Tuesday, 22 August 2017

SENI TERINDAH : KEMBARA KRAF SELANGOR 2017 - GAYA TRAVEL - UPEN

SENI TERINDAH : KEMBARA KRAF SELANGOR 2017 - GAYA TRAVEL & UPEN

Seni dan kraf di Malaysia berwarna-warni dan berharga sama seperti latar belakang negara yang berbilang budaya. Penggiat seni di Malaysia menggunakan pelbagai medium seni untuk meluahkan perasaan mereka. Along Murni berasa bertuah dapat mengikuti program ‘KEMBARA KRAF SELANGOR 2017’ yang dianjurkan oleh Majalah Gaya Travel bersama dengan Unit Perancang Negeri Selangor (Sektorial Pelancongan) atau lebih dikenali sebagai UPEN. Banyak warisan kraf yang begitu menarik dan begitu tinggi nilai seninya dapat AM dekati dan pelajari. Antara 6 tempat  seni yang sempat AM kunjungi dan amati adalah:


  • AMAZE CREATIVE


Amaze Creative adalah pertubuhan yang mencungkil bakat artistik masyarakat tuli & bisu dalam menghasilkan karya seni untuk barangan fesyen seperti: kasut kanak-kanak, kasut wanita, beg tangan, baju-T & banyak lagi.Ia bertempat di TAR Vi lla Apartments in Desa Setapak . Semua produk tangan Amaze Creative dicat dengan menggunakan seni dari tangan anak-anak istimewa ini.

Untuk menyokong dan membeli hasil tangan kanak-kanak ini, bolehla lawati www.egoodshops.com atau www.amaze.com.my














GDS Marketing (EGoodShops) adalah sebuah syarikat perdagangan yang menjual secara langsung atau secara online di Malaysia.  GDS Marketing adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa untuk mengumpul dana untuk MFD (Persekutuan Anak-Anak Pekak Malaysia) iaitu setiap pembelian barangan ini akan disalurkan sebahagiannya kepada Persatuan Persekutuan Pekak Malaysia.




  • FS DESIGN FURNITURE


FS Design Furniture adalah pengilang dan pembekal perabot kelas komersil untuk rumah, restoran, kondominium, projek dan ruang komersial.

FS Design Furnitue (FS) dikategorikan sebagai pakar dalam perabot kayu dalaman, kerja keluli dan perabot diubahsuai yang berpangkalan di Hulu Langat, Selangor.

FS bekerjasama dengan pelanggan mereka, termasuk arkitek, juruhias dalaman dan kontraktor - untuk menghasilkan reka bentuk baru dan mengurangkan kos pengeluaran dan perolehan perabot.









Kepakaran FS dalam bekerja dengan bahan-bahan berkualiti seperti kayu padu - Douglas Fir, Meranti & Nyatoh, Kain, Keluli tahan karat, Logam dan Kaca menghasilkan perabot berkualiti tinggi yang sering melebihi jangkaan dan amat menuaskan hati pelanggan.

AM sempat berbual panjang bersama dengan Fazli Shah Simpon, pemilik FS Design Furniture. Beliau menerangkan bahawa FS mengetengahkan konsep gaya elegen dan inovasi dalam satu pakej yang indah. Unsur-unsur reka bentuk yang cantik, perabot yang selesa dan berfungsi, dan pelbagai pilihan dalam memenuhi misi ‘Go Green’ di samping mengekalkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.












Ini membuktikan akan kehijauan boleh menyemarakkan rasa, gaya, keselesaan dan nilai yang baik. Koleksi FS dibuat dengan bahan-bahan yang mesra alam untuk menghasilkan garis hijau yang mesra alam dan perabot . Di dalam koleksi hijau, FS menggunakan kayu Douglas Fir bagi mengembalikan memori dan nostalgia dari pintu lama, tingkap, dan rumah-rumah lama. Produk-produk yang cantik dan inovatif ini menggabungkan reka bentuk dan fungsi yang bersih dan dibuat dari bahan-bahan yang mampan, organik, dan kitar semula.




  • WARISAN INSPIRED


Warisan INSPIRED adalah hasil tangan dan kreativiti oleh Hanisah Izzati, seorang gadis kecil molek. Setiap penghasilan kreativiti beliau adalah terdiri daripada songket, kain pelikat dan batik. Maka terhasillah barangan seperti dompet, tas tangan dan sulaman baju. Memang sangat menarik dan menakjubkan.












  • ARTSIS STUDIO


ARTSIS STUDIO dikendalikan oleh 5 adik beradik perempuan di samping mengajar kelas seni di Rumah Studio mereka di USJ 9, Subang Jaya. Mereka begitu komited dalam mengadakan kelas / bengkel lukisan dan pewarnaan ditambah lagi dengan ‘Camp Art’ pada hujung minggu dan cuti sekolah








Bapa mereka iaitu Dato’ Haji Mohd Yusoff Jaafar, yang juga merupakan bekas ketua polis Sarawak sangat memberi galakan penuh untuk anak-anaknya meneruskan bakat seni yang ada. Beliau juga memiliki bakat seni yang sama. Beliau mendidik anak-anak dengan cara melepaskan setiap tekanan, perasaan dan luahan pada lukisan. Perkongsian anak beranak ini nampak lebih menarik dan unik dalam setiap penghasilan karya seni mereka. 

Lihatlah hasil-hasil karya mereka yang begitu unik dan menarik ini.












  • QUEENL'S CRAFT

Menjual hasil tangan  ‘non-stich modern patchwork’.  AM begitu terpesona dengan hasil daripada seni ‘non-stich modern patchwork’ ini. Malahan menurut Puan Latifah Hamzah pemilik QUEENL’S CRAFT, keseronokan dan kepuasan menjadi faktor utama dalam setiap penghasilan ciptaan kreatifnya.

Lihat hasil-hasil seni kreatif ciptaan beliau yang sempat AM ‘capture’ sepanjang sesi bertemu beliau. Memang menarik dan WOWWW!!! kan???













  • ARTJAMILA 

Jamila adalah seorang gadis autistik berusia 15 tahun yang mencipta karya seni yang paling menakjubkan dengan corak yang rumit dan pemikiran yang teliti mengenai butirannya . Hasil seninya benar memukau dan begitu WOwww!!!














Jamila didiagnosis sebagai autistik ketika dia berusia 4 tahun tetapi dia menggunakan lukisan sebagai cara untuk mendedahkan emosi dan semangatnya di atas kertas serta digital . Gaya penampilannya yang tersendiri dapat dilihat pada karya seninya.




KATA ALONG MURNI: 

BANYAK YANG DIPELAJARI SEPANJANG PROGRAM KEMBARA KRAF SELANGOR 2017. RIBUAN TERIMA KASIH BUAT 
GAYA TRAVEL & UPEN SELANGOR 
ATAS UNDANGAN. MEMANG SESUATU YANG LUAR BIASA DAN PENUH MANAFAAT UNTUK DIKONGSI SEMULA BERSAMA DENGAN PEMBACA BLOG ALONG MURNI. MARILAH KITA SEMUA MENYOKONG HASIL SENI NEGARA YANG PENUH DENGAN KEUNIKAN DAN NILAI TINGGI. HIDUP SENI KRAF MALAYSIA!!!










1 comment:

dboystudio said...

wahhhh semuanya handmade nampak cantik.