TEMA ROMANTIK JADI PILIHAN D AURA CAFE


TEMA ROMANTIK JADI PILIHAN D AURA CAFE


Bila Along Murni (AM) melangkah je di D Aura Cafe, AM terpegun dengan keunikan dekorasi dalam cafe yang begitu indah dan penuh dengan romantika. Apabila AM mendekati pemilik Cafe, AM dapati iaitu En Salihin & Puan Dina mudah didekati dan romantik walaupun sudah mempunyai empat orang cahaya mata. AM dimaklumkan bahawa segala dekorasi dan landskap di dalam D Aura Cafe adalah hasil sentuhan En Salihin sendiri. 

PN DINA & EN SALIHIN







Kedua-dua pasangan ini amat mementingkan kualiti dan menawarkan pakej makanan yang murah dan berpatutan. Dengan konsep romantik dan Cafe 5 star style, Cafe ini mula beroperasi pada 1 Ogos 2017. Bila berada d sini, akan rasa ala-ala 5 star cafe, suasana yang dingin dan relax serta ditambah dengan kemudahan WiFI.. Memang bestla!! Masakan pula dimasak oleh Chef Hotel yang diiktiraf..Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Lunch        : RM 10
  • Tea Time   : RM 7

Cafe D Aura juga menyediakan perkhidmatan event yang boleh memuatkan sekitar 100 orang untuk sekali program. GOODIES juga boleh dipesan atas permintaan melalui OMELLE GOODIES yang merupakan kakak kepada Pn Dina. OMELLE GOODIES beroperasi di JB. Antara program yang ditawarkan D Aura Cafe adalah:

  • Wedding Anniversary
  • Candle Light Dinner
  • Birthday Party
  • Reunion
  • Live Busking
Semasa kehadiran AM di Majlis Pembukaan dan Perasmian D Aura Cafe ini juga, turut diadakan majlis sambutan hari lahir En Salihin dan Sambutan Anniversary pasangan ini. 

D AURA CAFE

D AURA CAFE




Majlis turut diserikan dengan kehadiran SARA N DA BAND dengan alunan muzik dan lagu yang indah. AM dimaklumkan yang SARA N DA BAND ini juga akan mengiringi setiap kali ada tempahan atas permintaan di D AURA CAFE nanti.. wahh.. memang akan meninggalkan kenangan terindah!!! Kalau korang perlukan tempahan untuk SARA n DA BAND boleh hubungi SARRA CHIN : 011-15328068.. Pasti berbaloi..




Pemberian Goodies pada tetamu jemputan yang hadir adalah tajaan daripada OMELLE GOODIES.




Tetamu yang hadir juga disajikan dengan masakan kampung yang enak dan asli. Makanan Ala-ala Western pun ada gitu.. ❤❤❤❤










Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi En Salihin : 012-642 1095, Pn Dina : 019-2700210.

Boleh juga Waze / Maps untuk datang menjamu selera di sini..

D AURA CAFE
PUTRA WALK JALAN PP25,
TAMAN PINGGIRAN PUTRA SEK 2,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR.

JEMPUT SEMUA DATANG SENDIRI MENIKMATI SUASANA DI D AURA CAFE.. PASTI MENINGGALKAN KENANGAN DAN MEMORI TERINDAH BUAT YANG TERSAYANG!!! WALAAAAAA.. ❤❤❤❤❤

Post a Comment

0 Comments