FENOMENA SENI KL BIENNALE 2017 BERTEMAKAN BELAS JADI INSPIRASI

Kuala Lumpur Biennale 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato Seri' Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz di Balai Seni Lukis Negara pada 24 November 2017. Pameran ‘Kuala Lumpur Biennale 2017’ merangkumi tema BELAS, meraikan 114 individu dari seluruh benua, yang terdiri daripada 103 artis dari Malaysia dan 11 artis antarabangsa.






Pemakaian perkataan Biennale mula digunakan pada tahun 1895 oleh kota Venice yang mempopularkan penganjuran pameran melalui Venice Biennale. Pameran biennale pada kebiasaannya merujuk kepada pameran antarabangsa berskala besar yang mempamerkan karya-karya seni yang bersifat kontemporari.  

Pameran ini merupakan satu titik sejarah bermulanya pameran berskala besar festival seni visual di Negara kita. Buat pertama kalinya, kesemua 7 galeri dan ruang lobi dipenuhi karya seni di bawah satu tema.




Sebenarnya angka 114 pelukis ini adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan jumlah sebenar pelukis di Malaysia. Terdapat ramai lagi pelukis Malaysia di dalam dan di luar Negara yang tidak tersenarai untuk ke pameran pada kali ini. Ini adalah kerana setiap pameran biennale di pimpin oleh satu tema.
Jadi konsep tema pameran KL Bienalle 2017 ini dibangunkan berasaskan sustainabiliti, yang mengangkat isu-isu yang mula terhakis. Hakisan ini membawa kepada keperihatinan jawatankuasa yang menyimpulkan kepada perkataan BELAS dan dijadikan tema besar pameran. BELAS dalam konteks ini boleh disama ertikan dengan perihatin, kasih, kasihan, simpati, dan sayang. Pembentukan dan penyimpulan konsep ini dipimpin oleh Professor Hasnol jamal Saidon (Ahli Lembaga Balai Seni Negara).

Selaras dengan pameran itu, Kuala Lumpur Biennale 2017 beberapa program sokongan dan input bagi penonton dan peminat seni untuk mengambil bahagian dalam acara nasional ini. Kuala Lumpur Biennale 2017 dibuka kepada orang ramai pada 1 November 2017 sehingga ke-30 Mac 2018 dengan kemasukan percuma.

Oleh yang demikian penganjuran KL Biennale yang pertama ini merupakan satu kejayaan buat MOTAC dan kerajaan Malaysia melalui agensinya - Balai Seni Negara. Sekalung tahniah buat semua warga MOTAC. Pameran sulung ini, membariskan pelukis-pelukis yang disaring berkali-kali oleh jawatankuasa yang dikepalai oleh En Johan Ishak (CEO – Media Prima TV Network), bersama Prof. Zulkifli Yusoff selaku Ketua Kurator yang dibantu oleh barisan Kurator muda dari Balai Seni Negara - Amerudin Ahmad, Majidi Amer,Bakhtiar Naim Jaafar, Tan Hui Koon, dan Faizal Sidik.

DARI SUDUT KACA MATA ALONG MURNI (AM)



Seni berasal dari kata “sani” yang artinya “Jiwa Yang Luhur atau Ketulusan jiwa”. Dalam bahasa Inggris “art” yang artinya karya dari sebuah kegiatan. AM pula menganggap seni adalah salah satu medium untuk menzahirkan segala rasa, luahan, nukilan, momen dan kepelbagaian pendapat melalui apa yang dilihat dan apa yang dirasai. Melalui KL Biennale yang julung-juling kali ini diadakan, AM berasa sangat teruja kerana dapat melihat hasil seni yang begitu dinamik dan kontemporari. Sehinggakan bila berdiri di hadapan setiap potret atau lukisan, AM seolah-olah dapat menyelami setiap mesej dan rasa yang cuba disampaikan. Memang hanyut la kiranya!! Ada yang buatkan AM rasa sedih, kagum, bersemangat waja dan banyak yang memberi input positif kepada setiap yang melihat hasilnya. Antara gambar, momen dan potret yang sempat AM ambil dan menarik perhatian AM adalah:

KARYA : MAD ANUAR ISMAIL 'KANANG ANAK LANGKAU'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN PELBAGAI SAIZ

KARYA : JUHARI SAID 'DALMATION FLOWER'
BAHAN: CAT MINYAK ATAS KAYU

KARYA: AWANG DAMIT AHMAD ' E.O.C -DREAM OF A WARRIOR'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN

KARYA: AWANG DAMIT AHMAD ' E.O.C -DREAM OF A WARRIOR'
BAHAN: MEDIA CAMPURAN
KARYA: ANNIKETYNI MADIAN 'TEBEKANG
BAHAN: CAMPURAN KAYU KERAS
KARYA: MOHAMAD ISMADI SALLEHUDIN 'DIRGAHAYU NEGARAKU'
BAHAN: KAYU, BESI DAN EMAS

KARYA: CHANG FEE MING 'THE LAST SELENDANG'
BAHAN: CAT AIR ATAS KERTAS

KARYA: MARVIN CHAN 'MEMBER ONLY #1'
BAHAN: CAT MINYAK & RESIN ATAS KANVAS

KARYA: MARVIN CHAN 'MEMBER ONLY #1'
BAHAN: CAT MINYAK & RESIN ATAS KANVAS
KARYA : WONG WOAN LEE 'SOMEONE FORGOTTEN -DREAM & REALITY'
BAHAN: CAT MINYAK ATAS KANVAS


KARYA: ZAKARIA AWANG 'WARKAH BUAT ANAKANDA
BAHAN: BESI

KARYA: ZAKARIA AWANG 'TO MY BELOVED SON'
BAHAN: MARMAR

KARYA : ZAKARIA AWANG

KARYA: MOHD FUAD ARIF ' PETER KASSIG'
BAHAN: DAKWAT PELARUT ATAS KERTAS SINTETIK

KARYA: MOHD FUAD ARIF ' PETER KASSIG'
BAHAN: DAKWAT PELARUT ATAS KERTAS SINTETIK

KARYA: KELVIN CHAP KOK LEONG 'BELAWING, KERAMEN, MAMAT
BAHAN: MEDIA CAMPURAN

Hasil-hasil karya semuanya memang mengandungi mesej yang begitu mendalam. Masih banyak lagi yang masih belum sempat AM terokai. Jomm sama-sama kita jengah BALAI SENI NEGARA. Menghargai, Memahami serta Menyelusuri setiap mesej yang cuba disampaikan mereka melalui karya seni mengikut cara yang tersendiri.. Lagipun pameran dibuka kepada orang ramai pada 1 November 2017 sehingga ke-30 Mac 2018 dengan kemasukan percuma.

ALONG MURNI MENYOKONG PENUH ATAS USAHA 
YANG DIJALANKAN BAGI 
MEMARTABATKAN DAN MEMPERKENALKAN HASIL SENI NEGARA 
DI MATA DUNIA..


Post a Comment

4 Comments

  1. Hasil karya yang dipamerkan semua mengkagumkan..

    ReplyDelete
  2. WoW!!! Sungguh mengagumkan... Terbaik lah.. Hasil karya yang begitu cantik sekali.

    ReplyDelete