NORAH WAX : MERUNGKAI PERMASALAHAN BULU

NORAH ORGANIC HAIR REMOVAL : 
MERUNGKAI PERMASALAHAN BULU
 - ORGANIC PRODUCT -

AM BERSAMA DENGAN ORG KUAT 'NORAH ORGANIC HAIR REMOVAL PN AIN & MR BEN
Permasalahan bulu seringkali menghantui wanita sehinggakan mengundang rasa rendah diri di kalangan wanita. Umumnya cara yang lain untuk menghilangkan bulu rambut pada bahagian tubuh yang tidak diinginkan adalah dengan menggunakan alat cukur. Dalam waktu 2 atau 3 hari saja bulu sudah kembali lebat dan kita perlu kembali mengulangi lagi bercukur. Kali ini, Along Murni berasa teruja kerana dapat duduk semeja bersama dengan pengasas ‘Norah Organic Hair Removal’ iaitu Puan Noorain Binti Mohd Said dan pasangan Nor Hisham Sofian atau lebih dikenali dengan Mr Ben. Kedua-dua pasangan ini turut sama terlibat dalam membangunkan Noorain Beauty Sdn Bhd dengan penuh karisma dan dedikasi.

Noorain Beauty Sdn Berhad adalah syarikat penghasilan penjagaan peribadi organik yang diasaskan oleh Puan Noorain Binti Mohd Said pada bulan November 2013.  Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2014 dengan jenama "Norah Organic Hair Removal". Pada tahun 2014, buat kali pertama, kaedah penyingkiran rambut secara organik telah diperkenalkan di Malaysia. Semua produk yang dihasilkan oleh Noorain Beauty Sdn Bhd telah diluluskan penyelidikan dan dibina oleh peralatan teknologi moden. Kilang Noorain Beauty Sdn Bhd yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.



Topik perbincangan kami lebih banyak berkisar tentang permasalahan wanita masa kini berkaitan BULU dan cara mengatasinya. Puan Noorain menerangkan tentang kaedah WAXING yang hangat diperkatakan di kalangan wanita. Semestinya topik ini menarik perhatian AM kerana AM menggunakan teknik bercukur setiap kali bagi menghilangkan BULU di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di bahagian ketiak dan juga bahagian sulit.





Puan Noorain memaklumkan WAXING adalah satu cara dan langkah separa tetap untuk menghilangkan bulu rambut yang tidak kita kehendaki pada suatu bahagian dari tubuh kita. Bulu tersebut bukan hanya dihilangkan saja pada bahagian atasnya, akan tetapi juga sampai pada akarnya.

Waxing adalah salah satu kaedah yang lebih baik jika dibandingkan dengan mencukur atau mencabut bulu rambut. Selain menghilangkan bulu sampai ke akar-akarnya, waxing juga membantu dalam menghilangkan dan mengangkat sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit jadi lebih segar dan juga lembut. Kulit kering juga akan ikut terangkat melalui proses waxing ini dan kulit secara tidak langsung akan diremajakan kembali. Dan yang tambah menariknya adalah kulit tidak akan kehilangan kelembapan dan tetap lembut serta segar.




Mr Ben juga turut menjelaskan bahawa Noorain Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk yang mengandungi kandungan bahan organik dan bebas 100% daripada bahan kimia. Hal ini membuatkan pertumbuhan bulu yang sangat lambat. Ini terjadi karena pada saat kita melakukan proses waxing ini yang dicabut adalah bulu sampai ke akar-akarnya dan menyebabkan folikel relatif mengambil waktu yang lama untuk kembali menumbuhkan bulu yang baru. Bulu baru yang tumbuh tidak lebat karena folikel ini berhenti seketika dan ukurannya akan jauh lebih kecil dengan batang yang lembut, halus dan tidak lebat. Hal ini kerana Norah Wax diperkaya dengan Madu, Tea Tree Oil dan Ekstrak Lemon.

Madu.

  • Menjadikan kulit licin dan halus.

Tea Tree Oil.

  • Melembabkan kulit.

Ekstrak Lemon.

  • Memutihkan dan menghilangkan kehitaman kesan bercukur.


Terdapat dua pilihan untuk WAXING:



COLD WAX
·         Sesuai untuk pengguna yang baru mahu mencuba waxing.
·         Tidak perlu dipanaskan, mudah untuk digunakan dan hasil yang memuaskan.
·         Jangka masa untuk bulu tumbuh lebih lama dari biasa.

norah cold wax (bulu kaki)


HOT WAX
·         Sesuai untuk pengguna yang pernah mencuba cold wax tetapi inginkan hasil yang lebih optimum dan juga kepada pengguna yang biasa mendapatkan servis waxing diluar (berpengalaman).
·         Wax perlu dipanaskan bagi mencairkan wax tadi sebelum disapu ke permukaan yang hendak di-wax.
·         Hasil yang optimum dan jangka masa untuk bulu tumbuh lebih lama dari biasa.

norah hot wax (microwave)


AM juga nak sharekan cara-cara dan teknik WAXING bulu kaki dan bulu ketiak.

wax bahagian sulit


wax ketiak


Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk NORAH WAX boleh datang ke
WISMA NORAH yang beralamat di:

WISMA NORAH,
No 19, Jalan Perindustrian Suntrack Hub,
Off Jalan P1A, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor, Malaysia

atau boleh log on ke website : www.norah.com.my
atau hubungi talian Hotline : 012-234 0220

JOMMM SAMA-SAMA KITA WAXING.. 
TAMPIL MENARIK, TERTARIK DAN DABOOOMMM!!! 
MASA UNTUK KEMBALIKAN KEYAKINAN DIRI..


Post a Comment

0 Comments