RIANG RIA BERSAMA ANAK-ANAK (DREAMWORLD)

Taman Riang Ria

Pada hujung minggu yang lalu, AM bawa putera puteri AM ke Taman Riang Ria Dreamworld yang terletak di Starling Mall. Mamandang hari tersebut merupakan hari pertama Ramadhan, ini merupakan salah satu inisiatif AM untuk menggalakkkan anak-anak AM berpuasa. Dan ini menjadi pengalaman berharga AM sebab AM sendiri pun tak pernah pergi ke tempat seperti ini. Jadi ini kesempatan AM dengan anak-anak AM untuk meluangkan masa sehingga hampir waktu berbuka. Lagipun ini bonus buat putera puteri AM memandang Peperiksaan yang baru-baru ini, ada beberapa subjek yang mereka mendapat 100% markah.

MASKOT

Untuk pengetahuan semua, Dreamworld ini merupakan pusat Riadah Aktiviti 'Indoor' yang mengadunkan pembelajaran dan hiburan untuk perkembangan minda kanak-kanak dan menggalakkan interaksi sosial sesama mereka. Keluasan Dreamworld ini adalah sekitar 6,000 kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Antara aktiviti ceria disediakan adalah party room, memanjat menggunakan tangga dan menyelusuri terowong dan gelungsur yang menjadikan aktiviti ini satu cabaran dan menyeronokkan mereka. 

ANNUR RAYYAN

Inilah putera puteri AM. Puteri AM yang comel ini namanya Assyanur Juni Ibtisam. AM panggil Annur. Putera AM yang sangat manja nie namanya Muhammad Amsyar Ar-Rayyan dan dipanggil Rayyan. Semalam sebelum ke Dreamworld, mereka asyik dan bersembang dengan penuh teruja. Memandang AM dan anak-anak baru pertama kali pergi ke tempat seperti ini, AM tak tahu bahawa untuk masuk semua ibu bapa dan anak-anak diwajibkan berstokin. Selamat di kaunter tiket ada menjual stokin. Jadi, bagi yang ingin pergi ke sini jangan lupa memakai stokin yea.. Hehehehe..

RAYYAN


ANNUR

RIANG RIA

SERONOK

GEMBIRA

HAPPY

SYURGA TAMAN PERMAINAN ANAK-ANAK

TAMAN PERMAINAN ANAK-ANAK
Tengoklah aksi ceria mereka bermain dan berhibur. AM yang tukang memerhati dan mengambil gambar pun turut merasa keseronokan mereka. Dengan kekangan kerja yang semakin bertambah, AM jarang-jarang dapat luangkan masa bersama mereka. Jadi AM manafaat detik yang ada untuk bersama mereka. Tapi bila tengok aksi dan gelagat mereka ada juga ketika yang AM menitiskan air mata sebab terharu tengok mereka bergembira.

TAMAN SALJU PERMAINAN ANAK-ANAK









Harga masuk untuk kanak-kanak adalah RM 48 (isnin-jumaat) dan RM58 (Sabtu-ahad) . Setiap tiket pembelian kanak-kanak akan beroleh satu tiket dewasa yang datang menemani. Tambahan RM5 jika ada tambahan dewasa. dan yang paling best, anak-anak boleh bermain puas-puas kerana tiada jangka had masa ditetapkan. 

Dreamworld juga sedang mengadakan promosi selama 6 bulan, di mana kita boleh memperoleh birthday cash voucher bernilai RM 288, 20% diskaun untuk Drop & Shop, undangan istimewa untuk setiap acara Dreamworld Indoor Playland dan juga Dreamworld Passbook percuma. Kesemuanya bernilai RM 5,840 tetapi kita hanya membayar RM288 atau memilih Super Saver Package berharga RM108 untuk 3 kali masuk.


Untuk ke Dreamworld, Starling Mall korang boleh membuat tempahan dan sebarang info lanjut boleh hubungi 012-72199509 (Yoong Fui).


SELAMAT BERSUKA RIA & MENJALANI IBADAH PUASA...

Post a Comment

3 Comments

  1. It definitely looks like a very interesting family place, nice!

    ReplyDelete
  2. Oh this looks like so much fun. My son would love to visit here. Will a 2 year old enjoy it?

    ReplyDelete
  3. Looks like fun family time. Great pictures. Everyone looking so happy

    ReplyDelete