Sempena 31 Ogos yang merupakan tarikh
kemerdekaan negara, Along Murni (AM) turun untuk sama-sama menonton dan
menyokong Filem 'MALAY REGIMENT'.AM
tertarik untuk mengupas filem ‘MALAY REGIMENT’ yang telah ditonton AM.
'KEMATIAN KITA HARI INI ADALAH UNTUK
KEHIDUPAN WARIS KITA HARI ESOK' Filem arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli
mengetengahkan jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari
ancaman komunis.
Filem perang ini diangkat dari kisah
sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II
yang mana pasukan kesalamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem
pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam
operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas
berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya
membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai
jenis senjata dan bom.
Filem ini mengandungi mesej tersirat yang
ingin disampaikan bahawa orang Melayu sanggup mati berjuang walaupun kemakmuran
keamanan dan kemewahan juga akan dirasai oleh bangsa-bangsa lain. Inilah
semangat Melayu sebenar-benarnya yang mahu ditonjolkan menjadi contoh dalam
memastikan keharmonian dan keamanan terjamin untuk semua rakyat hidup
bersama-sama.
Filem ini juga memaparkan babak di
mana satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis
kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya
yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat kepada keluarga tentera.
Ia juga turut memperlihatkan sudut
pandangan salah seorang komrad mempersoalkan tentang apakah yang diperjuangkan
komunis sebenarnya. Komrad tersebut berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina
bukan dengan bertempur dan mati tetapi adalah dengan menguasai ilmu dan
ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin komunis adalah sia-sia lalu
mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan senjata-senjata komunis.
Selain itu, filem ini juga menonjolkan
adegan-adegan pencarian waris-waris pejuang dalam mengetahui lebih lanjut
tentang kisah perjuangan para parajurit ini. Kisah datuk-datuk mereka telah
menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi
sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair dari ancaman
komunis.
Wira-wira tidak didendang ini
seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab
menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari
ini.
JOMM SAMA-SAMA SAKSIKAN
'FILEM MALAY REGIMENT'
SEBAGAI TANDA SOKONGAN KITA
TERHADAP PERAJURIT YANG TERKORBAN
DEMI AGAMA, NUSA DAN BANGSA ATAS NAMA KEMERDEKAAN.
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA !!
0 Comments