SALAH FAHAM - ZAKAT VS SEDEKAH

Sedikit perkongsian Along Murni (AM) untuk pembaca setia semua.

Kadangkala kita acap kali salah dengan pentafsiran yang kita buat sendiri. Macam biasa bila berdepan dengan situasi yang buatkan AM rasa ragu-ragu, AM akan segera cari maklumat di internet. Alaa.. sekarang semua kan mudah, dengan adanya gadjet.. Maklumat di hujung jari kita aje..

Sebenarnya yang menjadi ragu-ragu pada AM bila rakan AM menyatakan bahawa setiap pemberian yang diberikan kepada peminta-peminta sedekah adalah dikira zakat. Jadi untuk pencerahan, AM cubalah cari maklumat dari internet. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa. AM jumpa maklumat mengenai ZAKAT vs SEDEKAH dalam YOUTUBE.. Video ini dibuat oleh #gengdakwah.. Segala permasalahan dan keraguan terungkai bila AM tengok video nie..






Segala isu yang dipetik dari video tersebut mengutarakan bentuk salah faham yang berlaku dalam golongan masyarakat kita hari ini. Masyarakat kerap keliru di antara perkara wajib dan perkara sunat. Lakonan berkesan dari para pelakon #gengdakwah membuatkan kita lebih faham antara yang mana satu sunat dan yang mana satu wajib.. Walaupun Video pendek namun ia cukup padat dengan mesej-mesej dan penjelasannya.

Ayat 9-11: Peringatan kepada kaum mukmin agar tidak tersibukkan oleh dunia sehingga melalaikan diri dari beribadah kepada Allah Subhaanahu wa Ta'aala, dan ajakan kepada mereka untuk beramal saleh dan berinfak di jalan Allah sebelum ajal tiba.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (٩) وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (١٠) وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (١١)

Terjemah Surat Al Munafiqun Ayat 9-11
9. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
10. Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh."
11. Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.


Moga perkongsian AM kali ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada pembaca-pembaca sekalian dan AM mohon supaya korang sebarkan kepada masyarakat agar mereka faham dan jelas tentang isu ini.. InsyaAllah, moga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah.

Post a Comment

0 Comments