan Tanah Aina nie.. Korang semua kena datang & rasainya sendiri. Akhirnya AM tiba di destinasi yang dituju.. AM rasa sangat WOWWW dan ucapan tahniah nie AM ucapkan buat pemilik Tanah Aina Farrah Soraya iaitu Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil kerana kecekalan mengekalkan kehijauan, kedamaian dan betul-betul AM rasa 'BACK TO NATURE'.

BACK TO NATURE

Di sini, AM dapat kongsikan betapa cantiknya tempat nie.. Bagi yang ingin suasana tenang, jauh dari kesibukan kota dan bebanan kerja, TANAH AINA FARRAH SORAYA merupakan EKO RESORT yang wajib dikunjungi bersama keluarga dan sahabat handai bagi mencipta seribu kenangan terindah di sini.












kejernihan air sungai sehingga dapat melihat ikan kelah berenang riang



Memang cantik kan?? Di tambah dengan kemudahan tempat yang begitu esklusif, terkini dan menarik. Jomm bawa keluarga dan sahabat bercuti di sini. Makanan di sini juga segar, menarik, sedap dan mengikut kehendak dan citarasa pengunjung. Antaranya yang menjadi tarikan di mata AM adalah...







Tengok keadaan tempat pun sudah, makanan pun sudah.. kini tibanya AM nak kongsikan tentang aktiviti yang menarik di sini. BACK TO NATURE semestinya 'jungle trekking' mesti ada kan? Hehehehe.. Ada river trekking dan yang paling WOWW adalah 'Trekking to Leap of Faith Waterfall'.





Penuh dengan aktiviti yang lasak dan menyeronokkan buatkan AM yang dah lama tak bersukan nie pancit gak ler.. hehheeh.. Balik bilik adalah masa yang terindah untuk Zzzzzzzzzzz...



Tiba masanya di acara kemuncak dan tujuan utama program ini iaitu Majlis Pelancaran Kriteria Pengelasan dan Penarafan Premis Penginapan Pelancong Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai kanan MOTAC, Kerajaan Negeri Pahang, Agensi, dan Jabatan Kerajaan berkaitan serta penggiat-penggiat industri perhotelan dan pelancongan Malaysia.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau telah melancarkan lima (5) kriteria pengelasan baharu iaitu Hotel Bandar, Hotel Tanah Tinggi, Resort (Pulau/Pantai/tasik/Sungai), Hotel Inovatif dan Hotel Butik. Kriteria pengelasan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.






Dan Tahniah AM ucapkan kerana Tanah Aina Farrah Soraya mendapat pengiktirafan empat (4) bintang dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berdasarkan Kriteria Pengelasan dan Penarafan Premis Penginapan Pelancongan Malaysia. Tahniahhhh!!!


Sebelum AM mengundur diri AM ingin sekali lagi menjemput keluarga dan sahabat handai supaya datang ke Tanah Aina Farrah Soraya yang pasti membuatkan korang rasa teruja.. ❤❤❤❤❤

No comments: