Wednesday, 9 August 2017

UPIN & IPIN : DUTA PELANCONGAN MALAYSIA


Kalau sebut pasal UPIN IPIN mesti ramai yang tahu kan?? dari peringkat umur kanak-kanak mahupun dewasa masing-masing menyukai UPIN IPIN termasukla Along Murni (AM) dan anak-anak. UPIN IPIN ini telah memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar negara. Antaranya adalah:


  • Power Brand Award (Asia Entrepreneurs Summit)
  • MNCTV  Anugerah Kartun Kesayangan (Mom and Kids Award Indonesia)
  • Outstanding Malaysian Creative Content Award (MCBC Business Excellence Award)
  • Watak Animasi Tempatan Popular (Anugerah Bintang Popular)
  • ETC
Semua sedia maklum yang UPIN IPIN merupakan Harta Intelek (IP) Les' Copaque Production Sdn Bhd. Nama Les'Copaque berasal daripada istilah yang digunakan di dalam permainan kad yang berbunyi 'last kopek' yang bermaksud kad terakhir yang boleh diambil. Kad tersebut biasanya membawa impian dan harapan untuk memenangi permainan kad tersebut. Les' Copaque mensasarkan untuk menjadi syarikat produksi media yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan harta intelektual yang mempamerkan bakat tempatan dan budaya Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah mengumumkan perlantikan UPIN dan IPIN, kembar animasi popular sebagai Duta Pelancongan Malaysia pada 20 Julai 2017 yang lalu. 



Penyampaian sijil perlatikan tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi di Majlis warna warni Aildilfitri MOTAC 2017 yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATiC), Jalan Ampang.

PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN


PERASMIAN



AM merasakan dengan perlantikan UPIN IPIN sebagai duta MOTAC sangat bersesuaian dan tepat dengan variasi dan kesenian yang terdapat dalam siri animasi Televisyen Malaysia. Hal ini kerana, tayangan animasi ini menampilkan tema tradisi dan budaya Malaysia. Malahan pelbagai permainan dan makanan tradisional turut diketengahkan dalam siri animasi ini.


Jadi, marilah kita semua sama-sama menyokong industri animasi tempatan dan bersama-sama mempromosikan Malaysia di mata dunia..
 ❤❤❤❤

No comments: