Hanyut di buai 'TRUE LOVE' by DHANY (KATA HATI)


DHANY KATA HATI
AM & DHANY KATA HATI


Baru-baru nie, Along Murni (AM) menerima undangan dari Indigital Music Sdn Bhd yang beralamat di W-308 West Wing Metropolian Square, Jalan PJU 8, 47820 Petaling Jaya ke majlis ramah mesra dan santai bersama dengan Dhany (Kata Hati). Turut bersama dalam sesi santai bersama Dhany (Kata Hati) adalah Arie (Kata Hati) yang merupakan Muzik Director bagi Kumpulan Kata Hati. Arie pernah memenangi 'Anugerah Komposer Terbaik' untuk Lagu 'Bilang Saja' Nyanyian Agnes Monica.

TRUE LOVE
AM BERSAMA DHANY KATA HATI & ARIE KATA HATI
SESI BERSAMA DHANY & ARIE




Dhany (Kata Hati) atau nama sebenarnya adalah Ramdani Surya Atmadga. Beliau lebih dikenali dengan nama Dhany (Kata Hati) kerana telah bersama dengan Kumpulan Kata Hati sejak dari 2014.
Dhany Kata Hati telah menerbitkan 4 Buah Lagu termasuk Lagu terbarunya 'TRUE LOVE'. Antaranya adalah 'Takkan Pernah Jauh', 'Menghilang Saja' dan 'Wahai Kekasih'. Korang leh tengok sendiri nyanyian Dhany Kata Hati di bawah..




Lirik Lagu True Love Nyanyian Dhany Kata Hati


Malam-malam ku tanpa mu 
Dingin sejuk ku terasa 
Disini harum mu mewangi 
Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia


Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya


Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love


Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya


Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia



Memang WOOOWW kan?? Lagu 'TRUE LOVE' ini diterbitkan sempena OST Kempen Raya 2017 Naelofar Hijab. Filem pendek yang diberi judul 'TRUE LOVE' ini menampilkan Naelofa dan Aktor Indonesia iaitu Miller Khan. Pemilihan Dhany Kata Hati sebagai penyanyi TRUE LOVE adalah pilihan Naelofa sendiri memandang keunikan suara Dhany Kata Hati rentetan selepas mendengar alunan suara Dhany Kata Hati melalui lagu 'Wahai Kekasih' OST Suri Hati Mr Pilot. Lagu 'TRUE LOVE' ini adalah hasil  nukilan Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Dalam sesi tembual AM bersama Dhany Kata Hati, beliau menjadikan Amy Search sebagai Idola beliau. Lagu 'TRUE LOVE' ini diedarkan oleh Indigital Sdn Bhd. 

Terima Kasih AM ucapkan atas layanan mesra dari pihak Indigital Sdn Bhd serta Ole-ole buah tangan Special dari Indigital Sdn Bhd. AM suka suka sangat!!

DAYANG NUR FAIZAH



Segalanya AM coretkan dalam video ini. walaaaaa....
 Sekian, salam TRUE LOVE dari Along Murni  (AM)

SESI BERSAMA DHANY KATA HATI



Post a Comment

0 Comments