Wednesday, 16 August 2017

IJM LAND HALF MARATHON 2017 - DATARAN SENTRIO SEREMBAN 2


Kali ini Along Murni (AM) bersiaran dari Dataran Sentrio Seremban 2 untuk acara 'IJM LAND HALF MARATHON 2017'. Untuk pengetahuan semua pembaca blog www.alongmurni.blogspot.com lebih daripada 7,500 peserta dari seluruh Malaysia tidak ketinggalan peserta dari Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan Filipina memulakan larian mereka pada awal pagi Ahad dan berkumpul di Dataran Centrio di Seremban 2 untuk memulakan larian  ‘IJM Land Half Marathon 2017’.


IJM Land sentiasa terlibat dalam menyusun, menganjurkan dan menyumbang kepada acara sukan komuniti yang berorientasikan masyarakat dan mesra keluarga. Ia didedikasikan untuk memberi inspirasi dan memberi motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif serta menggalakkan komuniti sukan seperti larian yang dianjurkan di Malaysia.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, dana yang diperoleh daripada IJM Land Half Marathon akan disalurkan kepada dua badan amal tempatan yang dipilih, iaitu Pertubuhan Hospis Negeri Sembilan dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia (MLDA), IJM Land mengiktiraf peranan penting di mana setiap dermawan dan sumbangan dalam meningkatkan kualiti hidup untuk anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.



AM sempat berada di 'Finish Line' untuk merakamkan wajah-wajah kegembiraan para peserta apabila selesai menyempurnakan larian. Malah ada yang berkongsi perasaan teruja kerana pertama kali menyertai acara seumpama ini. Acara tahunan Anjuran IJM Land ini adalah acara kali ke 6 diadakan dan turut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat mahupun luar.













Lihatlah wajah-wajah pemenang bagi setiap kategori -Ranking 1 Hingga 5


  1. 21 KM Men Open (18 – 44 years)


  2. 21 KM Men Veteran (45 years and above)
  3. 21 KM Women Open (18 – 44 years)
  4. 21 KM Women Veteran (45 years and above)
  5. 10 KM Boys Junior (12 – 17 years)
  6. 10 KM Girls Junior (12 – 17 years)
PEMENANG BAGI LARIAN TERPANTAS BAGI KESELURUHAN 
UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN
IJM LAND HALF MARATHON 2017

YBHG. DATO' SOAM HENG CHOON (KANAN), YEE PEI NI (TENGAH), OW YONG JIN KUANG (KIRI)

AM sangat menyokong sukan seumpama ini 
kerana ia dapat memupuk dan 
memperkukuhkan semangat nasionalisme,
 integrasi sosial, saling menghormati, toleransi 
serta menyihatkan tubuh badan.

No comments: