Thursday, 31 August 2017

AMAIMONO CAFE : RESTORAN MAKANAN JEPUN - JADI PILIHAN AM

RESTORAN MAKANAN JEPUN PILIHAN AM
KAFE AMAIMONO

Obsesi AM terhadap makanan Jepun memang tak dapat dinafikan. Akhirnya AM terdampar di Kafe Amaimono yang terletak di Kepong. Tapi ketika melangkah masuk ke Kafe Amaimono, AM terpegun dengan kelainan dan keunikan yang terdapat pada Kafe Amaimono. Penuh dengan EMOJI!!  Terdapat banyak bantal kecil emoji yang sangat cantik yang terletak pada kerusi. Di dalam Kedai Segalanya boleh dilihat dalam gambar yang sempat AM 'capture'. Menurut Mr Allan Low yang merupakan pemilik Kafe Amaimono, nama Amainomo membawa maksud dalam bahasa Jepun adalah manis.

AM BERSAMA PN FARIDAH (TUKANG MASAK)









AM sempat terjah ke bahagian dapur bagi melihat sendiri cara dan proses penyediaan bagi setiap hidangan. AM sempat berbual dengan Puan Faridah (tukang masak) tentang pemilihan barang mentah. AM dimaklumkan barang mentah seperti ayam adalah dipesan oleh beliau sendiri terutamanya ayam bagi memastikan kebersihan dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kafe Amaimono menggunakan pasta miso halal untuk semua makanan mereka.Pensijilan halal NPO Japan Halal Association (badan pensijilan Halal diiktiraf Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM) di Jepun) berikutan proses yang ketat yang melibatkan perletakkan logo halal melibatkan pengeluaran serta latihan pekerja komprehensif mengenai keselamatan makanan halal, kebersihan, dan pengurusan halal.











Tiba masa untuk merasai menu-menu yang menarik di Kafe Amaimono. Sudah tentulah ramen menjadi menu wajib pilihan bagi setiap penggemar makanan Jepun.


1) Miso Ramen Vegetarian
Menu baru dalam hidangan ramen. Khas untuk yang makan makanan jenis vegetarian. Sesuatu yang di luar jangkaan AM. Walaupun jenis sayuran namun rasanya sangat sedap woooo..




2) Miso Chicken Ramen
Raja semua ramen, mi gandum dengan tekstur yang kenyal dan padat. Tekstur ayam yang padat dengan rasa dan sup yang enak untuk dirasai.


3) Tom Yam Chicken Ramen
Japanese dan Thai Chicken Ramen, mangkuk ini menyajikan sup Shio Jepun tradisional dengan kombinasi Thai kepadanya. Bagi yang sukakan pedas, AM sarankan kena cuba yang ini.



4) Shoyu Chicken Ramen
Perkataan 'Shoyu' adalah bahasa Jepun untuk kicap dan merupakan asas dari ayam dan sup mi lazat ini. Memang kena rasa sebab terasa keunikan dan kelainan pada supnya.



5) Shio Chicken Ramen
Shio ramen popular di Hakodate, sebuah bandar selatan di Hokkaido, Perkataan 'Shio' adalah bahasa Jepun untuk garam. Yang ini agak creamyy dan menyelerakan.




Selain Mee Ramen yang menjadi pilihan, ada juga pilihan lain seperti:

1) Nasi Ayam Rendang

2) Japanese Curry Chicken Rice - Kari Jepun yang dimasak dan lebih dikenali sebagai Kareraisu di Jepun


Kepada penggemar manisan dan kek. Di Amaimono terdapat kepelbagaian dalam setiap hidangan di kafe ini. Dengan keadaan pantri yang rapi dan tersusun memudahkan pelanggan melihat sendiri cara penyediaan dan memudahkan pilihan menu dibuat.













AM sempat juga menikmati Ice Cream waffle Taiyaki.. macam tak percaya!! AM boleh abiskan seorang tanpa perlu berkongsi.. Ais krim berbentuk ikan yang boleh dimakan hingga ke ekornya!! walaaaa...







Nak tau apa yang menarik di Kafe Amaimono ini??? Kena datang singgah & rasai sendiri keenakkan yang pasti meninggalkan memori terindah..



JOmMM.. seranggg!!! Kafe Amaimono!!


No comments: